Friday, July 29, 2011

PERISTIWA HIDUNG BERDARAH..=p

        Assalamualaikum kalian..=)

       Hari ni aku nak cerita pasal tragedi hidung berdarah. APA??? HIDUNG BERDARAH?? Ya. Hidung berdarah anak2..=) Tapi kenapa? Hahahha

     Yessza! Kenapa hidung aku berdarah? Kesian hidung aku kan? Mengeluarkan cecair berwarna merah pekat. Tapi, kenapa?? Sapa yang buat? Jahat kan menda tuh sebab buatkan hidung aku berdarah kan? kan? hahahahahha. Tapi, Ni salah aku jugak lah. Jangan salahkan menda yang tak bersalah ya..=p

   Tahniah kepada Sang DURIAN sebab anda memang HEBAT coz berjaya mengeluarkan darah kat hidung aku. seumur hidup aku, ni lah 1st time hidung aku berdarah. Sang Durian ni lah yang berani buat hidung aku berdarah cenggini. PERGHH! 

      Gara-gara panas dalam badan aku, tu pasal lah darah keluar kat hidung (dipetik dari kata-kata bonda hamba). Lepas peristiwa tuh, bonda aku melarang aku memakan buah yang diberi gelaran sebagai raja segala buah itu. What??? aku da xboley makan buah feveret aku nih bila tiba time musim buah?? Aisehhh! Janganlah hukum aku yang memang 'hantu durian' nihh..!! Seulas pun aku tak dibenarkan makan. Malah, bonda telah perabiskan anak beranak durian tuh. Biar aku tak menyebut2 lagi Sang Durian. Aku ternyata KECIWAAAAAAAAAAAAAAAAAAA........(Kurung diri dalam bilik sambil buat mogok. DURIAN. DURIAN. DURIAN) hahahahhahaa...=p

     Baru2 ni bonda pergi Melaka beberapa hari. balik2 Melaka, bonda terus meletakkan sebiji durian yang harum baunya sambil berkata "Mak singgah Kampung tadi, Ni kebetulan ada sebiji durian gugur. Untuk aziah lah tuh..."

     What????? Aku dapat durian kampung uall!!!! Hahahhaa. atas sebab kesian tengok aku buat mogok sampai titow pun menyebut2 durian, maka bonda aku pun beralah. Tanpa disedari dia, aku makan sebiji durian tu SOWANG2 ok!  lepastuh, memang struggle aku minum air masak banyak2. Selamat tak de kemalangan jiwa lagi pastuhh...=)



(MOOD: Rambutan, manggis & pisang telah beratur untuk dimasukkan ke dalam mulut aku. Siap ko! Hahhaha..=p)


Thursday, July 28, 2011

10 drama KOREA yg LETUPP!

         OKENG! Kali ni pun aku nak post pasal drama korea lagi! Walaupun aku ni bukan fans yang tegar pada citer2 korea nih, tapi ONCE aku da kata best, fullstop! ha3
        
       Aku admit yang drama korea ni ade kekuatannya yang boley buatkan citer tuh hits! Selain plot/ jalan cerita yang bagus & unik, cerita Korea yang best kebanyakannya ada sountrack yang KILLER..! Menampilkan hero & heroin yang bukan setakat comel & kacak, tapi kebanyakan citer korea mesti akan gandingkan hero & heroin yang perfect/ideal/serasi gituh. Sorry to say, kalu drama melayu kat malaysia nih selalu xde gandingan hero & heroin yang sesuai/ideal. Tu pasal lah ramai owang kat Malaysia, lagi2 golongan remaja ni boley layan drama korea. Tapi, mana tau drama2 melayu kat Malaysia ni akan berubah satu hari nanti kan? =)

        Kat sini aku nak listkan drama-drama yang boley lekakan aku sampai berjam2 kat depan TB kat umah. Paling penting, aku boley bantai feeling SEDEY2 n MENANGIS (gua tak tipu lu ok!). Aku tengok drama korea ni pun jarang gila (sebab aku tau menda ni melekakan). Tapi kalu da ade waktu senggang tuh, aku pun ape lagilahhh! Hahahhaha..~


1- MY GIRL
----> Citer paling aku SUKER!!! Aku da repeat citer nih lebih 5kali kot! Heroin yg berperangai comel2/huru hara ni berjaya menambat hati si hero yang ensem tuhh!! Si heroin ni telah diupah oleh si hero untuk jadi cousin palsu atas sebab2 tertentu. Tapi, dalam asyik menyamar tuh, last2 dowang fall in love. Citer ni banyak wut aku gelak2 & nangis. Sountrack citer ni SUME BEST! PERFECT! Btw, hero2 yang ada dalam citer nih memang PERFECT & selalu datang kat dalam mimpi aku..=p




2- PERSONAL TASTE
-----> Aku bawu jatuh hati nan citer nih. He3. Cuba bayangkan seseorang laki yang hensem pretend jadi gay coz ade sebab2 tertentu & ea perlu stay 1 umah nan sowang perempuan? So sweet bila tengok kapel yang b'lawanan sifat. si Heroin berjaya jadi perempuan impian selepas si Hero banyak bagi tunjuk ajar. See? Sebab sayangkan si hero, perangai buruk si heroin ni pun banyak berubah serta merta. Walaupun ego laki ni tinggi gila, tapi ea tetap sayangkan gadis yg huru hara nih..=)




 3- BOYS OVER FLOWER
-----> Aku tak henti2 sengih bila hero citer nih  berkorban banyak menda semata-mata nak tambat hati perempuan yang ea suker! Citer ni telah membuktikan yang darjat bukanlah satu isu besar untuk meraih bahagia. Drama ini diserikan laki nan watak2 laki yang hensem2 plus sountrack yang ohsemm..=)



4- MY FAIR LADY
 ----> OK! Ni pun drama yang memaparkan isu darjat juga. Bila seowang perempuan yang cantik, bongkak, EGO GILA & Kaya jatuh cinta dekat pengawal peribadi ea. Banyak gila halangan yg perlu heroin & hero tempuh! Tapi last2, happy ending.. OMG! aku sangaaaaaat suka pada SEMUA baju2 yang dipakai oleh heroin citer nihh! GRAND SUNGGOH! =)



5- WITCH YOO HEE
-----> Still memaparkan isu darjat. Siapa sangka, gadis yang GARANG, ego & cantik jatuh cinta pada PEMBANTU PERIBADI/ UMAH ea. si Hero telah membuatkan si heroin ni berubah menjadi perempuan idaman. W/pun mendapat tentangan yang dahsyat, tapi citer nih tetap berakhir nan happy ending. Btw, heroin dalam filem ni memang comel w/pun muka ea serius & garang..=p



6- SASSY GIRL CHUN HYANG
----> Apabila hero & heroin terperangkap dan terpaksa kahwin dalam usia yang muda, memang kelam kabut hidup! Tapi, dalam diam masing2 jatuh cinta.. wut can i say, citer ni memang unik gila. Perangai perempuan nih yang ceria & sederhana telah membuatkan si hero yang kaya nih jatuh hati padanya..=)





7- YOU'RE BEAUTIFUL
-----> Citer nih menjadi kegilaan sebab laki2 dalam citer nih SEMUA kacak & COOL! Cuba bayangkan betapa beraninya si heroin nih meyamar jadi LELAKI atas sebab2 tertentu. Dalam diam, si heroin jatuh hati kat leader band tuh. Tapi ea terpaksa lupakan niat tuh sebab sumer tau yang ea tuh lelaki sampailah rahsia tuh terbongkar..=)



8- COFFEE PRINCE
-----> Best! Mana tidaknya, si heroin menyamar sebagai lelaki atas sebab-sebab tertentu. Banyak mengisahkan tentang persahabatan & percintaan. Cuba bayangkan bila si hero mula merasakan ea sudah gila sebab ea da jatuh hati pada heroin yang menyamar jadi lelaki tuh. Akhirnya hero rasa lega sebab ea jatuh hati pada perempuan sebenarnya..=)



9- STYLE
------> Bagi aku cerita ni unik gila! Aku suka konsep cerita ni yang mengetengahkan isu fesyen, persahabatan & cinta nih. Aku bukanlah termasuk dalam kategori owang yang obses nan fesyen. Bagi aku, kalu kita berfesyen ikut cara yang kita selesa, itulah sebenarnya fasyen/style! He3. aku akui, semua owang dalam drama nih pakai baju2 yang really WOW me.. SUKERRRR...=)   Citer ni juga mengetengahkan tentang 'usaha itu tangga kejayaan'.

 


10- WINTER SONATA
------> Aku rase, ni lah MAK SEGALA MAK cerita korea. Owang2 Malaysia nih start boley accept cerita korea melalui cerita ni lah. Aku ingat lagi betapa BOOMnya citer ni masa zaman sekolah aku dulu. Bagi owang yang nak berjinak2 nan cerita korea, better tgk cerita nih dulu sebelum pergi ke drama-drama yang lain..=)


(MOOD: List/komen di atas lebih kepada pendapat peribadi. He3.. Emm. Nak tengok citer apa lagi ehh?? HE3.. Any suggestion?  =p )


Deman Personal Taste plak..=)

          Aisehhh!! hamba dah terdemam sangat2 nihh! Dek penangan 'PERSONAL TASTE', iman hamba luruh. Daripada tak layan sangat citer korea, hamba da terjatuh hati balik pada drama-drama korea nihh. He3. Walaupun aku wase aku sangaaaaat ketinggalan (6bulan aku peram citer nih. Eksyen tak nak tengok dulu. hahahhaa..=p )

Hero yg cool & Heroin yang kelam kabut..=)


      Personal Taste memang lain dari yang lain. Mengangkat tema cinta n persahabatan dari awal cerita sampai akhir. Wut can i say, HAMBA MENANGIS tengok citer nihh!!! Seolah2 aku plak yg tengah berlakon kat tempat heroin tuh!! (sapelah yang nak tolak kalu dapat berlakon di sisi HERO ea a.k.a LEE MIN HO). Lee Min Hoo dalam Boys Over Flowers pun xberjaya menarik minat aku. Bagi aku, dia LEBIH COOL & kacak gituh dalam PERSONAL TASTE nihh! Suka!!!!

         Dalam drama ni, watak Lee Min Hoo memang paling menyerlah! He is a straight guy who pretends to be gay in order to become a roommate to his female friend, Park Kae In. Bayangkan lah, bila Heroin tuh dah tersalah anggap  terlalu lama yang Hero tuh gay. Hahahaha. Kes parah nih!

        Sapa tak suka bila ada laki yang sabar GILA nan kerenah perempuan yang sukar diduga ni kan? Hahahaha. Apa yang menarik, perangai Hero & Heroin dalam ctew ni kontra gila! Si Hero ni seowang yang pembersih, menghargai/memahami wanita , pandai memasak, Perfectionist, a good listener, bercita-cita tinggi n paling penting ea banyak ajar si Heroin ni supaya jadi lebih wanita & lebih attractive. Perangai buruk Si Heroin banyak gila berubah pas asyik kena berleter nan si Hero. COMELLAHH!!! He3 


See? Si Hero xkedekut ilmu memasak. Bestnya kalu dapat memasak bersama2 buah hati!! WOW!


Si Hero yang cool & xpernah nangis ni finally nangis bila kena berpisah nan heroin. See? Menangis pun still kacak! Hahahaha..=p





       Plot citer ni memang best/superb/ lengkap sebab ea menunjukkan perubahan pada tiap- tiap karakter dalam drama nih. Saat paling best mestilah saat2 bila Hero & Heroin ni jatuh cinta tanpa dowg sedar. Dowang saling lengkap melengkapi sehinggalah Si Hero & Heroin berjaya (sebab dowang support each other gituh..). walaupun cinta dowang berdua mendapat banyak tentangan pihak yang tak suka dowang bercinta. Tapi, atas kuasa kepercayaan & kesetiaan yang unggul, dowang buatkan owang2 yang iri hati nan dowang patah hati. Lastly, mestilah happy ending..=)



(MOOD: Nak bermalasan depan tv tengok citer lain plak. pape pun still xboley lupakan Personal taste..=p)

Saturday, July 23, 2011

TitikPENAMAT..

      Emm. Boley dikatakan mood aku ketika menulis post nih juga sangaaat 'mendung'. Aku hanyut dalam rasa hati yang tidak dapat aku gambarkan apakah sebenarnya perasaan tuh.. Demm! hate it la.

     Emm. Aku cuma terfikir Kau. Kau yang pernah aku sayang sekian lama. Bahagiakah engkau dengan dunia ciptaan kau sendiri? Owhh! aku dah membuang masa yang banyak untuk mengingat engkau lagi. Hope yang ni terakhir kali.

     Kalau aku diberi pilihan, untuk mengenali kau atau tidak, aku akan lebih memilih TIDAK. Sebab, selepas mengenali engkau, aku wase aku jadi bodoh lagi dungu. Jadi penunggu yang setia sampai aku wase aku pun boley tumbuh misai dan janggut. Even aku nih perempuan.

     Kalau aku diberi pilihan untuk mengundur waktu atau pergi ke masa depan, aku akan rela memilih untuk undurkan waktu. Menunjukkan betapa aku bahagia jika tidak mengenali Kau langsung. Get it?

     Kalau aku diberi ruang yang besar untuk terus SAVE memori dengan kau atau DELETE, aku akan pilih DELETE. Aku nak jimatkan size memory otak aku dengan padamkan ingatan aku kat kau dengan jayanya.1 saat pun aku xnak ingat. dan aku prefer untuk beli sim card atau memory card yang bawu. Yang langsung xde parut2/kesan2 yang engkau bagi.

    Pergilah mana2 yang kau suka. Yang ko prefer untuk membahagiakan diri kau sendiri. Dun look back. Dun look at me again. Sebab aku ternyata owang yang x boley membahagiakan ko secara hakikatnya. Yang peliknya, aku tak boley nak membenci engkau. Memang xboley! Tapi aku boley jauhkan diri aku dari kau. Aku dah terlaluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu penat..!


    Anggaplah kita tak pernah kenal. Kalau kita kenal, engkau xkan jadi macamnih.  Sebab aku tak cukup kenal kau. Dan kau pun tak kenal aku lagi. MUNGKIN? aku sangat kesal! Kenapa kau harus pilih jalan yang kau ciptakan tuh? Xcukupkah dengan kesetiaan yang gila vavi aku bagi? Kau dah terlalu banyak habiskan masa aku. Arghh! Aku dah tak tau nak cakap apa lagi. 


    Kauuu.. Pls lahh. Aku tak mintak kau kembali kat aku. Cuma 1, jgn hampakan harapan owang2 lain kat kau? Aku tau kau banyak bebanan. Dan aku, aku dah xnak bebankan kau lagi. Jangaaan cari aku lagi. Cukuplah nan parut lama yang kau bagi. Tu hadiah terhebat yang pernah kau bagi. Tapi, cukup2lah, aku dah tak nak disakiti lagi. 


      Sila nikmati apa yang kau cari dengan bahagianya. Jaga diri baik2. Jaga makan minum kau. Hargai owang yang SAYANG kau. Plss, jangan kecewakan harapan besar tuh. Kalau kau jatuh, bangunlah perlahan2. Capai apa yang boley kau capai untuk bangun semula. Aku dah tak ada untuk berkongsi pape dengan kau. Aku dah takkan ingatkan kau lagi menda2 ni lagi. Aku dah redha untuk teruskan hidup tanpa kau..


      Dari jauh memang aku merindui kau. Tapi kau yang dulu. Untuk ingat kau yang sekarang 'HELL NO'. walaupun susah nak erase segala sayang yang ada. Tapi, apakan daya. Susah untuk sayangkan lagi owang yang 'tak sama' macam owang yang aku sayang dulu. Thanks dengan segala kebaikan yang pernah kau bagi kat aku. Aku pernah menjadi wanita paling bahagia satu masa dulu sebab kau. Tapi, biarlah perjalanan ni tamat. Aku tetap nak bawak diri. Mencari bahagia yang telah ditetapkan' untuk aku..


(Mood: Tetap gagahkan diri untuk menaip walaupun xsehat.. Sebab aku nak tamatkan permainan ni.. Fullstop..! )


Friday, July 22, 2011

FeelThingsDeeply

        Almost 130am. Aku still lagi stuck dan melekat kat atas kerusi mgadap laptop. Aku pandang laptop lama2. Clueless. Bertemankan lampu bercahaya suram warna kemerah-merahan yang mummy tersayang berikan. Aku menulis post ini dalam perasaan yang sebal. Kusut. Gerimis berkocak2 dalam hati.

      Dah terlalu lama aku mendiamkan diri dari mnyentuh mengenai soal hati. Kesabaran di hati yang sampai satu tahap telah meletus bagai gunung berapi kerana menda2 yang tersimpan lama di hati. Mengeluarkan lava2 kebencian untuk kau. aku nak je bagi kau rase betapa sakitnya hati aku kat kau. Biar ko rase terbakar/ melecur sendiri nan lava yang kau ciptakan untuk aku. Tapi sapalah aku nak hancurkan kau kan?

       Aku xboley membenci kau yang banyak berjasa pada aku. Berada di sisi aku saat aku berhadapan nan situasi yang sukar. Mengadap tangisan/ kesusahan hati aku tanpa penat. Berkongsi duka lara di hati aku. Kau sabar melayan kerenah aku tanpa pertikaikan siapa aku. Kadang2 aku melecehkan kau pun, tapi kau tetap boley senyum. Bila aku sakit, kau datang berikan semangat. Bila aku blur, ko ada untuk explain-kan something.

         Kau ciptakan rasa cinta untuk aku. Kau ajar aku untuk merindui kau. Kau ajar aku untuk lebih tabah. Kau ajar aku supaya nampak lebih kuat di luaran w/pun hakikat aku sering diambil kesempatan oleh owang lain dari dalam. Kau blaja dengan kuat untuk memahami siapa aku. Walaupun, aku sentiasa tahu, aku mungkin tak sehebat mana-mana pompuan yang gilakan kau mungkin?

       U r such a wonderful person!! Tu lah perception aku terhadap kau bila kali pertama kita bertemu. But.. Sometimes u such a jerk. A liar..! Knapa ko ciptakan permainan dengan aku. Dimana, semakin lama aku semakin penat melihat kau? Kau.. hanyut..... Kau lupa janji2 kau. Kau dimata aku semakin jauhhh. Akhirnya.. kepenatan tuh bertukar jadi luka atau parut yang aku tak dapat nak decribe rasenya. Jangan salahkan aku yang pergi dulu dengan jawapan yang tak pasti.

        Pergilahh membawa diri kau. Ke tempat bernama ' Bahagia' yang ko dah cipta. Aku dah terlalu penat. Aku dah xde kekuatan. Dari jauh. Aku titipkan satu doa untuk kau agar kau jadi yang lebih baik. Bukan untuk aku. Tapi untuk owang lain. Aku pergi bukan sebab aku gagal. Tapi, aku memang tak ditakdirkan untuk kau..=)

         Mata dah berat. Wut can i say, semoga bahagia2 selalu. Dan aku pun boley teruskan hidup aku dengan serpihan semangat yang tinggal walau eanya sekadar 1%. Terima kasih sebab membenarkan aku mengenali engkau. Mengenali engkau, sekurang2nya membuatkan aku faham manusia seperti kau. 


        Emm. Aku sayangkan kau lebih dari owang2 yang kau rase sayangkan kau. Terlalu lebih. Aku tak boleh nak tulis betapa istimewanya ia. Lagi2 aku pun xselalu cakap yang aku sayang kau. Sebab ea rahsia hati aku. Sesusah mana aku buka hati untuk owang, tapi... ntahlahh! Sayangnya..  aku tak mampu nak bentukkan ea supaya jadi lebih indah seperti yang kau inginkan. Kan?


(MOOD: Aku jadi lebih tabah. Thanks for the lessons.. Akhirnya, BYE..!)

       

Monday, July 18, 2011

NORAZIAH semasa KECIL2 dulu..=)



        TERTENGOK album lama2. Then aku terlihat gambar nih!! gambar ape ek?? Ni lah gambarnya..  Aku boley bantai gelak pas tengok gambar nih sebab aku sangaaaaaaaat COMOT! He3..=)




See?? Kecil2 lagi kita dah pandai senyum lah awak..=p 



Betapa mok mok nya aku kan?? Tu pasal da besar ni kalu aku da start mok mok balik, kowang kena diam2 jew..he3..=)


Bawu nak belajar berjalan dan duduk dengan betulnya..=)


Aku yang menangis sebab ada manusia yg kacau! Kalu da besau ni ea kacau aku, satu debik aku kasik..! Hu3..


Kecik2 lagi da dibawa ke mana2. Tu pasai aku xreti dok umah jugak skang nih..=p



Tu dia... Kenapa boley jadi sebab knapa aku n abg aku boley ngam gituhh..=)



 
Siblings yang disayangi. ALONG. ANGAH. WAN..=)



  
Aku anak abah aku yang sangat garangg..he3.. =)


Ok.. Mak dari kecik lagi dah make over aku. Tu pasal dah besau ni pun aku jadi cenggini gak. Hu3.




Hahahhaa.. Adoi! macam2 hal lah aku time kecik2 nih. hahahahhaa..=p


Well, aku dah selamat meng'scan segala pic aku masa kecik2. Skang aku nak tengok pix Amira, Tashrieq, Nafisa, Zainab & lain2 plakk mase baby2..! Heee..=)


(P/s: Seronok menikmati zaman kecik2 dulu. Xyah serabut kepala pikir macam2 kan..?? huhuhu..)


BENCI yang SANGAT MEMBENCIKAN..!


           Aku boley JAMIN! Setiap makhluk bernama manusia kat muka bumi nih ade menda/perkara yang ea xsuka! xsuka! xsuka! So do i..=)


           Bercakap pasal menda yang aku tak suka, kat sini aku nak listkan 10 PERKARA yang paling aku MENCI MENGGILA-GILA. 


1- TAUGEH
----> Percayalah! Menda ni lah pemenang ranking pertama dalam carta menda/perkara paling aku benci! OMG! Aku sanggup xmakan mee (walau lapar!) sekiranya kehadiran menda ni ada kat pinggan. Aku tak tipu Menda ni BOLEY buat aku muntah/loya2. Nampak menda remeh kan? But, u shud tke it serious (mana tau owang yg kowang SUKER pun alah nan menda ni). Well, rupa2nya ramai orang yang tak suka sayur nih juga! Aku makan sayur, TAPI certain2 sayur jew. So, thanks a lot to MUMMY! Sebab ea je yang paham masalah terbesar aku nih. Maklumlah, sebelum ea masukkan taugeh dalam mee/mee hun, ea akan asingkan dulu bahagian aku. ME LOVE LOVE U MUMMY!


2- SI PENIPU
-----> WOW! Apa yang boley aku cakap pasal menda nih, aku da terlalu ramai jumpa owang cengginih. Depan cakap lain, belakang cakap lain. Adoi. Buat apa menipu kalu kita ade pilihan untuk 'tidak menipu' kan? Paling TAK BEST kalau kita tahu sesuatu dari mulut orang lain & bukan dari mulut si pelaku. HATE IT! Tipu2 nih boley jadi kes sentap menyentap walaupun hakikat sebenarnya aku seorang yang xsuka nak sentap2. Ade time kita boley menipu (untuk selamatkan keadaan). Tapi, jangan slalu buat ya! hu3


3- SI PENYEBAR FITNAH/ BACKSTAB
----> PERGH! Oweys gak aku berhadapan nan owang kategori nih. Ape aku boley cakap, menda ni nampak simple /remeh temeh. Tapi, bila da melarat- larat, kes ni akan jadi lebih BESAU! Berhadapan nan owang camnih, aku prefer untuk menyabarkan diri/ diam. Sebab aku tau, bila kita buat owang, kita akan kena LAGI TERUK. Kan elok if kita xyah terlalu ambil tau hal dalaman owang sangat? Ea idok?





4- SI GATAL LAGI MIANG
-----> Satu penyakit manusia yang aku TAK BOLEY nak BERKOMPROMI. Owang yang aku tak kenal langsung tapi RINGAN TANGAN nak sentuh aku sesukahati, maka owang tersebut memang akan termasuk dalam owang yang aku 'BLACKLIST'. Aku allergic nan sentuhan owang aku tak kenal. lagi satu bila owang ambil kesempatan o menyempatkan diri untuk 'pervert' aku. Boley buat aku naik angin!




5- SI KAKI PINJAM
-----> Aku LANGSUNG tak kisah if owang nak pinjam barang. Tapi, biarlah menda tuh dipulangkan dalam kondisi yang baik. Tapi, jangan sampai 'SEMUA' menda pun nak pinjam. Ea idok? PALINGGGGG aku pantang bila owang yang pinjam2 nih XRETI nak pulangkan balik apa yang dipinjam. Lagi mencabar keimanan apabila peminjam boley 'bantai' wut harta yang dipinjam sebagai hak milik kekal. OMG. Dashyat sunggoh owang cenggini!



6- PIMPLE
Haaaa. Aku yakin kehadiran 'JERAWATi' ni memang langsung 'TIDAK' dialu2kan untuk singgah ke muka sape2 pun! Kehadirannya ternyata membencikan! G la ambussss jauh2 wahai jerawati yang cantik rupawan....Heeee..=p






7- GELAP
-----> He3. Ni pun termasuk dalam menda aku tak suka. Berada di tempat yang terlampau gelap buatkan aku wase nervous tak tentu pasal. Thanks to MUMMY sebab benarkan saya untuk buka lampu titow sepanjang malam pada tiap2 hari. Kalu lampu wosak pun, ea lah owang yang akan tampil untuk setelkan masalah aku nih. Aku tak kisah kalu titow dalam keadaan gelap. Tp, biarlah ada 'sumber' cahaya walau sedikit..=)



8- MENUNGGU
----> satu menda kepantangan buat aku. Aku tak suka menunggu bagai owang gila lama2. Aku boley punctual. Tapi, once owang tuh lambat, aku plak akan lambat untuk nextime. Sebab aku tak suka menunggu..!







9- SI PENGACAU TIDUR
-----> Aku amat mementingkan titow yang berkualiti (at least 7 8 jam). Kehadiran owang yang tak paham bahasa memang 'sengaja' kacau aku titow memang boley buat aku naik angin n boley wut mood aku 'swing' dengan pantasnya. Nak kejut owang titow pun ada caranya. Tp, cara paling aku tak suka bila owang 'sentuh kaki' aku sesukahati. Agak2 nak kena 'free kick', silakanlah. HA3








10- HORROR MOVIE
------> Aku memang TAK GEMAR langsung & tak teringin langsung nak tengok ctew genre sebegini. Sebab aku tak nak rosakkan pemikiran aku ngan dunia seram2/tahyul ni. Baik aku tak yah amik tau langsung pasal hal nih..=)










(P/s: Apabila kita belajar untuk elakkan diri dari buat ape yang owang lain xsuka, owang tuh pun mesti akan buat menda yang sama.. =p  )



PESANAN: TO SYUHAIDAH, EIRA MOON, AMIRA FARHANA & IYDA JAME. AKU TERINGIN BEBENAR NAK TAU 10 PERKARA YANG KOWANG MENCI LAK..=)

Sunday, July 17, 2011

SMKDIY yang oweys diingati.. PART 2..



FORM 4 (YEAR 2006)

          Hye! Jumpa lagi kita dalam slot cerekerama bertajuk 'kenangan PART 2'. Chewah! Hahahha. Wokey, kali nih aku nak sambung balik continuity post yang sebelum nih.. He3. 

          Gini ceritanya, pas masing2 dapat result best dalam PMR, ape yang aku tau ramai yang bawak diri ke tempat blaja/sekolah pilihan masing2. Aku plak 'menten' nan sekolah lame. Tapi kali nih aku kena kena pilih 'bidang/kelas' mana yang aku nak g. Atas nasihat ramai n cikgu2, aku pun sepakat membawa diri ke kelas Sains tulen (aku xsuka yg palsu2 nih). Maka, aku pun dok lah SOWANG-SOWANG kat kelas 4 Sapphire. Kowang tinggalkan aku! Bebudak ni dah tercampak kat 4 Diamond & 4 Amethyst. Di sinilah bermulanya pengembaraan mencari identiti & proses pembelajaran sebenar berlaku. Di sini jugalah kita belajar mematangkan diri kita masing2.. Ade yang BERCINTA time nih ( saje taip besau2. Ngeh3), Ade yang pandai berskandal2 bagai (Merujuk pada owang yg ade 'hubby' kat kelas 4 Diamond), Ade yang start serious belajar bebetul malah ada juga yang belajar untuk 'cari soalan bocor' untuk meneruskan hidup. Hehehehe..=p



Bye2 form 3 yang disayangi. Nanti2 kita jumpa lagi. 
Pix nih diamek mase open house kat umah cikgu Nazura menggunakan kamera 'kotak' aku. Sekian..=)

           Ape yang aku tau, aku paling SUKA dengan form4. Sebab ape? Sebab aku telah dilantik menjadi  KAPTEN KELAS 4 Sapphire (saje nak type besau2 lagi sbb aku ade kuasa wut!  He3..) Plus, budak2 kelas aku sumer gila2. Then, dapat plak cikgu yang TERBAIK & best! Cikgu Napisah lah cikgu terbaik yang pernah aku dapat seumur hidup. Ia didik aku supaya aku jadi lebih 'manusia' dan ajar aku dengan penuh kasih sayang. Macam mak2 gitu. Di masa lapang yang aku ada, aku sibuk menyemakkan diri kat meja ea kat bilik guru tuh ha. Kadang2 aku diberi kuasa untuk 'tick' kertas2 soalan junior2 aku. Ko mampu?? Ewah! He3.

         Aku juga mengawal ketat "BUKU KAWALAN KELAS' & mencatatkan name2 budak yang oweys xde dalam kelas (Tp , kalu aku malas nk catat, aku bg assist aku yg jaga). Buku yang sepatutnya kena antar kat pejabat pas abes waktu sekolah, aku tatang bagai minyak yang penuh sebab aku terlebih rajin bawak balik umah! He3. See? Aku da kata aku suka zaman form4 aku. He3.

         Dengan 'passport' yang aku ada juga, aku menggunakan kelebihan tersebut untuk keluar masuk kelas dengan seronoknya. Kadang2 aku tersesat gak kat kelas Diamond & Amethyst. Tapi, time kelas Cikgu Napisah, aku sanggup cancel kan appoinment nan datuk segala bandar. maklumlah. Kelas feveret! He3. Pasal Cikgu Napisah jugalah aku rajin decorate kelas sampai menang berkali2 gak sebagai 'kelas terbersih' yang diadakan setiap minggu. Kemudian, anugerah itu dipelopori oleh Diamond jek! Meriah class budak2 Mr LEE sebab asyik menang. Grand sunggoh!

        Bagaikan penyambung generasi yang sebelumnya, aku bersama2 Amira Farhana, Nafisah, Zainab, Liyana dan lain menjadi pewaris dalam pasukan 'BOLA BALING SMKDIY'. Aku & kawan2 dah berjuang dalam pasukan ni 3 taun berturut2. Weall berhempas pulas mempelajari/menguasai teknik bantai membantai n pukul2 manja dan mempraktikkan ilmu ni kat pasukan sekolah lain. He3. Kalah menang lain cerita sebab yang penting aku lebih mengenali kawan2 aku. Maklumlah. Ape yg penting?? Of course lah kejesama! He3..=p 

Pasukan Handball under 18. Pix nih blurr. Sebab gambar ni bukn aku yg amik. Kalu aku amik sure CLEAR punye! He3. 


Tu dia... Ahli2 pasukan bola baling yang hebat2 dalam bab bantai owang secara keseluruhannya. yang penyibuk tuh sila Ambuss! He3..


Di luar sekolah. Ingat lagi tak pix nih kawan2?? Ni la time kita g umah Myra wut kali pertamanya di Kuang..=)

See? Comel2 je masing2. Muke pun fresh lah owang kate! He3..

Ni lak mase bufday party Riana Ramlan..=)
dari kiri: Zainab, Nafisa, ME & Eira Jamil

Pix ni diambil mase kowang bertandang kat kenduri kesyukuran kat umah aku..=)


Ni plak pix mase aku aktif menari kat sekolah & Taman Budaya. Aku memang GIGIH mengaktifkan diri. Tapi sempat join taman Budaya mase form4 je. Maklumlah, tu je mase terluang yang ada..=p


              Paling aku ingat sekali sudah tentu lah masa hari keusahawanan/ hari kantin! mana idoknya, semua kelas terlibat untuk menjual makanan. Kelas aku gigih wut jualan mee kari n ayam berempah Ummphh Cikgu Napisah. Ni lah pencapaian terbaik aku bila kelas aku menang 2 hamper besau2..! Which is 'Gerai paling banyak untung' & 'Report terbaik' hasil nukilan aku dengan meminjam laptop milik Cikgu Napisah sendiri. Pape pun aku masih ingat gerai burger kelas 5 Amethyst dimana ea dimasak oleh jejaka2 hangat & gerai Diamond yang lebih selesa menjual nasi bungkus. Senang lagi mudah! He3.. 



FORM 5 (YEAR 2007)


         YESS!! Finally aku berjaya masuk ke tahun 2007. He3. Secara ringkasnya, tak banyak perubahan untuk tahun nih. Aku STILL pertahankan wilayah aku apabila aku 'menten' di vote oleh kawan2 kelas yang lame untuk jadi kapten Kelas lagi. Thanks kawan2 yang sukakan pentadbiran aku..;p

           But, guru tingkatan je yang bertukar. En. Nor Azman yang handle kelas aku! YEAY!! Cikgu paling cool & sporting tuh..! Diamond & Amethyst non ado kan? kan? He3. En. Azman pun banyak ajar aku jadi manusia. Dia lah owang yang paling banyak nasihat dan dengar luahan insan yang putus cinta dulu (merujuk kepada...... ntah! He3..=p)

            Mase tahun ni aku still gak aktif bersukan. Acara trek & padang tetap aku bolot. Handball pun aku still aktif. But, aku lebih serius dengan pelajaran. dah xde istilah merayap. Lebih banyak mempraktikkan 'PERINTAH BERKURUNG' nan kawan2 yang lain. Time ni lah aku ingat Farid & Firdaus berjasa gila2. Nak soalan 'hangat', cari lah dowang ni. Tapi tu lah, kena pandai mengendeng nan dowang ni sebab dowang bukan spesies yang JINAK! Ngeh3.

              Finally, SPM pun berlangsung. Time ni lah perintah darurat dipraktikkan di mana banyak kelas tambahan dan study group dijalan secara besar-besaran. Masa exam berlangsung pun weall tetap gila2. Tu tandanya kitaowang da mereng sebab tak cukup titow dan buku dijadikan teman terbaik di waktu malam..=p

Pix ni diambil mase STUDY WEEK utk SPM! Sumer muka HAPPY nak amek Spm! Benar ke happy? hahahaa..=p


Kelihatan di situ Tash da macam owang patah pinggang..=p


Pix ni diambil SEHARI sebelum SPM berlangsung. see? Weall sempat bergambar. Muka pasrah je masing2..=p



Ni hari TERAKHIR SPM! Nampak tak muka bahagia masing2??
dari kiri: Farid, Amira, AKU, Nazratul & Firdaus.. LEBIU..=)


          Pas SPM, semua kawan2 aku menyepikan diri masing2. Sementara menunggu result masing2 tuh, ramai gak yang mencuba untuk bekerja. Dan.. Itulah yang aku buat! Aku berjaya mendapatkan kerja sebagai promoter di Promod boutique kat The Gardens, Mid. aku kat situ ditemani oleh Farid & Amira yang juga masa tuh bekerja kat Vinnci. Love saat2 nan kowang..=)


Ni dia... Mase kitaowang kuar cari kerja kat MidValley. Fyi, Paper SPM tak habes lagi weall da cari kerja. Kowang mmpu?? Ngeh3..=p



Well. Siri jelajah mengingati sekolah sudah tamat. Hope hubungan persahabatan kita terus bertahan sampai bila2. sampai hujung nyawa lah kiranya!! Me LOVE love LOVE u all..!

To Amira farhana yang berwawasan, Firdaus yang suka gelakkan owang KUAT2, Farid yang suka melawak, Siti zainab yang kuat berdebat, Nafisah yang setia nan hubby nya..=p, Tashrieq yang suka Hip hop dulu2, Nazratul yang garang & Eira jamil yang oweys menemani saya. Aku sangat windukan zaman kegemilangan kita dulu.. Hope kowang pun cmtuh ehh..=p





 (P/s: Xdapat dibayangkan bila mak aku sanggup telefon aku kat tempat kerja semata2 nak cakap aku dapat surat tawaran dari Uitm Shah Alam..! Wase cam nak balik time tu jugak! Heeee..=p)