Masih terngiang2 alunan melodi 'Hymn to the sea' di telinga aku even dah dua hari aku 'berjumpa' dengan Titanic. Begitu hebat penangan Titanic di mata aku. All time feveret! I swear!
Malam 10 April 2012, aku bersama-sama dengan Epul, Jesh, Jatjat, Mel, Najah, Ary, F dan Ameen struggle menghadirkan diri ke 'Special Screening of Titanic 3D'. Thanks to Jatjat yang mengajak. Dan thanks tak terhingga to Danial yg baik hati sumbangkan byk tiket ritu ;)
Walaupun sampai kat panggung 'sedikit lambat', tapi tu tak mematahkan semangat untuk terus menghayati filem yg mega awesome ni! Dalam khusyuk menatap wajah tampan Jack dan jelitawan Rose (Adore gila nan kecantikan dan ketampanan dua pelakon nihh!), tiba-tiba terdengar bunyi-bunyi yang datang dari sebelah aku. Ary Suriani memang hebat sebab dia orang FIRST yang meleleh dulu dan aku hanya mampu gelak kuat2 dalam hati. hahahahahhaa.
Tak lama kemudian, time aku pula yang datang. Bila dah kecoh pasal kapal karam, barulah ada takungan air kat mata aku ni ha. Aku nangis bila tengok dan hayati scene2 penting dimana manusia sibuk mementingkan diri masing2. Bila darjat dijadikan isu hangat, nilai kemanusian semakin hilang dan pupus. Hati terus pilu bila wang ringgit dijadikan satu tiket untuk 'mematikan' orang-orang yang berdarjat rendah. Filem ini mungkin filem yang terbaik untuk aku lihat 'apa itu manusia' dari sudut pandangan aku sendiri.
Second aku tersentuh bila seorang lelaki sanggup menggadai nyawa untuk perempuan yang dia sayang. Lagi parah aku nangis bila di saat2 kematian menjemput pun, Jack sempat bisikkan kata-kata cinta dan semangat untuk Rose terus berjuang bagi meruskan hidup di masa akan datang. Lagi-lagi pilu dan tersentuh hati bila ending filem ni (part roh Rose berjumpa semula dengan Jack kat atas kapal). Homaiigodd! Part tu memang perit sbb aku tahan nangis! Tapi lama-lama, termenangis juga smpaikan cerita da abes pun aku masih kaku kat atas kerusi. Hahahaha. Tengok punya tengok, semua budak2 ni pun kaku sama. Agak-agak nak kena halau tu, baru sekor2 nak kuar ;D
Aku tersentuh hati sebab memikirkan kat zaman skang/ real life ni, mana la ada cinta-cinta yang camtu. Mungkin sebab tu kot filem ni menduduki carta PERTAMA, KEDUA dan KETIGA kat dalam hati aku ni memandangkan aku dah sebati dengan cerita ni sejak zaman hingusan iaitu zaman sekolah. Hehe. Mungkin ni kali ke-10 aku tengok filem ni dan mungkin akan terus tengok sampai bila-bila. FINALLY, apa yang aku dapat adalah KEPUASAN..! sebab aku dapat tengok filem Titanic kat pawagam selepas filem ni kuar pada tahun 1997..! * Puas sebab taun 1997 tu aku baru berumur 7tahun dan xkenal apa itu wayang pun. HAHA.
Beralih ke dunia realiti, lepas abes tengok cerita yang berjaya buat mata-mata para lelaki menjadi MERAH SEMERAHNYA (merujuk pada budak2 barisan aku. HAHA), weall pergi makan. Thanks God! sebab perut aku tak berbunyi kelaparan masa kat dalam panggung tu. HAHA. Bincang punya bincang, akhirnya perut aku berjaya diisi dengan 2bungkus nasi lemak dekat Selera Jaya 223. Walaupun tu kali pertama aku makan kat situ, tapi sangat2 AWESOME bila dapat makan banyak dengan harga yang murahhh! Lepasni, orang-orang yang rajin ke situ, kena bersara sebab aku akan gantikan tempat mereka kat situ! HAHAHAHA *gelak kuat2 sebab kata-kata ni merujuk kepada 'someone'.
Lepastu, lepak kat rumah family Ary Suriani. Kat situ sumpah aku banyak gelak dekah2 bila geng-geng lama berkumpul dan mengeluarkan macam-macam cerita. Sesi luahan hati berlaku dalam keadaan yang kelakar. Sampaikan aku tak rasa ngantuk langsung. Sampai-sampai umah, baru aku kenal erti ngantuk dan tidur bermimpikan Titanic ;)
Tuu diaaaa antara tiket yang aku sempat rembat! ;p
Yezza! Dimana ada Jesh, di situ gak ada aku! HAHA..~
AHHA! Tiket ni akan aku framekan! sekian ;D
Well, TERIMA KASIH kawan-kawan yang berjaya membuat segala stress-stress aku hilang pada malam tu. Sayang kowang ketat2!!!
No comments:
Post a Comment