Saturday, July 16, 2011

SMKDIY yang oweys diingati.. PART 1..

       

          Yeah! Gua kembali ke sekolah lagi! Ha3.. Dalam post ni, gua mau citew pasal sekolah menengah gua yang gua sangaaaaat sayang sebab disitulah tempat di mana gua mendapatkan ilmu pertapaan dan ilmu segala ilmu sampai gua berjaya jadi manusia yang penuh bermotivasi gituh.. Heeee..=)
          

         Menggeletar lutut mase 1st time menjejakkan kaki sowang2 mase hari pertama ke SMK Dato' Ibrahim Yaacob. Aku dah lah tak kenal sape2 pun! Aku intai punya intai bawu aku terjumpa beberapa muka2 yang aku kenal yang pernah satu sekolah rendah nan aku dulu.. Sempat gak bersembang2 bagai. He3.  Aku juga telah ditempatkan ke Tingkatan 1 Aman. Di situlah aku jumpa Siti Munirah yang merupakan 'penghuni' meja sebelah aku. Hee. So dari situ bawulah aku dikenalkan nan budak2 yang lepak kat pondok..=)


Aku xde dlm pix nih! Sebab gua photographer time nih! He3. Ni la ghupenye budak yang oweys memeriahkan hari2 aku mase aku form1..! Sumer budak ni genius2 belaka. Xcaya? Tanye mereka sendri.. Hee..=)

BELAKANG (kiri): Nadiah Hamizah, Ikin, Nadiah, Linda, Fatin, Shamin, Ain, Nisa
DEPAN (kiri): Aishah, Munirah, Syue , Amira Farhana 


            Heee. Well, mase form 1 aku telah diuar2kan oleh Cikgu Munirah yang ea mahu menghantar nama aku untuk berkhidmat sebagai pengawas sekolah. Eceh! Bunyi macam meriah kan? Dengan sokongan cikgu disiplin sekolah, En. Hazman yang masa tuh jadi cikgu subjek sejarah aku, aku pun menyahut cabaran! (Btw, En. Hazman selalu attack aku dengan soklan2 sejarah dalam kelas! Tu pasai ea kenal aku. ) Dalam kelas ea, aku xboley leka walau ckit pun! He3.

 
Tahun 2003. Ni ghupenye aku berpakaian pengawas sekolah. Btw, mase nih sumer barang2 termasuk beg n stationary aku beli warna biru..=p 


Aku yang kiri sekali tuh. Paling menyerlah kat situ sebab aku telah membirukan baju sendiri..=) 

           Jadi pengawas memang meriah sebab aku boley keluar rehat awal plus banyak betul meeting yang diadakan (means aku boley skip banyak kelas. He3. Jahat sunggoh aku nih..=p ). Aku juga berkuasa untuk mencatat name pelajar yang bersalah kt buku catatan. Ko ado? Haha3. Aku jugak aktif gila bersukan. Aktiviti padang & trek sumer aku nk try! Lagi lah menjadi2 aku tak masuk kelas. Ha3.  

             Mase form2 plak, aku dinaikkan ke kelas 2 sapphire (Kelas kedua dalam rank). Bukn nak kate aku pandai sangat. tapi pandai sikit tuh adolahh. Ewahh! pandai wut ayat manis kat cikgu aku pandailahh! ha3. Aku juga dinaikkan jawatan tertinggi dalam pengawas wut kali pertama dalam hidup aku. Aku telah dilantik menjadi setiausaha pengawas. Aku banyak kuar merayap/ bertugas nan assist ketua pengawas yang juga merupakan 'penghuni' meja sebelah aku. Aku nan Syue ternyata sekepala. Mana ade Syue, disitu ada gua! Dimana ada gua, Syue mesti ade.. Btw, jadi pengawas kena baca ikrar kat depan mase perhimpunan. Seumur hidup aku, aku berjaya 'SKIP' dari melakukan menda tersebut. Gua ade penyakit darah gemuruh lahh! Kesian SYUE (saje type name ni besau2) sebab ealah yang merajinkan' diri g depan pentas bace ikrar sowang2. He3..=p

See? Ini pix aku nan Syue kat dalam kelas. Kami bergabung tenaga bermaharajalela di sekolah..=)

Ni plak mase weall otw g 1 event. kalu xsilap aku, weall antara wakil pelajar/kelas untuk g 1 event kt PWTC. Heee..

Jeng2. Mira mungkin tak sangka aku ada simpan gambar pengawas ea! He3.. Tu dia kawan gua mase sekolah rendah lagi..=)

To Syue, me really2 mish u wokeyy! Hope berjaya nan bidang kewartawanan yang diceburi.. Me so proud of u lah! Hee..=)


Nampak tak gmbor ni mcm potret keluarga?? Hahahhaa.
Depan dari kiri: Syue, Mira, AKU & Naz
Belakang: Fish, Nazlia, fatin, Shamin & Liyana


Tu dia.... Weall paling SEMANGAT sambut merdeka mase sekolah dulu..! Mampu owang len nak meriah macam weall? hahahha



With Jenab. Juga merupakan kawan paling lama nan aku. Aku rapat nan ea mase sekolah rendah lagi.. Ctew sekolah rendah disimpan bersama2..=)


Jeng2.. Semua muslimah sejati.. Cantik2 letop2 sumer...=)




Yang ni aku xsure g mana. Akuaria KLCC kot? Hahahaa. Mase ni weall form3 (2005).

           Mase aku form 3, aku nan rela hati keluar dari pasukan pengawas. Dah xlarat dah aku nak teruskan jawatan tuh. Sebab makin lama tanggungjawab makin berat. Masa form 3 aku banyak jadi 'owang' sikit. hahahhaa. Aktiviti mengukur sekolah sudah lame gua tinggalkan. So aku banyaaaaak masa terluang kat dalam kelas n oweys lepak ngan kawan2 'pondok' yang lain. Pas PMR, Tu la last aku bersama2 nan kawan2 'pondok'. Dowang ramai pindah n masuk sekolah teknik. Malangnya aku tak ikut jejak langkah dowang walaupun aku dapat tawaran g Sekolah Teknik ERT Setapak. Gua lagi selesa di SMK dato Ibrahim yaacob.. Yang pasti kenangan form 4 n 5 lagi meriahh! Hee... =) 


(p/s: Nantikan Celoteh Part 2 ya..=p )





Friday, July 15, 2011

GRADUATE bersama ORANGERS..=)




          Kali ni gua mau update pasal my darlings 'Orangers'..! Kisah2 Orangers sering menganggu hidup aku lagi2 pas the MIRA & the FARID telah bangkitkan isu Orangers semalam. Bercerita pasal hari bersama Orangers, hari yang paling aku ingat ngan dowang sudah tentulah mase hari graduasi kat SMK Dato' Ibrahim yaacob..=)

         Majlis gilang gemilang (kalah anugerah ABP! Haaha) diadakan untuk meraikan student2 SMKDIY yang akan  menamatkan alam persekolahan kat sekolah tuh. Paling membuak2 mestilah perasaan aku sebab kitaowang lah batch pertama yang merasmikan event yang pada fikiran aku sangat grand lah! (Mase dulu2 bukan semua sekolah buat event yang canggih cengginih eh! Hahahhaha..=p )

           So, aku and the geng pun (bebudak yang salu lepak nan aku je!) berkumpul ramai2 untuk bincangkan isu 'event' nih. Hahahaha. Sedar tak seda, mase tu la tertubuhnye 'Orangers' nih.. Sebab aku nan kawan2 sepakat nak pakai baju warna orange untuk majlis grand tuh! PEHHH! Aku nan excited-nya selongkar alek gerobok kat umah aku untuk cari balik baju kaler orange yang dulu aku tak suka langsung nak pakai! Selamat boley pakai lagi. HAHA. Omg! Tudung plak xde! Maka, secara tak langsungnya, aku pun dok 'mengendeng' kat mak aku dan membuat special request supaya mak aku belikan tudung warna orange! Tersengih2 aku pas mak belikan jugak tudung yang aku mintak. Sayaaaaaang mak..=) 

          Bawah ni adalah antara gambar aku & orangers yang sumernya datang dari kelas 5 Diamond, 5 Saphhire & 5 Amethyst (sumer kelas sains). Ternyata budak2 kelas ini bagai isi dengan kuku. Semua akan 'bertandang' kat kelas aku. EHEM2, haruslah kowang lepak kat kelas aku sebab 5 sapphire kan kat tengah2! he3.. tapi hakikatnya, aku lagi kuat merayap ke kelas Diamond & Amethyst.. Dengan title kapten kelas yang aku pegang time tuh buatkan aku sentiasa ada 'passport' untuk keluar kelas. Jangan jeless. Ngeh3.. =p
   

          Bawah ni adalah hasil gambar2 yang ditangkap oleh fon nokia 6680 aku (skang fon nih dah aku baling ntah kat mana ntah sebab tak habes2 'hang' dulu ). Fon yang aku kira canggih gak lah pada tahun 2007 tuh memang dah banyak berjasa merakamkan gambar2 yang berkualiti. Xcaya? tengok sendiri kualiti ade ke idokkk.. hahahha...=) 


Kami nan CIKGU AZMAN (Cikgu tingkatan kelas gua) yang gua paling suka dulu! Mana nak dapat cikgu yang sempoi cam ea. kan? kan?


Nan pengetua (yang tudung purple tuh). Boley kelihatan kat situ farid gojes bermanja2 nan puan Sabrathi kat depan tuh..=)


Naz & Me. Budak yang bawu sahaja bertunang ni sangaaaaat rock! He3..=)


Me n Eira Jamil! Tahniah gak kat Eira coz da selamat bertunang ngan jejaka pilihan beliau.. ewahh! He3.. 


Bergambar sakan kat 'port owang bersukan'. Aku da lupa ape nama area nih. Taman PJK mungkin?? hahahhaa..=p


Kegilaan dowang ni lah yang buatkan aku sayang gila kat dowang. Sampai skang pun gila2 dowang masih 'kebal' bila jumpa2 balik..=)


Masing2 dah keletihan sebab matahari da semakin meninggi dan seterusnya menggoreng kulit kitaowang..=)


Aku nan Tash kat depan. belakang dari kiri Daus & Farid. BUDAK PALINNNNNNNG Bising kat sekolah tapi genius!


Pls say ' OOoooooo'. Ok! kami da abes sekolah! Oyyehh! Hahahhaa...


Dari depan Mira, Farid, AKU, Naz & Fish. Menunggu lama pun xkisah! Sebab gua ada kawan2 gua..=)


 To my Orangers Naz, Firdaus, Jenab, Fish, Tash, Mira & farid. Me LOVE LOVE LOVE u! Hope masing2 boley capai & berjaya dalam hidup masing2. Nanti kita buat reunion ya..=)

(MOOD: Asyik dengan kemeriahan zaman sekolah dengan orangers dulu..=p )



Thursday, July 14, 2011

TAK.PENAH.KURASAKAN.BEGINI.HAPPY!! He3..=p


        Me soooo happy!! mane idoknye, the MIRA & the FARID telah memeriahkan hidup aku hari ni. Keputusan aku yang tewoz 'setuju' pas dowang ajak kuar, ternyata tidak sia2. Hasilnya, Senyuman gua tak lekang2 dari bibir nihh. So pasni Farid, kalu windu kat aku sekalipun, jangan mengadu2 kat mak aku lagi ya! Hahahaha..=p


       Well, thanks bebanyak lah kat Mira. Seyes aku SAYANG ko gegila lah! Ko je satu2 kawan yang paling ALERT bila aku Susah hati. Ko dapat hidu satu persatu masalah aku walaupun ko sendiri tau betapa aku susah nak citer masalah kat owang. Kedatangan ko MENCULIK aku rini, aku sangat2 hargai. 


        Mira memang gigih bawak aku nan Farid g aswara rini sebab ade event Mafe kat situ! Program seni2 gituh. Ea nak jumpa bos nan beberapa kawannya. Semua atas dasar kerja. Aku nan Farid pula tak segan silu menyibukkan diri mase Mira shooting kat situ. Sempat gak berkenalan dengan beberapa kawan Mira yang best2. Untung2 dapat wut photoshoot free dari photographer yang pakar.. hahahaha.. =p

       Aku harap Mira xkan tinggalkan aku berdua nan Farid lagi! Ea asyikkklah soh aku amek gambor ea banyak2! Aku penat nak layan mulot bising ea kalu aku buat2 xtauu nan permintaan ea tuh! Hahahahhaa... Paling tak boley blah mase time makan. Farid oweys perlekehkan makanan yang aku amek. SALAHKAH aku yang 'terambil' kuih Tepung pelita yang kukira LAPAN kesemuanya??? Salahkah?? Salahkah?? Hahahhahaa. Yang aku ingat aku makan 6 je dengan muka yang sangaaaaaat happy! Kata2 dengki dari farid & Mira ternyata aku kipas jauh2..=p


        Bercerita pasal menda paling kelakar rini, aku ketawa dekah2 bila FARID dibuli nan anak sowang mat saleh nih. Kesabaran Farid (sabar kew??) teruji bila budak nih asyik la nak tiup belon (yang buih sabun tuh) dekat2 dia. Basah tak basah baju si Farid ni bila budak tu boley bantai merenjis2 air sabun tersebut. tapi salute lah sebab Farid boley wut muka sabar ea lagi (padahal muka ea da macam hantu kelaparan). Aku nan Mira da dekah2 gelakkan Farid yang menanti masa untuk 'babab' budak tuh. Hahahahahahaha..=p




Gua yang semakin mok mok. aisehh! Hahahaha..=)


With Mira. Kawan dari sekolah rendah yang banyak berkongsi asam garam kehidupan bersama aku..=)


My bestfwen, Farid. Budak kelas sebelah aku dulu. Suka bertelingkah pendapat nan aku. Suka jerit2 kat aku macam big boss ataupun big foot. tapi, ea sangaaat baik..=)


Gua mau pulang! nak lepaking ngn budak2 ni kat KL plak.. Selamat tinggal..=p


             Lepas berpenat2 di event tersebut, destinasi berikutnya mestilah Pavi! Nak cuci2 mata di situ sambil2 survey barang2 gituh. Sepanjang dalam keter tuh, Farid tak habes2 membebel2 sampai Mira tutup radio sebab nak bagi slot siaran kat Farid. Last2, banyak pulak 'isu' yang hangat didebatkan! Sumer isu letup2 sampai terasa suhu air- cond pun jadi 'panas'. Bila sampai 1 tahap, sumer diam sebab kering tekak.. Hahahhaa.. Adoi! 

Farid yang ngok ngek! W/pun ko banyak membebel, tapi kalu kuar xde ko, mesti sunyi! he3..=p


My beloved. Aku bersyukur sebab kita selalu sependapat w/pun bukan untuk semua perkara.. Me LOVE LOVE LOVE you! =) 


           Around 9 lebey tuh (almost 10pm) bawu aku dihantar pulang.. Berat ati nak biarkan kawan2 aku nih balik. Entah kenapa setiap kali aku jumpa kowang, aku mesti payah nak balik! Lagi2 kalu ade Firdaus! Firdauss je  yang boley gelak dekah2 macam setan & buatkan sape2 yang dengar mesti nak gelak2 sekali! Adoi! W/pun kawan2 aku nih macam2 hal (aku pun same btw! hahahaa) Tapi, ternyata sebab dowang ni lah buatkan aku sayang gila2 alam persekolahan aku dulu.. Sayang kowang ketat2..!

          Pada Fish (kat bandung skang), Firdaus (Sebuk keje lerr) & Tash (kat cambodia), cant wait lahh nak berguwau senda nan kowang. To Encik Tash, anda ade hutang satu lagu hindustan kat azie ya! azie nak tuntut! He3..=)

(Mood: Hati yang lara bertukar happy! YEAYY!)



Friday, July 8, 2011

SILA-SILALAH BAWAK BERSABAR YA..=)


           Aisehh! Aku memang tak pernah dan belum pernah lagi terlintas kat hati atau teringin nak komen2 owang mahupun mengutuk owang dalam belog aku nih. Sebab aku memang jenis xsuka sangat nak amek pusing hal owang. Aku lebih suka diam dan wat hal sendiri. Tapi, kali nih aku tergerak jugak nak update pasal isu nih sebab aku nak menunjukkan betapa tak berkenannya aku pada owang yang tidak bersabar nihh.  ADOI!! Aku nih xde lah baik mana, tapi aku tau lah juga cara2 beradab. Lagi2 bila nak mengadap makanan nih. Belajar kat sekolah kot dulu! Harap2 lah perangai aku tak macam nih bila aku da tua nanti.. Mintak simpang! Grrrr...

           Alkisahnya begini, sedang aku sebuk menjamu selera di sebuah kedai makan, mata aku pun tercuitlah melihat satu pasangan tua (pakcik makcik) suami isteri. Si isteri nih da berjalan ke depan da sebab nak pesan makanan. Tapi, makcik nih aku kira memang selamba sebab ea suka suki je nak potong line owang yang dah lama beratur. Aku boley lihat kat situ yang ada owang yang start bengang ngan makcik yang tak beradab nih. Selamat lah owang yang kat cashier tuh tak pilih kasih. Ealah, baik layan customer yang da lame tunggu daripada dok melayan customer yang bawu datang tapi asyik lah mendesak nak mintak dilayan ambil makanan. Aku yang tukang tengok nih pun tercengang tengok telatah makcik nih.. Aduhh. AWAK NAK KEMANA CIK KIAH??? Aku tengok laki ea pun tak kelam kabut cam mokcik nih..

         Melihat owang cashier yang tak mahu layan customer yang banyak songeh ni, mokcik ni pulak yang buat muka dan merungut. Paling biadab bila ea TARIK TANGAN SUAMI EA YANG DAH PUN PEGANG MAKANAN KAT PINGAN. Tak pasal2 laki ea kena letak makanan balik. Aku boley lihat muka suami ea yang sedikit berubah (mungkin malu) pas bini ea tarik2 tangan ea. PERGH! sanggup makcik nih buat laki ea camtuh?? Aku mengucap je dalam hati. Kesian tengok laki ea yang terpaksa ikat perut gara-gara makcik nih. Adoyaii.

       Owang- owang lain, baik yang muda mahupun tua yang ada kat situ pun dah start menggeleng2 kepala menyaksikan 'drama' depan mata nih. Adoi. Aku kira, aku boleh terima lagi kalau budak2 berperangai macamnih. coz masih boley dibentuk lagi. Tapi kalu owang tua tak reti2 menyabar nih amacam? Umum pun tau yang kita dah belajar CARA-CARA BERADAB since sekolah tadika/rendah lagi. Kat sekolah pun ajar kita supaya beratur/ tunggu giliran untuk beli makanan dan sebagainya. Susah betul kalau ada owang yang degil camnih. Apalah salahnya kalau makcik nih bawak bersabar dan tunggu giliran. Nanti bila tiba turn makcik, makcik makanlah apa yang makcik nak. Owang lain pun menyampah tengok kejadian ntah pape nih. owang kate, kalau kita kuwang sabar or terlampau gelojoh, nanti tercekik. Jadi pikir-pikirkanlah..=)



(p/s: Tepuk dada bila tercekik, Cecuba pikir kenapa boley tercekik..=p )




JALAN2 CARI PASAL DI SARAWAK..!

          Lupa mauu update belog lagi! Adoiii! Da 2minggu kat KL, bawu teringat nak update lahh! he3. Well, post kali ni aku nak cerita pasai alkisah aku di Sarawak bawu2 nih. Aku dok sana da bukan melancong da. Mungkin aku boley jadi penduduk tetap di sana bila aku dengan rela hatinya dok sana around 3minggu camtuh! Mampu xxx?? JESH n TINOT pun xmmpu okeng! he3..

         Aku stay ngan kak long aku bagi mjimatkan kos (kak long keje sane btw). Kedatangan aku kali ni ke Sarawak ditanggung sepenuhnya oleh my Along juga! Ini kali kedatangan kali kedua aku sebenarnya ke sini. Dan kunjungan kali ni, aku dibawa lagi banyak tempat tak hengat dunia! Tapi apakan daya, dok negeri owang kali nih membuatkan aku demam kesan akibat kerinduan terhadap family yang tidak dapat dibendung lagi. Pergh! ayat jiwang sunggoh! hahahahaha..=)

         Ni lah gambar2 aku yang berjaya dirakamkan oleh Along & owang2 yang berkenaan. Nampak di situ luka lara dihati terubat kerana kegembiraan tahap maksima yang aku dapat! Well, thanks pada semua yang menjayakan ekspedisi aku kali ini. Credit to ousmates kakak aku yang sangat2 lah sempoi lagi kelakar.. i'll miss u lahhh! 

              Thanks a lot to Along yang telah bawa aku ke Sibu. Di masa luang yang ada, weall berdua telah fly ke Kuching,  Pasar Serikin (dekat dengan sempadan indonesia) gituh & banyak lagi tempat.

SIBU, SARAWAK 
(dapat upload sikit je pix.. hehe)

Sibu Museum. wajib datang kalu datang ke Sibu..=)


JALAN2 DI KUCHING, SARAWAK
KAMPUNG BUDAYA SARAWAK, SANTUBONG,KUCHING

Perjalanan dari hotel yang terletak di Satok ke Kampung Budaya  Sarawak memang makan masa yang lama eh! sampai aku tertitow2 da dalam keter. Btw, untuk ke sini, kami terpaksa gak menggunakan pemandu pelancongan..=)

Here we are! Kampung Budaya Sarawak memang Ohsemm!



Singgah sebentar di rumah owang bidayuh..=)


Banyak tengkorak kat situ, Pls do not touch ok! he3. 


Sempat juga aku beramah mesra nan owang2 bidayuh kat sini.. haha





Next destination, RUMAH OWANG IBAN.

PERGH! ni antara rumah besar kat sini. Sangat besauu okeng! hu3


Antara pic yang ditangkap oleh Kak Along gua..=)


Brader ni owang penan. So sporting. Siap nak ajar aku menyumpit lagi hah!


Me so excited lah nak masuk umah owang Ulu. Pergh! dowang creative gila. Jiwa seni aku menjerit-jerit sebab terlampau kagum nan kreativiti dowang nih!


Berada di tempat2 yang tinggi membuatkan aku tak berani nak toleh bawah! Gua gayat lahhhh! hu3..


W/pun panas terik, tapi aku redah je! Xkisah langsung berjemur sebab dapat cuci mata melihat indahnya alam ciptaan Tuhan..=)



Seterusnya, Rumah Melanau. Pun besau gila!


Mencari tempat2 yang tak pegi lagi. Sebentar lagi gua datang! he3.


Ni diaa.... Tu dia.. Rumah Melayu Sarawak..=)



Mampu? Dok atas pelamin cam aku? hahahhaha..=p


Beramah mesra ngan nenek nih. suara nenek ni sedapp gila ok! mendayu2..=)



Last. Rumah Owang Cina..=)


Aku pulak yang beria2 jemput owang masuk dalam nih..=p



Haaaaa.. Seronok gila aku kat sini. Sumer menda aku nak tryyyy..! he3



PERGH! penat seyh rayau2 kat sini. Boley kira 3 jam aku berjalan2 kat sini. hahahaha..


PASAR SERIKIN (Sempadan Sarawak-Indonesia)

              Terpaksa gunakan pemandu pelancong di sini. he3. PERGH! Aku dan akak aku da berabis ratusan ringgit kat sini! Paling terok kena tambah 2 beg besar n tambah kg barang-barang yang beli kat sini di airport! He3. Memang betul kata owang, kat sini memang syurga beli belah. paling aku suka sudah tentulah Kebaya-kebaya indonesia yang SUMPAH cantik buatannya! Dengan syarat, pembeli mesti bijak tawar menawar! Jeng2.. aku da tau da mana nak cari kebaya tunang or nikah aku dahhhh.. Jawapnnya, sudah tentu disini...hahahahahaha...=p

Ni gimik jeww.. Bukan beli pun! he3..=)


kat sini je aku da mengabiskan masa selama 3 4 jam..=)


Pemuzik-pemuzik jalanan indonesia ini sporting menyanyikan dan menghiburkan pengunjungg..=)


KUCHING, SARAWAK

Next destination, bandar Kuching! Wow! Wow! Masa aku kat dalam flight , aku da nampak serpihan lampu2 yang teramat cantik dan indah bandar Kuching pada waktu malam! dalam hati kagum dengan permandangan indah pada waktu malam nih..=)


Sesi melawat muzium! Tempat wajib datang xkira mana2 negeri gua pegi! he3.


Kat sini terlampau banyak muzium sampaikan aku kena buat plan yang best n tersusun gituh. haha!


Ni antara muzium yang aku paling suka g! banyak replika yang unik n cantik..=)


Akuarium ikan..=)


Hahahaha. Aku sangat2 suka & tercuit nan keletah ikan nih yang pandai lak berguwau senda ngan aku! hahahaha.. like! like! like! =)


Replika kucing di Kuching.. Semua besau2 =)


Replika yang tak asing dikalangan owang2 yang datang sini.. WAJIB DATANG.


Gua di  depan Waterfront yang kawan2 gua sebuk dok cakap & mention! he3.


Berjuta kali da aku asyik berenti utk duduk. sambil2 tuh aku sabar menunggu kedatangan my darlingsss! he3...

 Ni dia my darlingss TINOT! (my bestie/ ex ousmates kat uitm)



Cian Tinot yang tak sempat  nak breakfast semata2 nak mengejar kedatangan aku.. so, i treat u makan ea tinot..=)


Thanks Tinot coz mgabeskan mase ngan i before i berangkat pulang ke Sibu.. Ada jodoh kita jumpa & lepak same2 kat KL ehh.. JESSICA PUN!!!! =)

FLASHBACK: Teringat kat Jesh yang pernah bawak aku jalan2 kat Sarikei masa kedatangan aku ke Sarawak wut kali pertamanya..! Mase tuh tahun 2010 xsilap i.. Mishh u..=)


Hampir 3 minggu, aku pun pulang ke KL. Tapi, kali ni ditemani akak aku sebab ea apply cuti seminggu nak ikut aku alek KL! he3. Well, dalam hati aku amat2 mengagumi Sarawak. Memang situ menjanjikan kepuasan untuk percutian!  Aku terpikat nan keramahan owang2 kat sana yang selalu je bagi senyuman kat aku! LIKEx3! he3. Plus, aku yang sememangnya PENCINTA ALAM nih sangat2 suka dan terpesona nan keindahan alam semulajadi yang masih lagi terpelihara kat sana. Makanan kat sini pun sedap2 like mee kolok, laksa sarawak, ayam penyet etc. Nextime aku teringin nak pergi tempat-tempat yang berlatarkan alam semulajadi pulak! Thanks to Tinot n Kak Along yang menemani saya di sana ya..=)



(p/s:  Sarawak yang terdiri ngan banyak kaum ni memang menambat hati aku. Kaya dengan budaya dan kaya dengan alam semuladi. Aku sayau ke nuan! )