Monday, December 31, 2012

Harapan dan usaha untuk 2013


      Pejam celik pejam celik, dah berganti tahun akhirnya. Semua orang mengharapkan agar tahun baru ini lebih better dari sebelum-sebelumnya. Same goes to me! Apa-apa pun, syukur alhamdulillah! Gua kira, banyak juga benda yang telah gua berjaya capai untuk tahun 2012. Tapi tu tak bermakna gua tak punya harapan untuk dicapai pada tahun ni ya ;)



Harapan 1 --> Perkara wajib. Taat kepada Pencipta alam ini. Gua berharap agar terus dilimpahi rahmat dan Hidayah-Nya. Sudah tentu gua mahu menjadi manusia yang lebih baik dari sebelum-sebelumnya. Perbanyakkan pahala kurangkan-kurangkan dosa. AMINNNN..







Harapan 2 --> Wajib juga! Taat kepada bonda dan ayahanda! Banyak benda telah berlaku sepanjang tahun 2012. Gua berharap mak abah sentiasa maafkan kesalahan gua dan terus mendoakan serta merestui setiap keputusan yang gua pilih. Gua SAYANG TERAMAT kepada mak abah ;)





Harapan 3 --> Seiring sejalan. YEAH! Gua berharap gua terus memburu banyak kejayaan dalam pelajaran. Hope gua tak jemu-jemu dengan apa yang dipelajari. Maklumlah, bila level dah semakin meningkat, kadang-kadang gua malas-malas manja nak belajar. Minta kena babab shaja -.-"  Ohh! Minta dijauhkan sifat malas juga! Akhir sekali, sudah tentu gua mengharapkan dapat merasa Anugerah Dekan lagi. Ini semua demi kepuasan selepas berhempas pulas belajar sampai lebam. Usaha! Usaha! Usaha! Minta-minta diperkenankan oleh-Nya. Aminnn.



Harapan 4--> Mencari pengganti yang pernah bertaktha di hati. Susah payah gua membuang segala rasa yang bersarang dekat hati. Agak lama gua biarkan 'orang lama' bertaktha dekat hati walaupun hakikat sebenar, gua dah tak sepatutnya ingat lagi kisah lama. Yeahh! Gua amat berharap agar dapat bertemu dengan orang yang mampu membahagiakan gua di dunia dan akhirat. Orang yang mampu didik gua dengan penuh kelembutan sehinggalah gua jadi wanita yang lebih baik dan paling bahagia ;D





Harapan 5 --> Terus kekalkan hubungan baik sesama kawan-kawan yang disayangi. Of course sepanjang berkawan dengan siapa-siapa, gua tak terlepas daripada melakukan kekasaran bahasa mahupun perbuatan. Sorry kawan-kawan. Gua sayang korang! Marilah kita terusss berkawan sampai bila-bila ;)








Harapan 6 --> Bahagia! Bahagia! Bahagia! Gua berharap tahun 2013 memberikan gua lebih banyak bahagia! Tiada benda yang sedih-sedih! Cukup-cukup apa yang gua tempuh tahun lepas. Kalau ikutkan, memang banyak benda sedih daripada yang gembira. Namun gua redha. Gua berharap apa yang diharapkan dapat gua capai tanpa banyak masalah. Aminn ;)



Mood: Menulis entry ini sambil mata bersinar-sinar. Bersungguh-sungguh katanya. Hehe :D






Friday, December 7, 2012

Happy Birthday Amira :)



     Ohh Happy Birthday Mira! Kau dah 22 tahun! 12 years of friendship and still counting! Girl, semoga apa yang kau cita-citakan, kau akan dapat capai. Dalam banyak2 kawan aku, kau sorang yang bersungguh-sungguh untuk buru apa yang kau nak! ;)

    Serius tak sangka kita sama-sama dah 22 tahun! Time flies so fast! Dari zaman hingusan sampailah jadi kita yang sekarang. Walau macammanapun, kau kawan aku yang palingggg aku sayang. Yeahh!



P/S: Bestie kita Nazratul Naziah & Hajjirah Jamil dah selamat jadi bini orang. Kita bila lagi? TeeeeeeeT :D


Selamat melangkah ke alam isteri BESTIE ;)




     Pejam celik pejam celik, bestie gua dah kahwin! Alhamdulillah. Gua tumpang gembira weyh! ;')  Tahniah diucapkan kepada Noor Hajjirah Jamil yang sudah mendirikan rumahtangga dengan pasangan pilihannya pada 2 Disember 2012. Btw, Eira sangat-sangat cantik masa tuh! Semoga perkahwinan ini kekal sampai akhir hayat ;)

    Rasanya baru semalam gua dan Eira jalan kaki pergi dan balik sekolah sama-sama. SERIOUS! Terngiang-ngiang dalam fikiran bagaimana weall bergosip sakan, cerita pasal itu dan ini. Berkongsi segala rasa. Duduk di meja paling depannnn sekali dalam kelas dan paling pantang bila dengar loceng berbunyi untuk waktu rehat. Selalu belajar bersama-sama. Melepak di hari minggu pun bersama-sama.

        To Eira yang disayangi, jadilah isteri yang solehah. Gua kat sini sentiasa doakan semua yang baik-baik untuk Eira. Like seriously! Gua rasa terkilan tak dapat jayakan 'hari besar' Eira sebab hal yang tak dapat dielakkan. Tapi percayalah! Rasa 'terkilan' tu masih menebal sampaiiii sekarang. Even Eira kata Eira paham pun gua masih juga rasa terkilan. Minta maaflah banyak-banyak :'( Apa yang gua mampu, doakan bahagia Eira dunia akhirat. Segala rahsia kita akan gua simpan rapi. Biar itu jadi kenangan kita selama-lamanya. To Eira, Gua sayang kamu banyak-banyak ;)



P/S: Tak lupa pada rakan sekolah Nazratul Naziah yang juga baru mendirikan rumahtangga. Naz yang 'rock' dah jadi isteri orang. Gua tumpang gembira ;) 


   

Thursday, August 30, 2012

Sudah 22 tahun :)


     
     Ohh! 27 Ogos membuatkan umur gua bertambah sekali lagi! Menjadikan gua Noraziah yang berusia 22 tahun. Gua bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik-baik sahaja oleh Allah. Syukur2 alhamdulillah. 


    Ya! Terima kasih diucapkan kepada Mak yang telah melahirkan gua dan abah yang menjaga segala keperluan gua. :) Mak begitu gigih sebab sambut bufday gua lebih awal di kampung dengan saudara mara semasa raya hari tu :D Plus, mak ada buatkan gua majlis makan2 pada hari Ahad ritu. Kata mak, eloklah disekalikan rumah terbuka dengan makan2 untuk bufday gua. Thanks mak! he3. Perfect! Gua dah tak mahu apa2 dah! :)

     Terima kasih juga pada kawan-kawan yang baik hati! Bila gua terima kata-kata daripada kawan-kawan baik, gua rasa dihargai gila! Almost semua kawan baik gua tak kedekut untuk ucap selamat kat gua. COMPLETED! Cuma TENGKU IDZUDIN NAZRIN yang begitu kekwat nak balas dendam! hahahaha. Katanya dia akan wish seminggu selepas bufday gua! Mari kita tengok adalah beliau akan mengotakan janji! (p/s: Odeng, you PALING kekwat!) hahahaha.

     Tak lupa juga kawan-kawan gua yang lain yang wish di Fb, whatsapp, bbm, sms dan yang susah payah call untuk nyanyi2 bagai kat gua! Heeeeeeeee!Terima kasih ;)  Yang nyanyi- nyanyi tu adalah part yang gua paling gemar! Well, yang kena nyanyi sampai dua kali pun ada. Itu paling best! (Bufday gua, sukati gua nak buli anda! :p) Hahahahaahahahhahaa :D



     (P/s: Gua berharap umur 22 tahun menjadikan gua lebih bahagia daripada sebelum-sebelum ni. Dan menjadikan gua Noraziah yang lebih baik daripada sebelum-sebelum ni. InsyaAllah. Terima kasih sekali lagi kepada mereka yang mendoakan kesejahteraan gua. Sayang korang! :D )

Wednesday, July 18, 2012

Separated

Sudah 3 hari aku tidak ada mood yang baik. Cuma rasa seperti ini. 

Monday, July 16, 2012

Apa khabar orang kampung!


     Dijemput ke malam Reinvention yang dijayakan oleh ex junior2 aku (dorang dah part 5 skang!) baru2 ni memang satu peluang yang tak boleh dilepaskan! Walaupun berbuka ala2 kadar semata2 nak bersiap g malam induction, aku sikit pun tak kisah. Mengetengahkan konsep ala-ala kampung, ada kalangan weall yang gigih bawa kain batik :p  Malam tu juga merupakan malam perjumpaan kembali bebudak batch 2008-2011. Oh mann! Gamat! Meriah! Happy!

     Sebanyak 10 group yang buat persembahan. Ternyata junior2 didikan bebudak  part 5 ni banyak yang berbakat. Setiap persembahan ada je yang curi perhatian dan dapat sorakan gemuruh. Well done! Aku ternyata orang yang paling galak ketawa dan sengih sorang sebab aku duk depan sekali. Mengekek2 aku ketawa dengan Jesh dan Tinot bila dorang sibuk memadankan muka junior2 yang lebih kurang sama dengan muka bebudak batch weall dulu. 

     Paling aku touching, bila bebudak didikan aku dulu buat tribute tarian yang pernah aku ajar kat dorang dulu bersama-sama dengan Suhana. Sedar2 aku dah termenitik air mata bila dorang buat tarian tuh exactly macam yang dulu. TERHARU! 

     Pape pun tahniah pada ex juniors aku yang dah berikan pendedahan awal yang terbaik pada adik2 junior dorang. Hope hubungan dorang dengan junior2 baru akan sebaik hubungan weall dengan dorang dulu :) Papepun, malam tu malam yang sangat menghiburkan :)

Ni dia gambar2 yang aku ada! Ada juga gambar2 yang aku amik dari Facebook junior2 aku. Jangan marah ya :p

Ni diaaa. gambar2 junior aku yang sumenya ohsemm! :)


Wanita :D 
Fiq, Tinot, Mira, Az, SAYA, Jesh :)


Bestiesss. Hugss :)



MOOD: Teringat zaman-zaman jadi junior dekat Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik. :)



Gabai dengan bebudak LG221/2A


     Atas sebab Madir, gua update belog nih! Sori ya Madir buat kamu tertunggu2. Heee. Kali ni post gua memang khas utuk kengkawan seperjuangan kelas LG221/2A. Seronok tengok dorang mandi2 ritu. He3. Seawal pukul 8pagi lagi masing2 da bersiap dan berkumpul di Pusat Komersil. Macam2 kerenah yang boleh dijumpai bila ada yang xboleh bangun pada pagi tuh. Mintak kena pukul nihhhh. Hahahahaa :D

     Tunggu punya tunggu, around 10 lebih baru bertolak. Ditambah dengan kes sesat2, harrrr.. Pukul 12 baru sampai.Tp, bebudak nih terlebih energy plak bila sorang2 bersemangat nak naik tangga juta2 tuh. Walau papepun, gua bukan org terakhir yang sampai puncak ya :p (Tahniah dengan kerjasama masing2 bergotong royong bawa bekalan makanan naik atas ya)

Time breakfast paling ditunggu2 sebab gua memang tak mampu nak g mandi lagi akibat lutut terketar2 gara2 tangga juta2 tu. HAMPEH! Haha. Walaupun gua lambat turun bawah untuk mandi, tapi xkisahlah. Janji perut terisi dulu :p 

Para jejaka yang ternyata sangat cantik! :D



Menunggu ketibaan putera puteri yang tak sampai2



Ok! Masing2 gila berendam dalam air yang extremely SEJUK!




Kiri: Gua bersama Erol yang tiba2 je ada. HAHA. 
Kanan: Ijoy yang dihanyut air!



Pergh! Gua memang tak tahan sejuk! Awal2 lagi gua dah naik atas :D




Ijoy dan Syahmi. Budak yang Xreti2 nak rasa sejuk! HAHA.



Syahmi. Gila gelongsor.



Fast shot. Mel, Hanum dan Jesh.



Awan. Tiada ekspresi. Heeee.



Selain gua, Madir juga merupakan photographer. Hehe 



Love. Berjemur ramai2.. :)



Bertenggek lepas makan buat kali kedua :p



Ok. Baju gua adalah baju pinjam. Sekian.



Budak dua orang ni merupakan budak yang tak mandi pada hari itu. Rugi! :p



Terapung time. Yang penting Nigel WIN! HAHAHA.



Erol dan Ijoy. Tu diaaa. Petchai feeling2kat belakang tuhh. he3.



Love u guyssss.. Hope kita sama2 until sem6 yaa :)



Pose sebelum pulanggg :)


Okay! Ni gambar feveret aku! CANDID! smile :)

     Around 4 lebih, kami berangkat pulang. Gua dah ngantuk2 kat dalam kereta sebab kena sejuk air sungai ditambah dengan xcukup tidur. HAHA. Kepada orang sebelah gua tu, saborlah dengan gua ya! Hahahahaha. Thanks bebudak yang bernama Epul, Jesh, Ijoy, Madir, Hanum, Awan, Syahmi, Rose, Amir, Erol, Nigel, syafiq dan bebudak masscom Mel, Petchai dan Najah sebab memeriahkan piknik nih! Yeahh!

Mood: BAIK. Next time kita plan tempat lain. Sebarang cadangan sila bentang dalam kelas sem depan ya! Hugs&Kisses.


Tuesday, June 26, 2012

Bunuh segala Kemalasan!


     Noraziah! plss! Jangan malas! Bunuh Malas yang semakin merosakkan segala perjalanan yang dirancang. Bunuh segala kemalasan yang mengundang kepada kehancuran! Oh tidak! 



Mood: Semua kawan2 sedang berjuang. Sibuk menghafal sana sini. Tapi aku masih tenang. Oh mengapakah!!!!!! *Nak terjun laut :D 

StudySampaiLebam.


     Sekarang gua mahu pergi berperang. Melawan segala aura2 kegagalan yang datang untuk melenyapkan gua. Gua mahu melengkapkan diri dengan benteng ilmu gua setinggi2 yang boleh. Watch out! 

     To paper Analisis Kontrastif, Protokol, BM Khusus, Sosiolinguistik dan Kosmologi, Jumpa lu nanti! :D

MOOD: Berdebar2. Nervous tak tentu pasal.



Sunday, June 24, 2012

Wishlists. Again.



     Tu dia! Saya berkobar2 untuk terus mencapai semua benda2 ni dengan bersunguh2. Yeahhh! Semoga Allah perkenankan doa hambanya ini :)


Saya mahu mengenggam Ijazah dan tamat pada masanya! Paling penting, saya mahu collect Anugerah dekan sebanyak mana yang boleh. Amin! :D


Baby lama sudah hilang, maka saya mahu kamera DSLR Canon 500D or 550D pula! Fullstop! :D


Ohh! Keterujaan aku dengan Si cantik ini bermula dari zaman sekolah menengah lagi! I want this for my future :)




Happy family. Semoga Allah terus kurniakan saya keluarga yang bahagia sampai bila2 ;)



Saya mahu Allah kurniakan saya seseorang yang menyayangi saya sepenuh dan seikhlas hati. Malah, mampu untuk membimbing saya menjadi seseorang yang lebih baik :)



Oh man! Im so into Charles & Keith! Me want more! Heeeeee :D



Macbook ni sgt awesome kan? Heeee :D



I love my besties! Semoga persahabatan dengan mereka yang tersayang akan terus berkekalan :)


Saya mahukan kekuatan untuk terus mencapai cita2. Saya berjanji untuk sentiasa menjadi wanita yang kuat berusaha :)


Saya sukakan si comel. Jadi, saya mahu si comel yang comel ini. HAHA :D


Ohh! Seronoknya kalau dapat bercuti dan dapat menenangkan perasaan yang kusut ini! Noraziah mesti pergi bercuti suatu hari nanti! Yeahh!