Sunday, June 17, 2012

Jalan2 Lupakan Assignment. HAHA :D


     16 Jun 2012, ialah hari yang memang sangat2 Ohsem!! Kelas kita sekali lagi buat gempak ! Hanya dengan gurau2 manja dengan Dr. Norizah, akhirnya bertukar menjadi nyata apabila Dr. Norizah sendiri menjemput kelas A untuk makan-makan di rumahnya. :) Xkisah walaupun kena gotong royong untuk memasak sendiri, yang pasti semua orang HAPPY dan ENJOY! Yeahh!


 Tu dia orang kuat kat dapur! 


Budak2 kelaparan! Erol dan Syahmi :D




Brader2 yang buka kedai CC kat tingkat atas. Mana2 yang syafiq, Nigel dan Amir pergi, buah hatinya atau laptop pasti akan dibawa sekali! Semua sebab penangan DOTA!


Masih di dapur. Para gadis begitu tekun. Eceh! Haha



Madir memang rajin amik gambar orang2 kat dapur. Sumpah kelakar tgk gambar2 nih! Hahaha


SAH! Budak2 ni kelaparan! Terutama sekali Syahmi! Hahahaha



FINALLY siap!!! Semuanya menyelerakan! Oyyeah!


Air tangan Dr. Norizah --> Ikan Patin Masak Tempoyak. SEDAP!


Tu dia Sup gearbox!


Sayur campur Hazwani! Wani dah boleh buka kedai makan dah nih!

Siakap 3rasa sentuhan Gee. Memang the best!


Daging blackpepper Hazwani habis dulu! WOW! Haha


Dengan ini saya rasmikan dulu daging blackpepper Wani! :D :D :D




Makan time. Gua tak segan silu menambah nasi 2x + semangkuk sup gearbox :p



Xcukup makan kat atas meja, Korang sambung lagi makan kat ruang tamu plak yaa. Pun boleyyyy! hahahaha


 Dr. Norizah dan suaminya memang sangat sporting. CAYALAH!!



Ini yang orang kata, Kenyang perut suka hati! :D


KEJUTAN untuk Erol! SELAMAT HARI JADI SHAZROUL FARHAN! ;)

Erol feeling2 nangis! Heeee.. :p



Kek Blueberry ni memang sedap! Buktinya i suruh Madir topup lagi! Haha 


Bila masing2 sibuk nak balik, tiba2 Dr. Norizah dan suaminya sibuk nak keluar. Dengan muka yang pelik, semua tanya "Dr nak kemana?". Dengan selamba Dr Norizah kata dia nak belikan durian untuk weall! OMG!! Dengar perkataan durian sahaja, aku terus segar! Hahahahaha.
Setengah jam kmudian, Dr Norizah dan suaminya membawa 5 plastik durian. Walawei! Tanpa segan silu gua dan hantu2 durian ke luar dapur untuk menghadap durian. HEHE.


 Harrr. Tu dia!! Bila hantu durian beraksi apa pun xingat! he3. To Izzah, jangan ingat i xmakan durian ya! he3
Gambar ni Aween yang tangkapkan. Thanks Aween! Hugss.



Time lapar lemau, time kenyang pun lemau gak! Acane tuhhh? hahahahaha.. :D

Makan sampai kenyang pun sudah, mencekik durian pun sudah, gosip2 pun sudah. COMPLETED! Seterusnya move to second location iaitu ke rumah Puan Azita! Seronok tengok Puan Azita yang tersenyum2 menyambut kedatangan anak-anak muridnya yang nakal. Hee. Yang pasti, anaknya yang super duper comel tu tak TERLEPAS dari menjadi mangsa ciuman!! hahahaha. Tu lahh. Sape suruh comel sgt2.. :p   


Si comel dengan kami.. Jatuh sayang tengok gelagatnya yang comel dan dah pandai senyum2.. :D

Sejam dua lepak2 kat rumah Puan Azita, then tibalah waktu untuk pulang. Masing2 sudah berpenat bagai. Muka layu je. Yang hantu2 durian pula masing2 dah mabuk! hahahaha. Thanks sangat2 pada lecturer yang baik hati dan mengikutkan sahaja kerenah studentnya ;)

Mood: HAPPY FAMILY..  Hope lepas ni kita buat gempak lagi ya! ;)

Thursday, April 12, 2012

♥ HANTU T.I.T.A.N.I.C ♥




    Masih terngiang2 alunan melodi 'Hymn to the sea' di telinga aku even dah dua hari aku 'berjumpa' dengan Titanic. Begitu hebat penangan Titanic di mata aku. All time feveret!  I swear!

     Malam 10 April 2012, aku bersama-sama dengan Epul, Jesh, Jatjat, Mel, Najah, Ary, F dan Ameen struggle menghadirkan diri ke 'Special Screening of Titanic 3D'. Thanks to Jatjat yang mengajak. Dan thanks tak terhingga to Danial yg baik hati sumbangkan byk tiket ritu ;)

    Walaupun sampai kat panggung 'sedikit lambat', tapi tu tak mematahkan semangat untuk terus menghayati filem yg mega awesome ni! Dalam khusyuk menatap wajah tampan Jack dan jelitawan Rose (Adore gila nan kecantikan dan ketampanan dua pelakon nihh!), tiba-tiba terdengar bunyi-bunyi yang datang dari sebelah aku. Ary Suriani memang hebat sebab dia orang FIRST yang meleleh dulu dan aku hanya mampu gelak kuat2 dalam hati. hahahahahhaa. 

     Tak lama kemudian, time aku pula yang datang. Bila dah kecoh pasal kapal karam, barulah ada takungan air kat mata aku ni ha. Aku nangis bila tengok dan hayati scene2 penting dimana manusia sibuk mementingkan diri masing2. Bila darjat dijadikan isu hangat, nilai kemanusian semakin hilang dan pupus. Hati terus pilu bila wang ringgit dijadikan satu tiket untuk 'mematikan' orang-orang yang berdarjat rendah. Filem ini mungkin filem yang terbaik untuk aku lihat 'apa itu manusia' dari sudut pandangan aku sendiri.


     Second aku tersentuh bila seorang lelaki sanggup menggadai nyawa untuk perempuan yang dia sayang. Lagi parah aku nangis bila di saat2 kematian menjemput pun, Jack sempat bisikkan kata-kata cinta dan semangat untuk Rose terus berjuang bagi meruskan hidup di masa akan datang.  Lagi-lagi pilu dan tersentuh hati bila ending filem ni (part roh Rose berjumpa semula dengan Jack kat atas kapal). Homaiigodd! Part tu memang perit sbb aku tahan nangis! Tapi lama-lama, termenangis juga smpaikan cerita da abes pun aku masih kaku kat atas kerusi. Hahahaha. Tengok punya tengok, semua budak2 ni pun kaku sama. Agak-agak nak kena halau tu, baru sekor2 nak kuar ;D 

     Aku tersentuh hati sebab memikirkan kat zaman skang/ real life ni, mana la ada cinta-cinta yang camtu. Mungkin sebab tu kot filem ni menduduki carta PERTAMA, KEDUA dan KETIGA kat dalam hati aku ni memandangkan aku dah sebati dengan cerita ni sejak zaman hingusan iaitu zaman sekolah. Hehe. Mungkin ni kali ke-10 aku tengok filem ni dan mungkin akan terus tengok sampai bila-bila. FINALLY, apa yang aku dapat adalah KEPUASAN..! sebab aku dapat tengok filem Titanic kat pawagam selepas filem ni kuar pada tahun 1997..! * Puas sebab taun 1997 tu aku baru berumur 7tahun dan xkenal apa itu wayang pun. HAHA.

     Beralih ke dunia realiti, lepas abes tengok cerita yang berjaya buat mata-mata para lelaki menjadi MERAH SEMERAHNYA (merujuk pada budak2 barisan aku. HAHA), weall pergi makan. Thanks God! sebab perut aku tak berbunyi kelaparan masa kat dalam panggung tu. HAHA. Bincang punya bincang, akhirnya perut aku berjaya diisi dengan 2bungkus nasi lemak dekat Selera Jaya 223. Walaupun tu kali pertama aku makan kat situ, tapi sangat2 AWESOME bila dapat makan banyak dengan harga yang murahhh! Lepasni, orang-orang yang rajin ke situ, kena bersara sebab aku akan gantikan tempat mereka kat situ! HAHAHAHA *gelak kuat2 sebab kata-kata ni merujuk kepada 'someone'.

     Lepastu, lepak kat rumah family Ary Suriani. Kat situ sumpah aku banyak gelak dekah2 bila geng-geng lama berkumpul dan mengeluarkan macam-macam cerita. Sesi luahan hati berlaku dalam keadaan yang kelakar. Sampaikan aku tak rasa ngantuk langsung. Sampai-sampai umah, baru aku kenal erti ngantuk dan tidur bermimpikan Titanic ;)

Tuu diaaaa antara tiket yang aku sempat rembat! ;p


Yezza! Dimana ada Jesh, di situ gak ada aku! HAHA..~


AHHA! Tiket ni akan aku framekan! sekian ;D


     Well, TERIMA KASIH kawan-kawan yang berjaya membuat segala stress-stress aku hilang pada malam tu. Sayang kowang ketat2!!!



MOOD: Akan terus dengan mood Titanic dan dengar semua soundtracknya ;)

Wednesday, April 11, 2012

Malam Apresiasi Budaya Awang Batil ♥


      Macam biasa bagi pemalas seperti aku, pasti akan 'cepat tapi lambat' untuk update belog yg dijadikan tempat persinggahan jari jemari bekerja bagi melontarkan idea. Kali ni fokus aku adalah pada Si Awang Batil.

     Pementasan 'Persembahan Awang Batil' yang bebudak LG221 group A handle pada 2 April 2012 ritu memang awesome!  Good job kawan2 yang struggle ke sana ke sini untuk jayakan tugasan ni! Well, Kak Ita kelihatan tersenyum 'lebar- lebar' di tempat duduknya sebab kita semua dah buat event ni GRAND sangat. Mana tidaknya, kelas kita kan terlebih seninya! heeeee ;)

     Walaupun ni event pertama bagi kelas kita dan juga bagi budak2 STPM, tapi hasilnya memang gempak kan? Hope sangat2 kita boleh jayakan lebih banyak event untk masa akan datang. Setakat halangan-halangan yang datang tu adatlah. Kasi jentik jauh-jauh je halangan-halangan yang begitu poyo itu ;)


Sebelum setup tempat dan pentas pun sempat lagi amik gambar ya! he3  ;)

Shot pilihan of the year. Jesh korek ketiak Epul! oyyeh! hahahaha ;D

GRAND! Budak engineering pun datang! Thanks Jiji 


Bunga2 yang ada dalam kelas LG221. Bunga2 yang tak ada semua dah dipetik orang. harap maklum! ;p


Pakcik Ramli yang sangat cool bila buat persembahan! Sangat suka bila dia main alat muziknya ;)

Aktiviti pas clearkan apa yang patut adalah aktiviti bergambar!! Kelihatan Epul dan Nigel memberikan respon paling memberangsangkan! he3



 Erol with me. Cantikkan Erol? heeeeee ;)
                                      

Tu dia group Kak Ita i! Kowang hado bergambar2 nan pakcik ni satu kumpulan?? he3 ;) 


MOOD: Ohemgeee.. Saya sayang kawan-kawan sekelas saya ;)




Happy Birthday Odeng! hahaha



"Noraziah binti Othman sangat kejam kerana lupa birthday Tengku Idzudin Nazrin." kata Oden pada 5April 2012.



Perghh! Aku sangat2 berpuas hati sebab dapat berlaku kejam pada Oden! hahahaha *Gelak kuat2. Eceh! nak merungut konon!! hahahahaa.
Padan muka! sapa suruh menyombong nan budak LG :p

Xkisahlah, mogok aku da berterusan selama seminggu. Now aku nak ucapkan 'Happy Belated Bufdayy OdenDeng!'
'

Terima jelah ucapan yang sudah basi lagi berkulat ni! hahahaha. 
Semoga u terusss dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, Beb! i nak u berjaya dan terus berjaya di masa akan datang. Ingat, walaupun i da tak struggle bersaing nan u lagi macam dulu2, tapi i tetap nak u all out! sebab perjuangan u belum berakhir lagi..;)


Rindu nak memondan2 gedik santai dengan u Oden! Sumpah kelaka weyh gambar belah kanan tuh! hahahahhahaha.

MOOD: Odengdeng, u tetap shilabat pada i! Mari cari gaduh nan i kat seksyen7 ni! Hahahahaha)




Friday, February 24, 2012

UNTUK.SEMESTER.2



Melihatkan result yang OKAY tapi tak mencapai target aku, aku memang kena buat sesuatu! Yeahh! Aku nak usaha lagi banyak dan banyak!! Akan ku kejar kau sampai aku dapat. *berkobar2. hahaha. 
Jadi, untuk mencapai menda ni, aku da buat 'PENYELESAIAN'..! ;p


PENYELESAIAN
1. KURANGKAN TIDUR
---> Jesh n Ain (ousmates) mungkin sedar pasal hakikat ni! Sebab aku memang pantang kalau dapat bantal kesayangan aku. Bila da peluk, mulalah aku 'stone' xtentu pasal. Pastu TIDUR kat mana2 aku suka. So kali ni aku kena kurangkan bad habits ni! heeee ;p


2. KURANGKAN LEPAK
---> Harrrr. Ni pun satu hal. Bila da lepak confirm2 payah nak balik! Lagi2 kalu budak2 da start order shisha! Sah lagi lama aku duduk! hahahahaha. :p
Ohh! Katakan tidak pada lepaking lama2! 


3. BERCINTA DENGAN SANG BUKU
---> GULP! Aku ternyata lebih rajin baca magazine dan BUKAN buku belajar aku. Oh mannn!! i have to do something! ;D


4. TAHAN DUGAAN ENCIK 'TV'
---> Tabiat buruk aku lagi. SUKA TENGOK TV (lagi2 kalau ada cerita yg aku follow ;p). Kadang2 rasa macam ada gam je kat punggung bila da start buka tv. hahahahaha. 
Adoi! Time exam pun aku menyempat gak tgk tv.. haishhh ;p
*nak bermusuh nan tb lak pasni. AHHA!


5. BERHENTI BERANGAN!
---> ADUSSS! Ni pun termasuk dalam perangai tak semenggah aku. hahahahaha. Aku kuat ngantuk lagi  berangan kalau  lecturer ngajar subjek/topik yang bosan. WAKE UP Noraziah!! heeeee ;D


6. FOKUS!


---> Dengan ini saya berikrar akan terus FOKUS nan apa je yang saya lakukan bersaksikan KAMU!




(p/s: To my fwens, ayuhh kita struggle sama2. Meh2 pegang tangan erat2 supaya tak ada antara kita yang tercicir... Yeahh! )


Monday, January 30, 2012

Sungai Gabai Kali kedua..=)





      Yeayyy! Kali ni aku merajinkan diri untuk update belog yang lama sungguh tak beroperasi ni! he3.. Idea nih tercetus pas aku tengok balik gambar2 g sungai gabai nan kekawan ritu then baru teringat sesuatu. AKU TAK UPDATE CERITA INI! he3..=p

      Idea g picnic reramai ni telah dicetuskan oleh Saiful Ismail dan bebudak umahnya (budak2 dploma aku gak) yg ohhsem! hahaha. Seawal pukul 9am pada 18 Jan 2012, weall pun gerak menuju ke destinasi.. Chewah! 
   
      Sampai2 aku kat sana,  macam biasalah! aku akan LELAH lagi PANCIT mase naik tangga yang jumlahnya juta2 tuh ( saje cakap juta2 sebab nak kowang imagine penderitaan aku! hahaha). Yang pasti, Jesh, Erol, Epul & AKU adalah peserta yang akhir sampai ke atas. Petchai, Naja, Ijat, Hanis & lain2 memang GRAND sebab kowang memang pantas! Btw, Epul paling kesian sbb da separuh jalan naik tangga tiba2 perut dia memulas sampai dia kena turun balik tangga yang juta2 tuh. (Mase tu, Jesh n I mmg xteringat langsung kat atas pun ada toilet juga! Sorry la ye! hahaha). Sampai2, Taufiq & Amer da lama menunggu kat pondok. Dowang da selamat mandi dulu pun! he3
    
     Aku kira ni picnic yg best sebab BANYAK MAKANAN weyh!! Dari awal sampai2 hinggalah weall balik, stok makanan sentiasa ade! Btw, w/pun i xdapat mandi time tuh, i still have fun sebab tengok kerenah kowang yang gila2 tuh. Nextime kita g lagi ya! :)


Petchai, Epul, Ijat & Mel. (p/s: Epul buat muka suka suki ea sebab dia budak paling excited naik turun gelongsor sampai xnak balik! hahahaha)


Para LELAKI yang sungguh cantik rupawan pada hari tuhh ;p
(dari kiri: Petchai, Ijat. Hanis, Epul & Erol)


Para gadis yang memeriahkan.
(Najah, Jesh, Mel, SAYA! )


Kiri: Me with Erol 
Kanan: Me with Epul
Dua2 pun budak kelas saya. LG221 ;)


Yeahh! We are! Mase ni ujan renyai2 but peduli apa kan???  AHHA! 


Dari belakang pun boleyyyy! he3. Gigih Fiq amik pic nih! he3


My ousmate dari dulu sampai skang. 4 tahun hidup bersama & still counting. Love u Jesh!!
    
    

To Epul, Ijat, Petchai, Mel, Hanis, Jesh, Azra, Taufiq, Amer & lain2. Hope kita kekalkan hubungan camnih sampai bila2! Teka tetap dihati! Chewahh! he3 =)


 (P/s: W/pun tak TEKA lagi, tapi semangat keTEKAan masih menebal :p )