Showing posts with label Destinasi. Show all posts
Showing posts with label Destinasi. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

SUNGAI GABAI PUNYA CERITA!


          Homaiigoddd..! menda nih dah terlalu lame bwu aku dpt mnulis kat belogg. Omg! Noraziah mmg bz! (bz ngan menda lain!) hahahahhaha~ Well, rini aku nak mnulis pasal plancongan aku (melancong la sangat!) ke Sungai Gabai baru2 nih.. Kesibukan kerja yang terlampau menyemburui masa2 aku, telah buatkan aku wase tenat. Bila tenat, aku suka nak menghabiskan masa-masa aku dengan kawan-kawan. Maka, aku dan kawan2 bersepakat untuk keluar mencari kegembiraan tanpa batasan..=)

        Pada 24 april, aku pun berjaya menjejakkan kaki ke Sungai Gabai (dah lame teringin nak g sbenarnya!).. Thanks la bebanyak kat kawan2 aku yang plan wut aktiviti cengginih! Ternyata May & Ceyda bertungkus lumus untuk wut juga w/pun dalam kepayahan. THANKS kowang! hahahha~

          Dalam keter, keadaan memang hauk! Masing-masing tak menyabarkan diri untuk sampai KAN. hahhaa. Adoyaii. Aku akn ingat menda2 cenggini sampai bila2.. Bila dah sampai tewos cari port paling best! PERGH!! aku memang pancit untuk naik berjuta2 tangga yang gila banyak! (Aku & Ceyda struggle untuk naik sampai puncak walaupun 3 4 kali berhenti untuk duduk berehat. Pegi lantak kat owang yang lalu lalang dok memerli & mengusik aku. Hahhahahaahha) mesti dowang dengki kat aku lah tuh ! hahahhaha~ Tapi seyess aku memang nak pitam, wase nak muntah & sakit kaki bila naik tangga. Nyesal aku tak breakfast (just makan menda cikai2) before naik tangga. Akibatnya, bebudak sumer dah mandi, but aku masih lagi dok mencari ketenangan & berharap agar pening nih cepat baikk.

           Akhirnya, aku dapat mandi gakkk!!!! hhhhahahaahhaaa.. YESSH! Aku seronok main baling-baling air kat bebudak! Sape soh ajak aku g sini kan. Padan muka pada sapa yang kena air sampai menggigil kesejukan tuh (merujuk pada siapa yang kena simbah air sejuk nan aku).. HAHAHA. Tuh namenya cari gaduhh before kita abess blaja.. Harap dimaafkan ea pada salah silapkuh! heee~


         Around pukul 3 camtuh barulah kami beransur pulang sikit-sikit. Masing-masing muka berbirat sebab kesejukan terlampau! hahahahahha.. Well, Kowang memang best & sporting pada hari tuh. Hasilnya, kita sama-sama have fun aite??? 

Pix nih diambil secara gila2. Boleyy lihat juara @ owang paling gila jatuh kepada MAY VOIMAN! =p



ADOYAi.... Cantiknya ciptaan tuhan kan? kan?? heeeeee~




Scene dimana lelaki2 tampan ini dibuli oleh para gadis2.. (Tetiba WanB je yang terselamat KAN. Curious) hahahahhaah~




Mana2 je la si MAY VOIMAN nih bergayut! Tapi.. AJ nak kemana ngan attitude tuh??? hahahhaha~



ISHA kena ketiak CEYDA! hahahaha~ Tau2 dia tewoz jadi pendiam & demam seminggu pastuh..=)



Ousmates tercinta turut memeriahkan ekspedisi ini.. THUMBS UP!



POSE kami yang tak berapa nak sporting bila kepenatan & kesejukan tahap cipan! hahahha~ 




Sahabat-sahabat lelaki yang baik hati..=)



The best pix yang dapat ditangkap! Sebab saya dapat hadiah..=)




Thanks lah bebanyak pada May, Ijat, Ashmeer, Hanis, Hamzi, Ceyda, Rizal, Taufiq, WanB, Isha, Jesh, AJ & Mawar( photographer) yang telah memeriahkan perkelahan nih!! OMG! Smpai skang i akan tergelak dekah2 tengok video kowang yang gila-gila & gigih turun gelongsor kat air terjun...! Noraziah sayang kowang ketat2!!


(p/s: Xkisah berpenat bagai.. Demi kegembiraan yang tidak akan aku dapat di masa-masa akan datang..)




Monday, December 27, 2010

*Seimbas lalu di Perkampungan orang asli POS BETAU, PAHANG (22-23 DEC 2010)

Selepas 3 hari di Perkampungan orang asli Pos Kemar, Grik, Perak, kami singgah ke perkampungan orang asli di Pos Betau, Pahang. Crew-crew disambut baik oleh En.Helmi yang merupakan pemilik Ecolife camp. Kami banyak dibantu oleh pihak camp, Tok Sam dan Tok batin Ahmad untuk menjayakan dokumentari orang asli ini. Makanan yang disediakan oleh pihak En.Helmi sememangnya superb!

 Crew-crew mengambil peluang untuk berehat-rehat dan meninjau2 sekitar camp selepas sampai. 

 Otw ke sebuah perkampungan yang dekat dengan camp.

Setelah sampai di perkampungan terdekat, kami tanpa membuang masa terus membuat penggambaran di sekitar kampung itu.

Si isteri/ibu yang sedang menyambut suami serta anaknya yang baru pulang daripada hutan.

Crew-crew sempat bergambar dengan kanak-kanak orang asli

 Aku sempat bergambar dengan kanak-kanak orang asli yang kusyuk melihat visual di monitor

 Orang asli ini sempat menunjukkan cara-cara membakar pisang di rumahnya.

 Merakamkan kenangan bersama-sama kanak-kanak orang asli sebelum bergerak ke lokasi lain.

 Sempat menghulurkan gula-gula yang dibawa kepada kanak-kanak ini.



Pada petangnya, kami sempat ke tanah lapang dan merakamkan aksi remaja lelaki orang asli bermain sepak takraw. Crew kami sempat berlawan sepak takraw dengan mereka. =)

Pada sebelah malam pula, crew-crew kami ke rumah seorang nenek yang juga merupakan penganut agama Islam paling lama di perkampungan orang asli ini.

Sempat bergambar bersama nenek. 

Kisah hidup nenek ini sedikit sebanyak telah berjaya menarik perhatian aku. Selepas penggambaran di rumah nenek itu, kami ke sebuah lagi kampung untuk menyaksikan tarian sewang masyarakat orang asli di sini.

 Persiapan dibuat rapi sebelum persembahan sewang dimulakan.

Antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan ketika tarian sewang dipersembahkan.

 
 Penduduk-penduduk berdekatan rumah sewang tidak melepaskan peluang untuk melihat persembahan ini.

Sorakan daripada penari-penari tarian sewang sebelum kami pulang. 

Sememangnya malam itu meninggalkan kenangan manis buat aku yang ternyata sangat suka dan enjoy dengan persembahan bertenaga itu.

Pada keesokan pagi, pengarah telah membuat temubual untuk Tok batin Ahmad. Terima kasih yang tidak terhingga buat Pengarah, En. Zaki kerana memberikan aku peluang untuk menemubual serta menjadi wartawan sekejap.=)

Semua crew sangat fokus ketika sesi temubual dilakukan.Thanks kepada crew yang banyak membantu..=)

 Sibuk mencatat point-point penting. Dalam hati, hanya tuhan yang tau! haha..
Gambar sebelah adalah gambar aku memegang kulit kayu manis. Wangi!

Pada tengaharinya pula, kami sempat meninjau dan membuat penggambaran di sebuah salon rambut yang ditaja oleh Giatmara khusus untuk seorang pelajar orang asli ini. Siapa sangka ada salon di perkampungan orang asli kan? unik!
Antara gambar-gambar yang dirakamkan ketika shooting dijalankan.

Pengarah dan cameraman tak nak lepaskan peluang naik rakit untuk scene orang asli  membawa rakit di atas sungai.

 Say 'BEST!!!!!' then smile! 

 Gambar ini dirakamkan selepas habis shooting sekitar pukul 07.00 malam.

Syukur alhamdulillah. Selepas 5 hari berhempas pulas untuk siri dokumentari orang asli, maka tamatlah pengembaraan kami. Apa yang aku dapat katakan, Aku sangat-sangat berpuas hati dengan penggambaran ini dan ia memberikan satu kepuasan bagi aku yang baru sahaja berjinak-jinak dalam pembikinan dokumentari ini. Tanpa line' handphone, aku akui yang aku dapat berehat sekejap dari dunia luar. Relaks! Aku kagum dengan cara hidup masyarakat orang asli yang sederhana dan menggunakan apa sahaja yang ada disekeliling mereka. Kalau aku tersesat kat hutan mesti terkial-kial tak tahu nak buat apa-apa. Walaupun sakit dan gatal sebab kena gigit dengan nyamuk dan agas-agas, ianya tak setanding dengan ilmu yang aku dapat..;p


Penghargaan yang tidak terhingga buat En. Zaki (pengarah), BJ Jaja (wartawan), Abg Sham (Cameraman 1), Solleh (Cameraman 2), Abg Pie (Lighting) dan Abg Niza (pilot), En. Mat Wahid, Tok Sam, Tok batin Ahmad dan En. Helmi sekeluarga yang banyak membantu kami di sepanjang penggambaran. Terima kasih.