Pejam celik pejam celik, bestie gua dah kahwin! Alhamdulillah. Gua tumpang gembira weyh! ;') Tahniah diucapkan kepada Noor Hajjirah Jamil yang sudah mendirikan rumahtangga dengan pasangan pilihannya pada 2 Disember 2012. Btw, Eira sangat-sangat cantik masa tuh! Semoga perkahwinan ini kekal sampai akhir hayat ;)
Rasanya baru semalam gua dan Eira jalan kaki pergi dan balik sekolah sama-sama. SERIOUS! Terngiang-ngiang dalam fikiran bagaimana weall bergosip sakan, cerita pasal itu dan ini. Berkongsi segala rasa. Duduk di meja paling depannnn sekali dalam kelas dan paling pantang bila dengar loceng berbunyi untuk waktu rehat. Selalu belajar bersama-sama. Melepak di hari minggu pun bersama-sama.
To Eira yang disayangi, jadilah isteri yang solehah. Gua kat sini sentiasa doakan semua yang baik-baik untuk Eira. Like seriously! Gua rasa terkilan tak dapat jayakan 'hari besar' Eira sebab hal yang tak dapat dielakkan. Tapi percayalah! Rasa 'terkilan' tu masih menebal sampaiiii sekarang. Even Eira kata Eira paham pun gua masih juga rasa terkilan. Minta maaflah banyak-banyak :'( Apa yang gua mampu, doakan bahagia Eira dunia akhirat. Segala rahsia kita akan gua simpan rapi. Biar itu jadi kenangan kita selama-lamanya. To Eira, Gua sayang kamu banyak-banyak ;)
P/S: Tak lupa pada rakan sekolah Nazratul Naziah yang juga baru mendirikan rumahtangga. Naz yang 'rock' dah jadi isteri orang. Gua tumpang gembira ;)
No comments:
Post a Comment