Monday, December 31, 2012

Harapan dan usaha untuk 2013


      Pejam celik pejam celik, dah berganti tahun akhirnya. Semua orang mengharapkan agar tahun baru ini lebih better dari sebelum-sebelumnya. Same goes to me! Apa-apa pun, syukur alhamdulillah! Gua kira, banyak juga benda yang telah gua berjaya capai untuk tahun 2012. Tapi tu tak bermakna gua tak punya harapan untuk dicapai pada tahun ni ya ;)



Harapan 1 --> Perkara wajib. Taat kepada Pencipta alam ini. Gua berharap agar terus dilimpahi rahmat dan Hidayah-Nya. Sudah tentu gua mahu menjadi manusia yang lebih baik dari sebelum-sebelumnya. Perbanyakkan pahala kurangkan-kurangkan dosa. AMINNNN..







Harapan 2 --> Wajib juga! Taat kepada bonda dan ayahanda! Banyak benda telah berlaku sepanjang tahun 2012. Gua berharap mak abah sentiasa maafkan kesalahan gua dan terus mendoakan serta merestui setiap keputusan yang gua pilih. Gua SAYANG TERAMAT kepada mak abah ;)





Harapan 3 --> Seiring sejalan. YEAH! Gua berharap gua terus memburu banyak kejayaan dalam pelajaran. Hope gua tak jemu-jemu dengan apa yang dipelajari. Maklumlah, bila level dah semakin meningkat, kadang-kadang gua malas-malas manja nak belajar. Minta kena babab shaja -.-"  Ohh! Minta dijauhkan sifat malas juga! Akhir sekali, sudah tentu gua mengharapkan dapat merasa Anugerah Dekan lagi. Ini semua demi kepuasan selepas berhempas pulas belajar sampai lebam. Usaha! Usaha! Usaha! Minta-minta diperkenankan oleh-Nya. Aminnn.



Harapan 4--> Mencari pengganti yang pernah bertaktha di hati. Susah payah gua membuang segala rasa yang bersarang dekat hati. Agak lama gua biarkan 'orang lama' bertaktha dekat hati walaupun hakikat sebenar, gua dah tak sepatutnya ingat lagi kisah lama. Yeahh! Gua amat berharap agar dapat bertemu dengan orang yang mampu membahagiakan gua di dunia dan akhirat. Orang yang mampu didik gua dengan penuh kelembutan sehinggalah gua jadi wanita yang lebih baik dan paling bahagia ;D





Harapan 5 --> Terus kekalkan hubungan baik sesama kawan-kawan yang disayangi. Of course sepanjang berkawan dengan siapa-siapa, gua tak terlepas daripada melakukan kekasaran bahasa mahupun perbuatan. Sorry kawan-kawan. Gua sayang korang! Marilah kita terusss berkawan sampai bila-bila ;)








Harapan 6 --> Bahagia! Bahagia! Bahagia! Gua berharap tahun 2013 memberikan gua lebih banyak bahagia! Tiada benda yang sedih-sedih! Cukup-cukup apa yang gua tempuh tahun lepas. Kalau ikutkan, memang banyak benda sedih daripada yang gembira. Namun gua redha. Gua berharap apa yang diharapkan dapat gua capai tanpa banyak masalah. Aminn ;)



Mood: Menulis entry ini sambil mata bersinar-sinar. Bersungguh-sungguh katanya. Hehe :D






Friday, December 7, 2012

Happy Birthday Amira :)



     Ohh Happy Birthday Mira! Kau dah 22 tahun! 12 years of friendship and still counting! Girl, semoga apa yang kau cita-citakan, kau akan dapat capai. Dalam banyak2 kawan aku, kau sorang yang bersungguh-sungguh untuk buru apa yang kau nak! ;)

    Serius tak sangka kita sama-sama dah 22 tahun! Time flies so fast! Dari zaman hingusan sampailah jadi kita yang sekarang. Walau macammanapun, kau kawan aku yang palingggg aku sayang. Yeahh!



P/S: Bestie kita Nazratul Naziah & Hajjirah Jamil dah selamat jadi bini orang. Kita bila lagi? TeeeeeeeT :D


Selamat melangkah ke alam isteri BESTIE ;)




     Pejam celik pejam celik, bestie gua dah kahwin! Alhamdulillah. Gua tumpang gembira weyh! ;')  Tahniah diucapkan kepada Noor Hajjirah Jamil yang sudah mendirikan rumahtangga dengan pasangan pilihannya pada 2 Disember 2012. Btw, Eira sangat-sangat cantik masa tuh! Semoga perkahwinan ini kekal sampai akhir hayat ;)

    Rasanya baru semalam gua dan Eira jalan kaki pergi dan balik sekolah sama-sama. SERIOUS! Terngiang-ngiang dalam fikiran bagaimana weall bergosip sakan, cerita pasal itu dan ini. Berkongsi segala rasa. Duduk di meja paling depannnn sekali dalam kelas dan paling pantang bila dengar loceng berbunyi untuk waktu rehat. Selalu belajar bersama-sama. Melepak di hari minggu pun bersama-sama.

        To Eira yang disayangi, jadilah isteri yang solehah. Gua kat sini sentiasa doakan semua yang baik-baik untuk Eira. Like seriously! Gua rasa terkilan tak dapat jayakan 'hari besar' Eira sebab hal yang tak dapat dielakkan. Tapi percayalah! Rasa 'terkilan' tu masih menebal sampaiiii sekarang. Even Eira kata Eira paham pun gua masih juga rasa terkilan. Minta maaflah banyak-banyak :'( Apa yang gua mampu, doakan bahagia Eira dunia akhirat. Segala rahsia kita akan gua simpan rapi. Biar itu jadi kenangan kita selama-lamanya. To Eira, Gua sayang kamu banyak-banyak ;)



P/S: Tak lupa pada rakan sekolah Nazratul Naziah yang juga baru mendirikan rumahtangga. Naz yang 'rock' dah jadi isteri orang. Gua tumpang gembira ;)