Thursday, April 12, 2012

♥ HANTU T.I.T.A.N.I.C ♥




    Masih terngiang2 alunan melodi 'Hymn to the sea' di telinga aku even dah dua hari aku 'berjumpa' dengan Titanic. Begitu hebat penangan Titanic di mata aku. All time feveret!  I swear!

     Malam 10 April 2012, aku bersama-sama dengan Epul, Jesh, Jatjat, Mel, Najah, Ary, F dan Ameen struggle menghadirkan diri ke 'Special Screening of Titanic 3D'. Thanks to Jatjat yang mengajak. Dan thanks tak terhingga to Danial yg baik hati sumbangkan byk tiket ritu ;)

    Walaupun sampai kat panggung 'sedikit lambat', tapi tu tak mematahkan semangat untuk terus menghayati filem yg mega awesome ni! Dalam khusyuk menatap wajah tampan Jack dan jelitawan Rose (Adore gila nan kecantikan dan ketampanan dua pelakon nihh!), tiba-tiba terdengar bunyi-bunyi yang datang dari sebelah aku. Ary Suriani memang hebat sebab dia orang FIRST yang meleleh dulu dan aku hanya mampu gelak kuat2 dalam hati. hahahahahhaa. 

     Tak lama kemudian, time aku pula yang datang. Bila dah kecoh pasal kapal karam, barulah ada takungan air kat mata aku ni ha. Aku nangis bila tengok dan hayati scene2 penting dimana manusia sibuk mementingkan diri masing2. Bila darjat dijadikan isu hangat, nilai kemanusian semakin hilang dan pupus. Hati terus pilu bila wang ringgit dijadikan satu tiket untuk 'mematikan' orang-orang yang berdarjat rendah. Filem ini mungkin filem yang terbaik untuk aku lihat 'apa itu manusia' dari sudut pandangan aku sendiri.


     Second aku tersentuh bila seorang lelaki sanggup menggadai nyawa untuk perempuan yang dia sayang. Lagi parah aku nangis bila di saat2 kematian menjemput pun, Jack sempat bisikkan kata-kata cinta dan semangat untuk Rose terus berjuang bagi meruskan hidup di masa akan datang.  Lagi-lagi pilu dan tersentuh hati bila ending filem ni (part roh Rose berjumpa semula dengan Jack kat atas kapal). Homaiigodd! Part tu memang perit sbb aku tahan nangis! Tapi lama-lama, termenangis juga smpaikan cerita da abes pun aku masih kaku kat atas kerusi. Hahahaha. Tengok punya tengok, semua budak2 ni pun kaku sama. Agak-agak nak kena halau tu, baru sekor2 nak kuar ;D 

     Aku tersentuh hati sebab memikirkan kat zaman skang/ real life ni, mana la ada cinta-cinta yang camtu. Mungkin sebab tu kot filem ni menduduki carta PERTAMA, KEDUA dan KETIGA kat dalam hati aku ni memandangkan aku dah sebati dengan cerita ni sejak zaman hingusan iaitu zaman sekolah. Hehe. Mungkin ni kali ke-10 aku tengok filem ni dan mungkin akan terus tengok sampai bila-bila. FINALLY, apa yang aku dapat adalah KEPUASAN..! sebab aku dapat tengok filem Titanic kat pawagam selepas filem ni kuar pada tahun 1997..! * Puas sebab taun 1997 tu aku baru berumur 7tahun dan xkenal apa itu wayang pun. HAHA.

     Beralih ke dunia realiti, lepas abes tengok cerita yang berjaya buat mata-mata para lelaki menjadi MERAH SEMERAHNYA (merujuk pada budak2 barisan aku. HAHA), weall pergi makan. Thanks God! sebab perut aku tak berbunyi kelaparan masa kat dalam panggung tu. HAHA. Bincang punya bincang, akhirnya perut aku berjaya diisi dengan 2bungkus nasi lemak dekat Selera Jaya 223. Walaupun tu kali pertama aku makan kat situ, tapi sangat2 AWESOME bila dapat makan banyak dengan harga yang murahhh! Lepasni, orang-orang yang rajin ke situ, kena bersara sebab aku akan gantikan tempat mereka kat situ! HAHAHAHA *gelak kuat2 sebab kata-kata ni merujuk kepada 'someone'.

     Lepastu, lepak kat rumah family Ary Suriani. Kat situ sumpah aku banyak gelak dekah2 bila geng-geng lama berkumpul dan mengeluarkan macam-macam cerita. Sesi luahan hati berlaku dalam keadaan yang kelakar. Sampaikan aku tak rasa ngantuk langsung. Sampai-sampai umah, baru aku kenal erti ngantuk dan tidur bermimpikan Titanic ;)

Tuu diaaaa antara tiket yang aku sempat rembat! ;p


Yezza! Dimana ada Jesh, di situ gak ada aku! HAHA..~


AHHA! Tiket ni akan aku framekan! sekian ;D


     Well, TERIMA KASIH kawan-kawan yang berjaya membuat segala stress-stress aku hilang pada malam tu. Sayang kowang ketat2!!!



MOOD: Akan terus dengan mood Titanic dan dengar semua soundtracknya ;)

Wednesday, April 11, 2012

Malam Apresiasi Budaya Awang Batil ♥


      Macam biasa bagi pemalas seperti aku, pasti akan 'cepat tapi lambat' untuk update belog yg dijadikan tempat persinggahan jari jemari bekerja bagi melontarkan idea. Kali ni fokus aku adalah pada Si Awang Batil.

     Pementasan 'Persembahan Awang Batil' yang bebudak LG221 group A handle pada 2 April 2012 ritu memang awesome!  Good job kawan2 yang struggle ke sana ke sini untuk jayakan tugasan ni! Well, Kak Ita kelihatan tersenyum 'lebar- lebar' di tempat duduknya sebab kita semua dah buat event ni GRAND sangat. Mana tidaknya, kelas kita kan terlebih seninya! heeeee ;)

     Walaupun ni event pertama bagi kelas kita dan juga bagi budak2 STPM, tapi hasilnya memang gempak kan? Hope sangat2 kita boleh jayakan lebih banyak event untk masa akan datang. Setakat halangan-halangan yang datang tu adatlah. Kasi jentik jauh-jauh je halangan-halangan yang begitu poyo itu ;)


Sebelum setup tempat dan pentas pun sempat lagi amik gambar ya! he3  ;)

Shot pilihan of the year. Jesh korek ketiak Epul! oyyeh! hahahaha ;D

GRAND! Budak engineering pun datang! Thanks Jiji 


Bunga2 yang ada dalam kelas LG221. Bunga2 yang tak ada semua dah dipetik orang. harap maklum! ;p


Pakcik Ramli yang sangat cool bila buat persembahan! Sangat suka bila dia main alat muziknya ;)

Aktiviti pas clearkan apa yang patut adalah aktiviti bergambar!! Kelihatan Epul dan Nigel memberikan respon paling memberangsangkan! he3



 Erol with me. Cantikkan Erol? heeeeee ;)
                                      

Tu dia group Kak Ita i! Kowang hado bergambar2 nan pakcik ni satu kumpulan?? he3 ;) 


MOOD: Ohemgeee.. Saya sayang kawan-kawan sekelas saya ;)




Happy Birthday Odeng! hahaha



"Noraziah binti Othman sangat kejam kerana lupa birthday Tengku Idzudin Nazrin." kata Oden pada 5April 2012.



Perghh! Aku sangat2 berpuas hati sebab dapat berlaku kejam pada Oden! hahahaha *Gelak kuat2. Eceh! nak merungut konon!! hahahahaa.
Padan muka! sapa suruh menyombong nan budak LG :p

Xkisahlah, mogok aku da berterusan selama seminggu. Now aku nak ucapkan 'Happy Belated Bufdayy OdenDeng!'
'

Terima jelah ucapan yang sudah basi lagi berkulat ni! hahahaha. 
Semoga u terusss dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, Beb! i nak u berjaya dan terus berjaya di masa akan datang. Ingat, walaupun i da tak struggle bersaing nan u lagi macam dulu2, tapi i tetap nak u all out! sebab perjuangan u belum berakhir lagi..;)


Rindu nak memondan2 gedik santai dengan u Oden! Sumpah kelaka weyh gambar belah kanan tuh! hahahahhahaha.

MOOD: Odengdeng, u tetap shilabat pada i! Mari cari gaduh nan i kat seksyen7 ni! Hahahahaha)




Friday, February 24, 2012

UNTUK.SEMESTER.2



Melihatkan result yang OKAY tapi tak mencapai target aku, aku memang kena buat sesuatu! Yeahh! Aku nak usaha lagi banyak dan banyak!! Akan ku kejar kau sampai aku dapat. *berkobar2. hahaha. 
Jadi, untuk mencapai menda ni, aku da buat 'PENYELESAIAN'..! ;p


PENYELESAIAN
1. KURANGKAN TIDUR
---> Jesh n Ain (ousmates) mungkin sedar pasal hakikat ni! Sebab aku memang pantang kalau dapat bantal kesayangan aku. Bila da peluk, mulalah aku 'stone' xtentu pasal. Pastu TIDUR kat mana2 aku suka. So kali ni aku kena kurangkan bad habits ni! heeee ;p


2. KURANGKAN LEPAK
---> Harrrr. Ni pun satu hal. Bila da lepak confirm2 payah nak balik! Lagi2 kalu budak2 da start order shisha! Sah lagi lama aku duduk! hahahahaha. :p
Ohh! Katakan tidak pada lepaking lama2! 


3. BERCINTA DENGAN SANG BUKU
---> GULP! Aku ternyata lebih rajin baca magazine dan BUKAN buku belajar aku. Oh mannn!! i have to do something! ;D


4. TAHAN DUGAAN ENCIK 'TV'
---> Tabiat buruk aku lagi. SUKA TENGOK TV (lagi2 kalau ada cerita yg aku follow ;p). Kadang2 rasa macam ada gam je kat punggung bila da start buka tv. hahahahaha. 
Adoi! Time exam pun aku menyempat gak tgk tv.. haishhh ;p
*nak bermusuh nan tb lak pasni. AHHA!


5. BERHENTI BERANGAN!
---> ADUSSS! Ni pun termasuk dalam perangai tak semenggah aku. hahahahaha. Aku kuat ngantuk lagi  berangan kalau  lecturer ngajar subjek/topik yang bosan. WAKE UP Noraziah!! heeeee ;D


6. FOKUS!


---> Dengan ini saya berikrar akan terus FOKUS nan apa je yang saya lakukan bersaksikan KAMU!




(p/s: To my fwens, ayuhh kita struggle sama2. Meh2 pegang tangan erat2 supaya tak ada antara kita yang tercicir... Yeahh! )


Monday, January 30, 2012

Sungai Gabai Kali kedua..=)





      Yeayyy! Kali ni aku merajinkan diri untuk update belog yang lama sungguh tak beroperasi ni! he3.. Idea nih tercetus pas aku tengok balik gambar2 g sungai gabai nan kekawan ritu then baru teringat sesuatu. AKU TAK UPDATE CERITA INI! he3..=p

      Idea g picnic reramai ni telah dicetuskan oleh Saiful Ismail dan bebudak umahnya (budak2 dploma aku gak) yg ohhsem! hahaha. Seawal pukul 9am pada 18 Jan 2012, weall pun gerak menuju ke destinasi.. Chewah! 
   
      Sampai2 aku kat sana,  macam biasalah! aku akan LELAH lagi PANCIT mase naik tangga yang jumlahnya juta2 tuh ( saje cakap juta2 sebab nak kowang imagine penderitaan aku! hahaha). Yang pasti, Jesh, Erol, Epul & AKU adalah peserta yang akhir sampai ke atas. Petchai, Naja, Ijat, Hanis & lain2 memang GRAND sebab kowang memang pantas! Btw, Epul paling kesian sbb da separuh jalan naik tangga tiba2 perut dia memulas sampai dia kena turun balik tangga yang juta2 tuh. (Mase tu, Jesh n I mmg xteringat langsung kat atas pun ada toilet juga! Sorry la ye! hahaha). Sampai2, Taufiq & Amer da lama menunggu kat pondok. Dowang da selamat mandi dulu pun! he3
    
     Aku kira ni picnic yg best sebab BANYAK MAKANAN weyh!! Dari awal sampai2 hinggalah weall balik, stok makanan sentiasa ade! Btw, w/pun i xdapat mandi time tuh, i still have fun sebab tengok kerenah kowang yang gila2 tuh. Nextime kita g lagi ya! :)


Petchai, Epul, Ijat & Mel. (p/s: Epul buat muka suka suki ea sebab dia budak paling excited naik turun gelongsor sampai xnak balik! hahahaha)


Para LELAKI yang sungguh cantik rupawan pada hari tuhh ;p
(dari kiri: Petchai, Ijat. Hanis, Epul & Erol)


Para gadis yang memeriahkan.
(Najah, Jesh, Mel, SAYA! )


Kiri: Me with Erol 
Kanan: Me with Epul
Dua2 pun budak kelas saya. LG221 ;)


Yeahh! We are! Mase ni ujan renyai2 but peduli apa kan???  AHHA! 


Dari belakang pun boleyyyy! he3. Gigih Fiq amik pic nih! he3


My ousmate dari dulu sampai skang. 4 tahun hidup bersama & still counting. Love u Jesh!!
    
    

To Epul, Ijat, Petchai, Mel, Hanis, Jesh, Azra, Taufiq, Amer & lain2. Hope kita kekalkan hubungan camnih sampai bila2! Teka tetap dihati! Chewahh! he3 =)


 (P/s: W/pun tak TEKA lagi, tapi semangat keTEKAan masih menebal :p )
  


Thursday, December 8, 2011

Busy melampau2..!

    
     Pening! Sibuk tahap melampau2..!

 MOOD: Xsabar2 nak Exam cepat2!! Xyah nk peningkan kepala buat itu dan ini lagik! 

Saturday, August 13, 2011

AKU, Kekek & MERDEKA..2010

          Assalamualaikum..=)


          Yah! Lama sunggoh aku biarkan belog aku diam membisu. Maklumlah aku busy menguruskan macam2 menda lagi2 memandangkan aku bakal meneruskan pengajian aku dalam peringkat ijazah soon..=)


           Kali ni aku nak bercerita tentang Merdeka! Tapi merdeka version aku dan para kekek (ousmates tersayang) sekalian..! Hahahha. Apa yang best nan post kali nih? Well, aku saje nak mengimbau alek zaman diploma yang sangat aku rindui tuh! Lagi melampau2 windu pas Ceyda tag gambar ni suma kat fb aku! He3..=)


         Emm. Setiap kali merdeka, aku & kawan2 mesti xkan lupa untuk celebrate! Weall akan berkumpul ramai2 untuk meraikan merdeka kat luar & celebrate bufday owang tuh'..! Sapekah owang tuh? Mestilah orang tuh ousmates aku! Shaidah Azrin (ceyda) memang bertuah sebab dilahirkan pada tarikh yang PENTING bagi rakyat Mesia nih.. He3


         Tapi, untuk tahun lepas (2010), aku n ousmates xkemana2 untuk meraikan malam merdeka! Kami prefer untuk celebrate merdeka di Kolej Puncak Perdana memandangkan weall langsung xpenah tengok cara owang kolej sambut merdeka nan students. Xkisah walaupun kena dengar ceramah malam tuh! He3. 


     Yezza! Aku wase tarikan merdeka kat kolej memang best (best sebab aku celebrate nan kawan2 aku yang berjiwa patriotik gituh!) He3. weall juga dihidangkan nan sedulang ubi rebus cicah sambal KAW!! Kata pengetua kolej, ea nak weall rasa makanan yang sebati nan owang2 zaman dulu. What can i say, Tu lah antara menda tersedapp kat tekak aku nih!! PERFECT! Ubi dimakan bersama sambal yang sedap ditambahkan pulak dimakan dengan owang ramai memang OHSEMMM! Kalau celebrate kat tempat lain, mana aku akan dapat peluang makan ubi rebus ramai2 cicah sambal  malam2 cenggini?? Tempat lain non ado peluang cenggini okeng! He3

      Well, ni lah ghupenya kegilaan aku n ousmates sekalian. Masing2 sume happy xhengat! Dapat ubi rebus tewoz senyap (masing2 berperot buncit malam tuh!) Hahahhahaa..=)


Diumumkan ketibaan puteri2 yang kuat makan pada malam tuh.. Hahaha..=p


We are! xboley bla tengok muka tinot (biru tengah) yang buat2 comel dan paling bersemangat ketika itu..
He3...

MAKAN TIME!!! See?? Tangan masing2 tak menyabar nak cari ubi rebus palingggg BESAU untuk disumbat ke mulot! He3.. Paling klaka, masing2 da prepare bawak bekalan air masing2 dari umah..=p


Terlihat di situ AKU (si baju putih) yang amat GIGIH untuk mengabeskan segala ubi rebus yang ada! Makanan free tak baik dibuang begitu sahaja.. Pewot saya amat mesra alam..=)


Sebahagian kelompok students batch 2008-2011. Masing2 happy xhengat meraikan kemerdekaan..=)
Me so proud kat kowang lahh!!


Kali ni aku yakin Jesh MENANG! Tengoklah tingkah laku beliau yang bersemangat waja tuh?? HE3


         Lepas acara nyambut merdeka kat dataran puncak tamat, aku n ousmates sumer ambil peluang utk bersantai kat bawah blok rumah weall. Weall dok kat kerusi paling dekat nan post pak guard. Pak guard ternyata sportingg habis pada malam tuh.. Thanks pak guard..! ha3. Weall lepak bawah kerusi tu bukan ape, Aku n budak2 lain ada surprise untuk seseowang!! Aku n Adek diam2 telah naik ke umah tingkat ATAS sekali untuk amek kek untuk meraikan bufdayy ceyda. Dalam hati aku terdetik.. "Janganlahhh pak guard tanya mana aku dapat lighter untuk hidupkan lilin pada kek nih!" He3.  Sapa2 yang merokok tuh, jangan terkejot bila kowang tengok ligthter kowang hilang tiba2 n bila kowang tanya, xde sape nak ngaku waktu tuh. Lalalalalalalalalalalalalala..=)



Xtau ape motif Jesh ketika ini. ha3. Tapi ceyda paling excitedd di depan kamera..=)


Okeng! Epul menang! Weall tak mampu nak challenge keseksian ea pada malam tuh...=0


Time ni lahh aku ilangkan diri tiba2.. Magic kan coz aku tiba2 je ilang.. HE3..=p


Eceh! xcukup nan ubi rebus yang weall balun tadi, skang time nak balun KEK COKLAT plak! SERIOUSLY, ni la kek yang aku PALING suka! Wase ea PERFECT!


      Lepas makan sampai pewot bertambah2 buncit, weall pun naik la ke umah! Lagipun nak lepak lama2 pun sejok kat luar. Sebelum masing2 dapat flu, bek stay kat umah. Namun, aku n Ceyda dikejotkan nan sesuatu!!!! OMG!! TADAAA!!! Aku dapat hadiah untuk bufdayy yang beberapa hari lepas! Santa Claus mana yang bagi hadiah kat aku malam2 merdeka nih???? Hahhahaha



Ni lah ea hadiah yang Santa Claus bagi. GRAND tak malam merdeka pun Santa sanggup turun untuk menyampaikan hadiah..=p



Btw, Ni la glass kaca yang aku n Ceyda dapat daripada JESSICA REDI SAMUEL MELIU!!! Seyes comel gila! Nak bancuh air dalam cawan yang comel ni pun terasa sayang sekali. Sebab eanya COMEL! He3


Thankss Jess yang tak penah lupakan 'hadiah' untuk i tiap2 kali bufdayy i ya!! He3. 

(MOOD: Sayu tiba2 bila menulis post nih....)