Tuesday, April 19, 2011

Menikmati sisa-sisa masa yang masih ada..=)


          Wut a good dayy yahh! Xhilang2 penat yang lepas2, aku buat keje gila lagi dan lagi! Plan yang sememangnya boleyy dikatakan last minute ini bertukar menjadi hangat dan menyeronokkan! Thnks to Ceyda, Tia, Oden, Along, Intan, Ammar, Intan, Reez, Adam dan lain2 lagi yang menjayakan misi nihh kan..Kowang memang banyak gila idea malam tuhh kann.. ahhahahaha~

        Berkumpul di Restoran RS Bukit Jelutong pada awalnya. Kat situ, masing2 gigih buat plan untuk menghabiskan masa pada malam tuh. Last2, semua orang bersetuju untuk karaoke kat Kota Damansara. Masing-masing tunjukkan bakat menyanyi masing2 kan. Kowang memang sporting abess la weyhh! Boley mnyanyi smbil menari plak kan..=)

Oden yang setia ngan lagu Anuar Zain ea kannn..=)

Mereka yang sporting habessss! Cayalah kowangg! huhuhu~

Tiba-tiba ada budak sekolahh kt sini.. sape ekkk??? Heeee~

Ceyda, Tia (bertenggek tuh knapa?), Me & Reez..=)


          Lepas karaoke, Kami buat keje gila lagi dan lagi! hahahahah. Mkan duriannn beramai2 di tempat parking keterr..! Aku tak tauu nak cakap ape2, tapi nih first time aku terjebak ngan keje gila cengginih! Masing2 berlumba2 nak makan durian kan. Last2, masing2 berpanas dalam kesejukan malam.. hahahahha~

Tunjukkan durian kat semua owangg! YESSS! kami suke DURIANN!! heee~

Jom lawan sendawa bauuu durian paling bessttt! hahahahaaha~

          Lepas sesi makan durian, kami telah menggilakan diri kami ngan buat ghost hunting pada malam yang menyaksikan bulan mengambang lagi terangg! Lokasi pilihan kami sudah tentulah rumah terbiar yang terletak di Seksyen 12, Shah Alam. Rumah yang sudahh lame ditinggalkan tuh nampak seram dengan berlampukan cahaya bulan terang. Pergh! Kecut perut siot! Namun, itu bukanlah halangan untuk beberapa di kalangan kami masuk ke dalam rumah tuh sekitar 30 minit. Bertemankan lampu suluh, dowang telah explore keseluruhan rumah banglo terbiar itu (macam istana weyhh!). Tabik lah aku pada dowang yang menyahut cabaran nihh! Walaupun aku hanya jadi pemerhati di sekitar rumahh tuh, tapi aku memang kagum ngan keberanian bebudak nihh. PERGH!!

          Last tempat yang weall g, adalah kedai mamak yang berhampiran rumah banglo tuh kat Seksyen 12, Shah Alam. Weall sempat berborak2 panjang kat situ sampai tak tersedar masa semakin mencemburui kan. Sekitar pukul 6pagi, weall pun pulang ke Puncak. Weyyhh! Aku takkan lupakan kerja-kerja gila untuk malam semalam! Syukur semua selamat. Aku rase puas hati apabila dapat habiskan sisa-sisa masa yang ada bersama-sama kawan2 tersayang.. Kowang mmg BEST tahap dewa! Weeeeeee~

(p/s: Aku puas hati dapat menghabiskan masa ngan kowangg! Tapi, sedeyy bila kena mengira masa yang masih ada..=)


       

Tuesday, April 12, 2011

Hari Mengeratkan Silaturrahim 3B10..=)

         
          Hari ahad (10 April 2011) adalah hari istimewa untuk ousmate aku yang mengambil course teater & management. Hari tuh jugalah hari kemuncak bagi Jesh (SM Mozek), Tinot (Pelakon Teater 1 Plastik Hitam), Maira (Pelakon Teater Hujung Dunia), Suhana (SM Hujung Dunia) & Adik (Pengurus Produksi) menjayakan subjek Diploma Showcase dowang! Tak lupa gak pada bf Ceyda (ousmate), Izzat @ gajah (Pelakon Teater Hujung Dunia) yang turut menjayakan showcasenya pada ari ritu. Bertempat di DBP Kuala Lumpur, Ceyda, Tia & aku antara yang terawal yang terpacak kat DBP pada ari Ahad tuh. Khas untuk memeriahkan hari istimewa ousmate2 yang aku amat sayangi.



Belakang: Me, Ceyda
Depan: Tinot, Jesh , Tia

I love uall weyhhh! Nobody yg boleyy replace kowangg!



       Aku , Tia dan Ceyda telah pun menonton 4 teater non stop ya pada hari tuh! HAHA. Pada petang itu, kami tengok teater Hujung Dunia & 1 Plastik Hitam. YAH! Dua2 mampu menarik hati aku. PERGH! Lakonan mantap daripada budak-budak nih memang buat aku kagum! Hujung Dunia telah buatkan aku menitiskan air mata. 1 Plastik hitam pula lagi buat aku menangis sebab banyak lawak kaw2 yang buat aku bantai gelak kuat2..=p

Bukti Ceyda gelak kaw2 rituh! HAHA~

      
          Masa tunggu turn teater pada malam tuh plak, sempatlah aku nan budak-budak nih ber'photoshoot bagai! HAHAHAHA~ Weall telah menjelajah hampir keseluruhan DSB untuk amek gambar je! Lagi2 kat around pentas. Cantik pentas kowang! Rase macam bersemangat gila nak jalan-jalan kat red carpet kAN! Good job management team! 

Bila antu2 gambor dah bergambor, orang lain  TAK boleyy amek gambor..=p


Tia, Ceyda & ME!  Kami ditinggalkan di umah Sepanjang bebudak umah yg lain sibuk ngan showcase. Weall dating sesama sendiri kat umah tauu! JANGAN JELESS! Hahahahahahhaahah~




Me. Penat camne pun, aku nak cakap yang aku sayang gila vavi kat bebudak 3B10! Weeee~




       Pada sebelah malamnya pula, kami tengok pula teater Datuk Harimau & teater Mozek. Kedua-dua teater ni agak sedikit berat namun penuh dengan mesej-mesej yang baik. Ada la part2 kelakar yang aku ngan Ceyda bantai gelak gak pada malam tuh. Pergh! Sakit perot bila banyak sangat gelak pada hari tuh (orang pandang2 pun g mampus lah). Janji aku enjoy tengok kawan aku perform. HAHA.



       Buat mereka yang terlibat ngan diploma showcase nih, aku ucapkan tahniah yang bebanyak. Pada pendapat aku, kowang telah berjaya buat event yang gila gempak. Keseluruhannya, aku amat2 berpuas hati dengan pihak pengurusan dan lakonan yang mantap daripada pelakon-pelakon. Kowang memang bestt! Buat Jesh, Tinot, Su, Maira dan Adik, tahniah ya diucapkan! Hope kowang berjaya dengan bidang-bidang yang kowang pilih nih! Gua tabik sama lu! Heeeee~

(p/s: Balik ngan senyuman pada hari tuh! =p )

           

Monday, April 11, 2011

Setelah 3 Tahun..=)


         PERGH! lame sungguh xupdate belog! Tapi, lagi lama x dapat dating ngan bestie aku! Atas kesungguhan Amira Farhana (Buat kejutan la sangat! tapi gua mmg tkejut lah!) menemukan aku ngan rakan lame TASHRIEQ HAIKAL, buatkan aku speechless tahap kronik! 3 taun tak jumpa nan mamat nih yah!! HAHA~

         Sesampai kat Cineleisure, kami gigih mencari kelibat TASH sampai ke The Curve tapi tak jumpa2 gara-gara salah info lah nihhh... haha~ OMG! Kami sesat mencari TASH dimana-mana, last2 kami tersenyum sesama sendiri! YESSH! Aku & Mira dari jauh dah nampak rambut mahal TASH (mahal sbb ea ori tauu!) yang kini sebahagian daripada trademarknya! Tabik ahh! heee~

         Ni lah ea, aktiviti pertama kami! pekena MEATBALL kat ikea! Gian lah nk mkn menda nih! Aku yang kini mengidam nak makan menda nih telah licin mghabiskan 10 meatballs ngan coklat strawberry! PERGH! Terangkat pekena coklat Amira..=)



Pergh! nak lagi. nak lagi. nak lagi. meatball sgt lazat bila mkn bersama-sama teman terbaik! xcaya try lah!  =)


          NEXT activity, jalan window2 shopping gituh, Sempat la jugak aku cari sikit barang peribadi kan. Thanks to fwens yang bantu saya ya! heeeee. Pastuh, Tanpa buang mase, Mira pun mengheret weall g men Pool! Pergh! masing2 kate xterer tapi NAH! Jap g masing2 tunjuk skill! Kalah kita! HAHAHAHAAHA~

Mira tahan nafas sambil tunjuk skill ea yang paling power! HAHAHAHAHA~

Tash ngah concentrate nak menang permainan nih katenyew! HAHA~


PERGH! Takot seyh nk lawan ngan dowang nih! Aku boleyy dok bawah meja sebab gerun punye pasal. HAHA~


              Dan diumumkan pemenangnyewww!! Cik Noraziah! Eh salah! Cik Mira yg menang tournament nih! hahahahah~ Pergh! Terer seyh minah nihh! kagumm kita! Papepun, TASH, next time kite boikot Mira! Jangan bagi ea take part lagi ea!! Hahahaha~
        
              Next aktiviti, Karoeke time!! Mmg dowg nih master la kat bilik karoeke! Melalak2 xreti kenal erti penat sebab nak lepaskan tension2 dalaman yang boleyy buat gila kalau dok simpan ataupun diperam lama-lama.. hahahaha. Sambil2 tuh, sempat lagi ctew pasal macam2 menda yang terjadi selama tak berjumpa KAN. Wah! windulahhh time luah perasaan tuh! Huhuhuhu.. Btw, Thanks to TASH sbb berjaya sahut cabaran menyanyikan kami lagu BRUNO MARS!! weyhhh! Aku gila bayang ngan si BRUNO nih. Tak dapat g concert ea, dapat lepas nyanyi lagu ea ramai2 pun boleyy la labuuu... suke! suke! Heeeeee~

TASH yang gila-gila remaja! Tabik nan TASH yang juga antara yang BEST kat LKW..=)


Ratu ROCK! Mira yang sedang ambil mood utk jerit menjerit! hahhahaha..=p


TASH memang sedang boikot aku! Aku nyanyi ea titoww lak! Hahhaahha~


WE are!! Muke-muke lepas 3 taun tak jumpa ngan si busy TASH! Hahahhahaha~

                Hahahhaaa. Sememangnya masa selalu mencemburui kita la kawan! Lagi lama lepak, lagi cepat masa berlalu. Sebab kita sibuk bercerita hal masing-masing seperti 3 taun yang lepass! Aku sayang kowang weyhh! Sayang Farid tiada kan! Pape pun, hope u all berjaya ngan bidang masing-masing ya! Moh la kita kejar cita-cita memasing. Sorry ya sebab lambat m'upload pix bagai. Maklumlah, balik2 ari sabtu (10 april) tuh, gua kalah ngan mata gua la ! heeee`




(p/s: U all adalah tersendiri! xboleyy di compare! Mahupun ditukar ganti. I'll miss u ahh! Sayang kowang sampai bila2..=p)




Wednesday, March 2, 2011

MY BELOVED TANGKAPICTURES..=)

        
            Pos ini bukanlah untuk promosi semata-mata. Tetapi ini adalah pos untuk membangkitkan semangat Tangkapictures Production yang bakal berjuang untuk menghasilkan produk bernama 'JANUARI'..



Director: Danial Faris Masam manis
Assist. Director: Lara Zizie =)
Producer: Iyda Jame 
Production manager: Wani oh wani
Production Design: Azfar
Art Department: Barithsha ESHA
Wardrobe & make up: Intan Maganda
Props: Kak Nida
Scriptwriter: Shazrul Farhan EROL
Audio: Sham
D.O.P: Ghazali
Logistic & Kebajikan: Shakira Shakira


         YaaaWWw! Hati semakin berdebar-debar tahap dewa bila kita tinggal beberapa hari dan jam untuk shooting. Semuanya sudah semakin suntuk dan sudah tentu masa mencemburui kita! Namun, tu tak jadi masalah......=) As long as ikatan kita KUAT, mesti semua akan berjalan lancar. Insya Allah.. Marilah kita kumpulkan kekuatan untuk shooting nanti! This is for our Diploma Showcase dan maybe projek terakhir kita if masing-masing bawa diri pasnih. So, all out ya! Pape masalah, kita kongsi dan hadapi sama-sama!


        Untuk Control Z, Vodoo dan Rembat, u all pun sama juga ya! Wut yang sebaik mungkin utk diploma showcase kita! I wish u all the best ya!



(p/s: Saya SAYANG group saya SO BADLYYYY! hhheeee~)



Saturday, February 26, 2011

Bukan AZIAH.. tapi ASIAH..=)


           Hahahahahahaha~ Tiba-tiba aku teringat zaman kanak2 aku lepas sepupu aku dok ingatkan aku keje2 gila yang tidak masuk akal yang penah aku dan dia buat! Ya! Kami memang gila! hahahahaha. Cuti sekolah masa sekolah rendah dulu, aku pasti takkan lepaskan peluang untuk tinggal di kampung. Disitu, bermulalah pengembaraan aku dalam permainan pelik2 nih! Lasak macam laki! hahahhahahaha~ 


           Dalam banyak-banyak waktu, aku selalu tunggu waktu petang!Ya!  Sebab time tuh, pakcik atau atuk aku akan bawak kambing2 balik semula ke kandang. Antara yang paling nakal yang aku dan sepupu aku penah buat adalah mandikan anak kambing! Siap boleh tunggang kambing tuh macam kuda pula KAN. hahahahaha~  Ini memang gila! Aku pun tak sangka aku nakal sampai tahap cmtuh skali.. Last2, nenek aku jerit.."ASIAH...!!" dan, aku akan buat muka tak bersalah. Hahahahahah...~


                       
         Paling best sudah tentulah bila berpeluang main layang-layang kat sawah dengan abang aku dan sepupu-sepupu yang lain. Berjam2 kat sawah pun tak kisah. Janji, layang-layang terbang tinggi kat udara. Ada kalanya boley tidur kat tengah2 sawah tuh. Sape nak peduli KAN??  hahahaha~ Last2, nenek aku menjerit lagi.."ASIAH....!!!"


              Selain itu, aku dan sepupu aku tak ketinggalan untuk masuk hutan terdekat untuk sesi lastik melastik! Yang nih aku join sepupu laki la. Lagak macam tentera la konon. Pastu satu badan gatal kena serangan tentera nyamuk! Teros diam. hahaahaha. Bila balik ngan kotor-kotor kat baju.. lagi sekali nenek akan menjerit.."ASIAH..!!" dan aku terkedek2 lari..=p

          Paling yang aku rase sumer budak2 penah main sudah tentulah main mak-mak dan masak-masak. hahahahah~ haish! tp, yang peliknya aku tak pernah pula jadi mak sepanjang aku main permainan nih. HAHA~ Siap memasak-masak bagai. Abis bunga-bunga yang nenek aku tanam kena petik ngan cucu-cucu ea yang nakal nih. dan mula la lagi nenek aku menjerit-jerit lagi.."ASIAH...!!" dan aku cepat-cepat menyorokkan diri.. hahahhaha~

         Lagi satu, bila main cikgu-cikgu, sudah tentu rumah nenek akan bersepah lagi dan lagi. Bila dah bersepah-sepah tuh, sudah tentu nama "ASIAH...!!" akn disebut-sebut lagi. dan kali nih, aku lintang pukang lari bersama-sama sepupu-sepupu aku yang lain. haha~ 




           Paling yang aku tak boley lupa, kereta sorong pun boley dijadikan permainan. Main teksi-teksi ngan sepupu-sepupu aku yang lain. Ape ke sengal aku nih sampai apa-apa barang pun boley dijadikan permainan. haha~ dan aku pasti, name "ASIAH..!!" pasti akan kedengaran bila kereta sorong hilang sebab aku letak kat mana entah! HAHA.


            OMG! Aku rindukan gila zaman kanak-kanak aku. Semakin hari aku semakin dewasa. Aku berharap kisah-kisah yang mampu buat aku tersenyummm nih akan diingati sampai bila-bila. Sudah tentu aku akn ingat sekali arwah nenek aku. Dialah yang sering menghabiskan masanya dengan aku masa zaman kanak-kanak aku.. Aku sayang nenek! =)
P/s: Nenek SORANG je yang pernah panggil aku ASIAH..=)
                             


Thursday, February 24, 2011

Gloom..



Tonight..
Tiba2 aku rase suram. Muram. Terdiam.
Oh shit! aku menci feeling camnih!

Aku macam nak nangis. Tanpa alasan.
Tanpa aku tau KENAPA.
Ah! Aku buntu.
Dari jauh aku hanya mampu berdoa.
Agar bahagia hari ini takkan kecewakan aku untuk hari2 esok.
Amiiinn..


(p/s: Cemburunya aku.. Bulan sentiasa indah w/pun tengah suram)



Tuesday, February 22, 2011

CERITA UNTUK HARI INI..=)



           Bercerita pasal hari ini., aku memang2 la happy tak hengat dunia. 1st, aku dapat setelkan keje2 management aku. 2nd, aku juga mampu untuk ketawa & hilangkan stress sikit. thanks to May, Rizal n Ijat! 

         Setiba aku di MBSA, aku pun tidak lengahkan masa untuk menyetelkan segala urusan kat situ. Ianya mengambil masa yang sekejap je sebenarnya  (jadi lama sebab May sempat lagi bergosip bagai KAN..betol x ijat dan Rizal?? hahahaha ;p) 

         Selepas aku menyetelkan kerja-kerja, ternyata aku telah diculik! Aku diculik oleh mereka ini dan diheret sekali ke pusat karaoke berdekatan. Dowang memang kuang hasam! hahahaaha~ Tapi,melihatkan tenaga luar biasa dowang dalam bidang jerit menjerit di dalam bilik karaoke tersebut, aku jadi kagum. Aku dapat menyimpulkan yang sebenarnya dowang bukan tension mahupun stress, tetapi dowang ni memang gila! hahahah~ Paling terok, selepas menyaksikan dowang menyanyi dalam pelbagai gaya, aku pulak yang terasa saket tekak! haha!  Btw, tak mampu nak menyanyi lagu kak Ziana mcm orang' tuh.. Kowang mampu??? hahaha.. =)


-->Rizal yang buat2 tak bermaya (saje skip nyanyi KAN! hahahhaa =p )


 --> May yang conquer keseluruhan mikrofon yang sedia ada di Pusat karaoke tu. Weeee~


--> SAYA!  Tukang sorak dan tukang mengundi yang setia..=)

--> Suara buluh perindu Ijat memang power! Tak mampu la nak lawan ngan Ijat!Weeee~


          Selepas berkaraoke, May sekali lagi menculik aku dan membawa aku bersama-sama Ijat dan Rizal ke Tasik Shah Alam. Nak release tension katanya. Aku rasa, sepanjang kat sana, tension aku, Ijat dan Rizal dah setel, tapi May sowang yang tak setel2.. hahahahahhaha (baru ko rase penangan jadi PM camnew ek.. haha~) Sambil2 tu, sempat la juga aku reccee KAN. Tengok mana-mana tempat yang menarik gituh.


---> May yang sedang mengaku yang dialah tuan kepada kura2 yang ada kat dalam tasik tuh.. hahahah~


---> May lagi. Wat muka koweng' ea pas kitaowang tak layan cerita kura-kura ea.. hahahahhah..=)


Ijat + May + Rizal = IJMARI??



Nak nombor tipon baju biru tuh??? Tapi semua pandang baju MAY kan?? TeeeeT! hahahahha~


I'll remember this day. Hari tension sedunia. Dan release tension sama2.. Tapi bila tgk May kan, agak2 release ke tension ea dalam gambar nih?? hahahahhaha.. =)


         Selepas ke Tasik, kami menuju ke Pak Li. Lepak-lepak minum air sambil bincang pasal progress short film masing-masing. Rase dewasa sangat bila semua dok bincang pasal kerja. (No gossip2 ya! haha~)

        Next station before aku alek, kami menyinggah ke Mydin. Ya! Ini kali pertama aku tengok orang lelaki bershopping barang umah! memang gamat satu Mydin ngan kehadiran budak2 nih. Lagi2 bila dowang sibuk memilih barang dapur. Dalam sibuk2 mencari barang2, ada la SORANG budak tuh. Dok tenung coklat lame2, pastu mula la cakap yang bukan2 (padahal ea nak!) Sapa la budak tuh KAN. Hahahahaa~

       Btw, thanks to May, Ijat n Rizal coz bantu I rini. Tanpa uall, xsiap la keje management I..! haha. Tarikh hari ni akan tercatat dalam kenangan yang patut I hengat menjelang 2bulan lagi kita di UITM..! Saya sayang kawan-kawan saya!


(p/s: Tinggalkan sikit coklat utuk I ya..! hahahaha~)