Monday, July 22, 2013

Cameron Highlands Bersama Classmates :)


     Hai! Assalamualaikum.

     Walaupun gua lama tak update, tapi gua nak juga update pasal my trip with classmates ke Cameron Highlands pada 20 April (Sabtu) ritu :) Trip tu dibuat 1 hari je memandangkan ramai pula yg nak balik hari Ahad. Tak kisahlah nok! Janji dapat juga have fun dengan budak2 ni. Gua sendiri pun tak pernah ke sana. Jadi, LAYANNNNN! Hehehehe.

     Seawal pukul 5 pagi gua bangun. Calling2 siapa yang liat nak bangun tu. Gua ketepikan rasa mengantuk sebab gua dah rasa excited nak pergi :D Seawal pukul 6 pagi, gua turun bawah bersama konco-konco gua yang lain. Masing-masing pekena teh tarik dekat Kamal Corner sementara menunggu yang lain. Tapi, plan nak bertolak pukul 7 pagi  terpaksa ditolak atas sebab-sebab tertentu (Sendiri faham la ya :D ) Last2, pukul 9.00 pagi camtu baru nak bertolak.

     Sebanyak 2 van yang disewa. So, berpecahlah 2 group. Walaupun Team Saiful kelihatan meriah dengan geng-geng gitar, Team gua pun apa kurangnya. Ngeh3 :D Di bawah ni buktinya! 

 
Team gua! See? Gila kau tak meriah! Ngeh3. 
(Team Saiful maaf ya! Gua tak ada gambar korang dalam van! He3)


 
Ni dia driver van team gua. Memandu tanpa jemu. 
Orang yang gigih nyanyi berduet dan memekak bersama gua! :D


Teeet! Gua dah dapat tangkap siapa yang 'tertidur' tuh! KANTOII! Hehehehe

      Oleh kerana driver-driver van weall seorang pemandu yang cekap lagi berhemah, weall semua pun sampai di Lata Iskandar (1st destination) dalam pukul 12.00 tengahari. Kemain budak2 ni mandi air terjun. Ada yang tiba-tiba tergelincir masuk dalam air pun ada! Bhahahaha :D Aduhai! Bala memang bala sebab area batu2 kat situ memang licin. Tak pasal2 je ada yang jatuh tergelincir sampai dapat luka pun ada kan -.-" hehehehehe. Walaupun ada tragedi berdarah (Seram nauuu bunyinya? He3) tapi, masing2 nampak happy. Tak percaya? Tengok gambar-gambar ni! He3


Amir, Ijoy dan Awan. KEMAIN SUKA bebudak ni lepas sampai sini! 


Tukang memerhati. Bawa baju tapi tak mandi! Gua, Jess dan May! hehehehee.


Blog gua! So gua nak letak gambar solo gua! :p


Tukang memerhati juga. Epul, Erol dan May ;)


Kiri: Ijoy konon-konon cover macho
kanan: Tengok sendiri siapa paling over kat situ! ;p


Pan tenggelam dalam dunianya. Hahahaha :D



Kiri: Ratu air sungai. Gua noticed Ika palinggggggg seronok dapat mandi kat sungai ni! hehehe
Kanan: Apa kes ni Wani? Hahahahahaha


Gua ingat lagi. Time ni weall tengah berdebat pasal politik.Even bercanggah pendapat, weall still boleh happy2 :D
*Errrr. Epul tengah kena sampuk dengan hantu sungai. Tu pasal lidah terjelir camtu -.-"


HAHAHAHAHAHAHAHAHA. No komen pasal ular ni. Gara-gara ular ni, masing-masing takut nak turun tangga! Hahahahaha :p


Pose maut lagi manja daripada weall :D

Sebelum move to destinasi kedua, isi perut dulu beb! Gua memang puas hati makan kat sini. Tuan kedai pun ramah je! ;)


     Lepas tu, weall teruskn perjalanan ke Bee Farm. Ala, saje pergi situ sebab nak manja-manja dengan lebah-lebah. Gittchewww. Haha! Kat situ tak banyak sangat benda yang best. Sekadar tengok lebah. Btw, pekerja kat situ agak mesra sebab gigih explain proses-proses untuk dapatkan madu lebah tu. Lepas dengar pekerja tu bebel-bebel, masing-masing tak lepaskan peluang untuk rasa sendiri madu asli yang dijual kat situ. Apa yang gua suka, cenderamata-cenderamata yang dijual kat situ agak murah.

Tu dia sarang lebah. Seram je gua tengok!


AHHA! Seperti biasa, bergambar beramai-ramai sebelum move to destinasi ketiga! ;)


     Destinasi ketiga ialah Ladang Teh! Kat situ agak sejuk. Cuaca masa tu pun tak berapa baik. Hujan renyai-renyai gitu.Weall sempat turun ke bawah. Bukan nak petik-petik daun, tapi nak bergambar je. Balik tu, masing-masing borong berkotak-kotak teh kat situ. Hewhewhew. 


Pintu masuk Tea Farm. Masing-masing excited nak masuk! hehehehe


Subhanallah. Indahnya ciptaan Allah :) 


Gua dannnnnn... Hantu Ladang Teh, Epul. Mana-mana je dia ada!


 Kiri: Gambar ceria Nigel! Kemain dia bergambar! hehehehehe
Kanan: Andy Lau! Eh! Itu Mahathirlah :)


Buat demo. Gedik-gedik manja dekat situ. Ahahahaha :D


Gua dan pilot van gua, May :P


     Sejam kat situ, weall move to the next location, Strawberry Farm! Ni la dia tempat yang gua tertunggu-tunggu nak pergi. Maklumlah sebelum ni tak pernah merasa petik sendiri buah strawberry fresh. Gittchewww. Dalam sejam juga weall habiskan masa dekat sini. Tapi, hauknya gua, datang situ bukan gua tertarik dengan strawberry, Maap cakap, gua lebih tertarik dengan kaktus-kaktus yang ada kat situ. Gua beli dalam 5 pasu kaktus! Mampu tak? Hahahahahaha. :D Btw, tak banyak ambil gambar masa ni sebab gua dah penat plus dah leka tengok kaktus-kaktus yang ada kat situ :p



Comelnya! Kan?


Ni baru sikit. Kak belah atas berlambak-lambak lagi kaktus yang ada.


     Sejam rayau-rayau situ, weall pun keluar. Oleh sebab hujan, gua sempat bincang-bincang dengan Erol untuk tukar plan. Jadi, Erol dengan baik hatinya offer weall berteduh, berehat dan solat sekejap ke rumah dia yang ada kat situ. Btw, mak Erol sangat-sangat sporting dan mesra! Wow wow wow! Banyak pula yang weall sembang-sembang ngan mak Erol masa tu. Banyak kisah Erol yang dapat dikorek. Gittchewww :p Apa yang gua boleh cakap, rumah Erol memang sejuk. Udara segar ada di mana-mana :)

     Seterusnya, weall move lagi ke next location. Lokasi terakhir weall ialah Pasar Malam! Alhamdulillah. Weall tak payah nak cari-cari parking kat situ. Parking dekat balai polis je memandangkan ayah Erol adalah polis yang bertugas dekat situ. Once again, Thank You Erol :)  Ahhai! Pasar malam kat situ memang panjang gila! Kali ni, kelonggaran diberi pada semua untuk berpecah dan bawa haluan sendiri sebelum berkumpul balik. Masing-masing borong barang. Gua? Gua borong strawberry dan makanan je! Hehehehe. Ika paling win sebab borong macam-macam sampai tak cukup tangan! :) Sebelum balik, weall berkumpul satu tempat untuk makan malam. 


Ni je la gambar yang ada sepanjang malam tu. Gua dah tak larat nak pegang kamera lagi.
Sumber: Insta Wani :D

     Akhirnya dalam pukul 10 malam, weall pun berangkat balik. Sekali lagi van gua lead jalan masa balik tu. Gua dan May berhempas pulas untuk tidak menidurkan diri masing-masing. Kalau tak borak-borak, gua nyanyi kuat-kuat dengan May. Masing-masing kena telan gula-gula Mentos. Tengok May dah layu, gua tepuk dan cubit dia kuat-kuat (ambil kesempatan nak pukul dia juga! Hahahaha) Budak-budak lain dah lena sampai ke bulan. Buktinya, dorang tak sedar dari tidur pun May bawa van laju-laju kat jalan yang bersimpang siur tu. Hebat! hahahahaha. lepas hantar budak-budak balik Pusat Komersil, gua, Ijoy, Maya dan Epul kena hantar van balik dekat Subang. Kesimpulannya gua sampai rumah pukul 1 pagi. Balik rumah tu toksah cakaplah. Gua terus pengsan! :D 

     Walaupun penat, gua yakin semua yang pergi rasa seronok! Alhamdulillah, plan yang dirancang gua dan rakan-rakan yang lain berjalan lancar. Nextime kita rancang tempat lain pula ya! Terima kasih buat korang yang memeriahkan trip kita! Epul, Erol, Jess, Ijoy, Awan, Amir, Pan, Nigel, Elizabeth, Mahathir, Wani, Syahmi, Hanum, Ika, Izzah, Suci, dan May ;) Tak lupa juga berjuta-juta terima kasih kat Epul dan May yang setia drive van even penat macammana pun. Thanks!


p/s: Seronok dapat classmates yang tak banyak kerenah ;)