Friday, July 8, 2011

SILA-SILALAH BAWAK BERSABAR YA..=)


           Aisehh! Aku memang tak pernah dan belum pernah lagi terlintas kat hati atau teringin nak komen2 owang mahupun mengutuk owang dalam belog aku nih. Sebab aku memang jenis xsuka sangat nak amek pusing hal owang. Aku lebih suka diam dan wat hal sendiri. Tapi, kali nih aku tergerak jugak nak update pasal isu nih sebab aku nak menunjukkan betapa tak berkenannya aku pada owang yang tidak bersabar nihh.  ADOI!! Aku nih xde lah baik mana, tapi aku tau lah juga cara2 beradab. Lagi2 bila nak mengadap makanan nih. Belajar kat sekolah kot dulu! Harap2 lah perangai aku tak macam nih bila aku da tua nanti.. Mintak simpang! Grrrr...

           Alkisahnya begini, sedang aku sebuk menjamu selera di sebuah kedai makan, mata aku pun tercuitlah melihat satu pasangan tua (pakcik makcik) suami isteri. Si isteri nih da berjalan ke depan da sebab nak pesan makanan. Tapi, makcik nih aku kira memang selamba sebab ea suka suki je nak potong line owang yang dah lama beratur. Aku boley lihat kat situ yang ada owang yang start bengang ngan makcik yang tak beradab nih. Selamat lah owang yang kat cashier tuh tak pilih kasih. Ealah, baik layan customer yang da lame tunggu daripada dok melayan customer yang bawu datang tapi asyik lah mendesak nak mintak dilayan ambil makanan. Aku yang tukang tengok nih pun tercengang tengok telatah makcik nih.. Aduhh. AWAK NAK KEMANA CIK KIAH??? Aku tengok laki ea pun tak kelam kabut cam mokcik nih..

         Melihat owang cashier yang tak mahu layan customer yang banyak songeh ni, mokcik ni pulak yang buat muka dan merungut. Paling biadab bila ea TARIK TANGAN SUAMI EA YANG DAH PUN PEGANG MAKANAN KAT PINGAN. Tak pasal2 laki ea kena letak makanan balik. Aku boley lihat muka suami ea yang sedikit berubah (mungkin malu) pas bini ea tarik2 tangan ea. PERGH! sanggup makcik nih buat laki ea camtuh?? Aku mengucap je dalam hati. Kesian tengok laki ea yang terpaksa ikat perut gara-gara makcik nih. Adoyaii.

       Owang- owang lain, baik yang muda mahupun tua yang ada kat situ pun dah start menggeleng2 kepala menyaksikan 'drama' depan mata nih. Adoi. Aku kira, aku boleh terima lagi kalau budak2 berperangai macamnih. coz masih boley dibentuk lagi. Tapi kalu owang tua tak reti2 menyabar nih amacam? Umum pun tau yang kita dah belajar CARA-CARA BERADAB since sekolah tadika/rendah lagi. Kat sekolah pun ajar kita supaya beratur/ tunggu giliran untuk beli makanan dan sebagainya. Susah betul kalau ada owang yang degil camnih. Apalah salahnya kalau makcik nih bawak bersabar dan tunggu giliran. Nanti bila tiba turn makcik, makcik makanlah apa yang makcik nak. Owang lain pun menyampah tengok kejadian ntah pape nih. owang kate, kalau kita kuwang sabar or terlampau gelojoh, nanti tercekik. Jadi pikir-pikirkanlah..=)



(p/s: Tepuk dada bila tercekik, Cecuba pikir kenapa boley tercekik..=p )




No comments:

Post a Comment