Sunday, January 27, 2013

Misi ke BROGA HILL :)


       Hai! Hai! Hai! *Buat muka tak bersalah sebab dah lama tak update blog. Hehehehe  (^.^ )

     Ok! Straight to the point, post gua kali ni adalah berkenaan ekspedisi gua dan rakan-rakan gua yang awesome ke Broga Hill baru-baru ni (18 Jan 2013). Idea nak ke Broga ni pun datang secara tiba-tiba dan disokong 100% oleh rakan-rakan gua. Maka, gua pun setuju sahaja. Heeeeee.

     Seawal pukul 3 pagi, gua dah bangun & mandi. Berkobar-kobar gua menunggu kedatangan semua orang. Seperti biasa, tempat berkumpul adalah di depan rumah gua. Pagi-pagi lagi rakan baik gua iaitu Epul sudah terjerit-jerit kat depan rumah gua. Gua selak langsir maka terlihatlah aksi beliau buat 'SENAMAN LOMPAT BINTANG'. Ohoi! Ceria benauuu masing-masing! Hahahahaha

      Kami bertolak dari pukul 4 pagi dengan menaiki 3 buah kereta dan sampai around pukul 5 pagi. Tu pun sebab ada sedikit-sedikit sesat. Baru first time pergi situ, gua sedikit panik sebab keadaan di situ GELAP! (gua takut gelap beb! GULP!). Tapi baru gua teringat gua ada mini torch light! Rupa-rupanya, dalam ramai-ramai, GUA sahaja yang ada torch light! Yang lain-lain hanya berbekalkan lampu henfon masing-masing. Oleh kerana itu, gua pun semangatlah menjadi ketua pengakap pada pagi itu. Gua dan Syahmi jadi tentera barisan depan yang mencari jalan untuk naik ke puncak. Gempak tak gempak! Ngeh3.. :D Suasana memang gelap! Apa yang aku lihat hanya gua dan rakan-rakan je yang ada di situ. Gua banyakkan berdoa dalam hati minta dijauhkan benda yang bukan-bukan.

     Woahh! Soo good! Semua orang tolong menolong masa mendaki bukit. Gua ambil kesempatan untuk berehat bila orang tengah cakap "Orang depan oh orang depan, tunggu orang belakang...". Heaven! sebab gua yang tercungap-cungap ni boleh berehat jap sambil menunggu ketibaan orang-orang belakang. Respect gua apabila pendaki-pendaki lain (bukan orang-orang gua), tolong suluhkan jalan dari atas. Baru aku sedar, bukan weall je yang ada di situ. Syukur. He3

     Ni part yang gua kurang gemar. Bila dah sampai tengah-tengah bukit, PERUT GUA MEMULAS!!! Ingat punya ingat, baru gua teringat yang gua ada makan ayam Uncle Bob malam tuh. Natijahnya, dari jadi ketua pengakap tadi, gua dah jadi orang belakang sebab sakit perut tu! DAMN! DAMN! DAMN! Kau datang at the wrong time! Sumpah gua tak larat. Sampai satu tahap, gua duduk kat batu dan jadi pemerhati rakan-rakan gua melintasi gua. Bila dorang menyapa, gua hanya cakap "Korang naiklah dulu, nanti I naik". Ternyata kata-kata gua hanya sia-sia sebab ada rakan-rakan gua yang tunggu gua juga.  Petchai & the gang sibuk menunggu gua sambil berkata "Azie, u can do it! Go! U can do it!". Sumpah terharu! Bila rakan-rakan lain sibuk mendaki ke atas, budak-budak ni masih menunggu gua di situ.

     Berbekalkan minyak cap kapak pemberian 'seseorang', gua pun apply benda tu kat perut dan hidung. Well yeah! I FEEL GOOD! Gua motivate diri balik dan imagine kat Puncak Broga nanti ada 'TANDAS' (Kata-kata motivasi dan untuk sedapkan hati). Hahahahaha. Bila gua da nak start mendaki balik (lupakan isu sakit perut), Erol pun rupa-rupanya tunggu gua juga. Dia volunteer untuk angkatkan bagpack aku. Masa tu gua tersengih-sengih kambing. Badan gua ringan sekejap. Akhirnya gua terus mendaki dengan gigihnya. Rupa-rupanya, rakan-rakan gua yang kat depan tunggu gua dan rakan-rakan yang kat belakang dekat satu batu besar. Masing-masing bermuka pucat dan kepenatan.

     Gua berehat sekejap. Yang ni pun part yang gua tak gemar juga. Gua tiba-tiba rasa pening kepala dan terasa nak muntah! Ingat punya ingat, baru gua teringat yang gua TAK makan nasi  SATU HARI! No wonder gua rasa perut macam dah masuk angin. Bila dah tak boleh tahan, gua pun terpaksa muntahkan segala isi perut. Thanks Mel dan Jatjat yang mengurut-ngurut belakang gua. Syukur Alhamdulillah. Gua rasa LEGA dan RINGAN bila dah muntahkan apa yang buat gua tak selesa. Ohh yeah! Bila kepala dah ringan, gua teruskan mendaki meninggalkan semua. HEHEHEHE. Gua kembali menjadi peserta paling depan dan terus ke depan :D

     Around 6.30 pagi, gua pun sampai puncak. Alhamdulillah. Gua berjaya menjadi orang terawal yang sampai ke PUNCAK BROGA! Gua tengok di situ ada ramai juga umat manusia yang turut buat ekspedisi ni. Sambil menunggu kedatangan rakan-rakan yang lain, mata gua meliar cari port terbaik. Oh yeah! Ada dua biji batu besar. Dengan bantuan Epul, gua dapat naik! Memang cantik tengok view kat bawah dari puncak bukit. Angin yang bertiup membuatkan gua rasa selesa. Nah! Di bawah ada gambar-gambar :D

View masa tengah gelap-gelap lagi. Serpihan lampu-lampu memang cantik!

Muka-muka KEPENATAN & TAK SABAR-SABAR menunggu kemunculan Sang Mentari Pagi :D


Part yang gua PALING SUKA, kedatangan SUNRISE yang ditunggu-tunggu oleh kami semua.


Gua dan BESTFRIENDS yang disayangi! Serabailah muka masing-masing! Hahahaha :D


ME! Taken by Rizal Lazaru. Thanks Rizal ;)


KAMI! KAMI! Tu dia port terbaik kami :D


Feel Soooo good! :D

UiTM sahaja :D


EX- TEKARIANS kecuali Rizal kat tengah-tengah :D 
Kami masih seperti dahulu. YUHUU!

WE ARE CLASSMATES!
Atas dari kiri: Awan, Madir (duduk) & Epul Bongek
Bawah dari kiri: Syahmi, Nigel, ME! Jesh, Wani & Erol. 


     Kira-kira satu jam setengah ada kat Puncak, now tibalah waktu yang ditunggu-tunggu iaitu TURUN PUNCAK. Gua jadi orang-orang yang terawal untuk turun. PART yang gua suka sebab turun bukit lagi mudah dari naik! Laju je gua turun sebab dah tak sanggup nak lama-lama kat situ. (Hakikat sebenar, gua tak sabar-sabar nak pergi Petronas sebab nak cari TANDAS!!! Hahahahaa)

TURUN. Time ni gua ingat lagi. Gua benti sebab nak tengok Wani kat atas.
See? see? Masing-masing tengok atas sebab Wani jerit yang dia tersepit kat celah-celah batu :D


      HEAVEN bila dah turun bawah. Alhamdulillah misi weall BERJAYA! Terima kasih korang-korang yang tolong tarik tangan gua naik atas batu. Terima kasih motivate gua non stop (terutama sekali Petchai & the gang). Terima kasih coz made my day! Gua asyik sentyum-senyum kambing sebab ternyata gua PUAS & SERONOK dengan aktiviti ini. Thanks Epul, Jatjat, Wani, Jesh, Erol, Madir, Nigel, Syahmi, Petchai & the gang, Mel, May, Rizal dan Awan. LOVE U GUYS ;)


MOOD: PUAS HATI even gua ada pengalaman pahit gua sendiri (Kes sakit perut & muntah-muntah). Urat kaki gua pun terasa tegang dan sakit je. Tu lah padahnya kalau tak reti nak warm up sebelum mendaki bukit! HEHE.