Sunday, September 22, 2013

Majlis Pernikahan my BESTIE, Shaidah Azrin & Mohd Firhan ;)


     Hati bercampur aduk dengan pelbagai rasa. Gembira. Sedih. Excited. Sayu dan lain-lain rasa. Mana tidaknya, kawan baik yang berperangai gila-gila akan berkahwin. Ni bermakna, among us (Epul, gua, Tinot dan Jess) Syida telebih dulu akan menamatkan zaman bujangnya.

     12 haribulan September lagi, gua bersama-sama Epul, Tinot dan Jess berangkat ke Johor. Konon-kononnya nak tolong buat persiapan terakhir untuk Syida. Maklumlah esok pagi (pagi Jumaat) tu Syida akan bernikah. Macam-macam hal yang terpaksa ditempuh, last-last weall sampai Johor agak lambat. Dalam pukul 11 malam macamtuh. Mujur pengantin tak tidoq lagi! Heeeee. Sorrylah ibu sebab anak-anakmu ni lambat bebenorrr. Sempat juga gua dan rakan-rakan join 'operasi berinai' bersama pengantin ;)

Cari hadiah untuk pengantin pun dah memakan masa. Sorry ibu, sebenarnya ini punca weall datang lambat :D


Jom kerumun perantin baru!!! :D


Tu dia! Pengantin dah siap berinai . Ini semua kerja Nisaq ;)


Wajah letih pengantin yang tak tidur-tidur lagi. :D


     Pagi Jumaat bersamaan denga 13 September 2013, masing-masing bangun awal untuk berkejar ke majlis pernikahan Syida dan Han. Pagi tu pun weall kelam kabut juga. Tapi syukur alhamdulillah, gua sempat juga lepak-lepak dengan pengantin kat bilik atas. Pengantin pun sudah siap dirias. Syida nampak tenang pada masa tu (dalam hati dia gua tak berapa pasti pulak kan :P). Weall sempat snap-snap gambar. Gitthewwww.


Gua dan perantin! Masing-masing bermuka mengantuk sebab tak cukup tidoqq :P


The sisters. Forever bersama. InsyaAllah ;)


Me with Nisaq (bestie zaman sekolah Syida). Even hanya beberapa kali jumpa ngan minah ni, gua terasa dekat sangat-sangat. Sebab she's sooooo friendly!


Senyuman ikhlas bakal isteri orang. Shaidah Azrin tenang gila masa ni. CAYALAH! :D


Kiri- Hantaran pihak perempuan pada pihak lelaki. Confirm warna pink tu memang pilihan Syida sebab dia peminat cerita Disney!
Kanan- Hantaran pihak lelaki pada perempuan.


          Around setengah jam lepak-lepak dengan pengantin, kini tibalah masa untuk meraikan pengantin! Inilah dia saat-saat yang ditunggu-tunggu ramai, iaitu upacara akad nikah. Sekali lagi, gua lihat kedua-dua mempelai nampak tenang. Masa ni, gua rasa sayu yang teramat. Sebab kawan zaman-zaman nakal gua akan bergelar isteri orang. Firhan memang telah berjaya mengubah Syida menjadi perempuan yang lebih matang dan penyayang.


View dari atas tangga. ramai saudara mara kedua-dua pihak yang datang untuk menyaksikan majlis pernikahan ini. Gua pula yang gugup masa nih! HAHA :p


           Alhamdulillah. Dengan sekali lafaz, Mohd Firhan (Han) dan Shaidah Azrin akhirnya sah bergelar suami isteri. Gua masa ni tak dapat tahan air mata. Gua ingatkan gua je yang menitiskan air mata, rupa-rupanya Epul, Tinot dan Jess turut menangis. Gua perasan photographer sempat snap-snap muka sememeh weall pada masa tuh. HAHAHAHAHA. Gua rasa gembira yang teramat-amat sebab kawan baik gua dah selamat melangkah ke fasa baru, iaitu fasa suami isteri. Like seriously, gua tak sangka Syida yang kahwin dulu. Memang rezeki Syida dapat kahwin awal. Alhamdulillah  :)

          Sekali lagi air mata gua dan rakan-rakan tumpah apabila ibu membacakan peringatan untuk Syida. Hati ini sayu bila kedua-dua beranak tersebut terketar-ketar suara melafaz janji. Harap sangat-sangat hubungan pengantin dengan keluarga kedua-dua pihak kekal baik. AGAIN. Gua menangis lagi tatkala Syida menghampiri gua untuk memberi pelukan. Sempat gua membisikkan kata-kata semangat untuk Syida mengharungi hari-hari dia bergelar isteri. Gua menangis sebab gua rasa bahagia sangat-sangat tengok wajah ceria Syida. 


Upacara pembatalan air sembahyang. Melihat kedua-dua suami isteri ini, gua juga terasa bahagia. Ewah!


Selawat ke atas Nabi beramai-ramai. 


 
Yeayyy! kawan gua dah selamat bergelar isteri orang. TAHNIAH SHAIDAH AZRIN ;)



Beramah mesra dengan perantin laki. Time ni gua minta agar HAN jaga Syida sebaik-baiknya :)


         Alhamdulillah. Nangis sudah. Makan pun sudah. Tak ada apa yang gua harapkan selain daripada kebahagian kedua-dua suami isteri ini. Gua berharap sangat-sangat hubungan yang terjalin terikat sehingga ke Syurga. Gua juga berharap perkahwinan Syida dan Han akan dikurniakan anak-anak yang comel :D Heeeee. Kawan-kawan yang lain, sila doakan kebahagiaan kedua-dua mempelai ini juga ya ;)



(MOOD: I feel good! Ini kali pertama gua menjayakan hari bahagia kawan baik gua sendiri dari A to Z! )


Oh ya! Nantikan sambungan entry ini, iaitu 'majlis resepsi' Shaidah Azrin dan Mohd Firhan di entry seterusnya! ;)

No comments:

Post a Comment