Kali ni, aku masuk hutan sebab nak buat liputan khas untuk pembikinan dokumentari berkenaan orang asli. Semuanya atas dasar kerja dan bukan kerana melancong semata-mata. 3 hari pertama, aku ke Perkampungan orang asli yang bertempat di Pos Kemar,Grik,Perak. Untuk ke sana, aku perlu naik bot dari jeti dan ia memakan masa sekitar 1 jam untuk sampai ke destinasi. Naik bot ketika hujan renyai-renyai sedikit sebanyak mampu untuk membuatkan aku rasa menggigil. Tapi, itu hanya perkara kecik bagi aku. Sepanjang perjalanan, aku telah banyak berkhayal apabila melihat keindahan alam ciptaan Allah ini.
PERKAMPUNGAN ORANG ASLI POS KEMAR, GRIK, PERAK
Ini bot yang crew-crew naik dan semua crew kena pandai stabilkan diri kat atas bot ni. Haha!
Sedang menikmati ubi bakar dengan gula.
Keesokan paginya, kami membuat penggambaran di sebuah rumah dan merakamkan suasana kenduri mengikut cara mereka.
Beras yang dimasukkan ke dalam buluh.
Ha.. buluh tadi dah dibakar macam lemang gitu..
sempat bergambar time keje! weee~
Sempat mencuri ilmu daripada cameraman. Thanks abg Sham!
Ni la antara crew-crew yang sumpah best & gila2! ha3...
Sempat menoleh ke belakang ketika berada diatas bot.
Pengarah dan juga lecturer aku yg sporting habis! En. Zaki.
Dj Kamel yang sedang sibuk menjala ikan di sungai.
Pada malamnya pula, kami dibawa untuk menyaksikan tarian sewang dan kugiran yang dipersembahkan oleh penduduk-penduduk perkampungan orang asli.Ini la kali pertama aku menyaksikan tarian ini secara live. Yeah!
Ahli muzik yang sedang mengetuk buluh centong khas untuk tarian sewang ini.
Penonton-penonton cilik yang sanggup menahan mengantuk walaupun jam sudah pun pukul 1 pagi.
Persembahan kugiran oleh anak-anak muda orang asli. Letup persembahan dowang! 3*
Keesokan harinya, crew-crew telah pergi membuat penggambaran di klinik desa Pos Betau. Seawal-awal pagi lagi sudah ramai masyarakat orang asli yang datang untuk memeriksa kesihatan anak-anak mereka.
Sempat bergambar dengan si kembar.
Ni sbahagian ibu2 yang tunggu giliran diluar klinik. Belum lagi termasuk yg menunggu di dalam.
Pada malamnya pula, kami ke Pahang untuk melihat serta membuat penggambaran dokumentari di sana. Secara keseluruhannya, aku sangat-sangat enjoy 3 hari berada di situ. Ketika pulang, hujan telah turun dengan lebatnya. Namun, menutup badan dengan kanvas takkan aku lupakan! Haha. Walaupun terpaksa bergelap dua hari gara-gara generator tak berfungsi, namun itu tidak menjadi masalah bagi crew-crew. Sekali sekala bergelap dan terpaksa menggunakan lilin memang best. Walaupun sejuk, sleeping bag sedikit sebanyak telah banyak membantu..;p
naseb bli sleeping bag...klu x...haru n naya ler jawabnyee..ekekekee...
ReplyDeletekak jaja<3
i know its u kak Jaja! ha3..
ReplyDeleteEa la.. Shari sebelum nak btolak sempat gak beli sleeping bag! thanks to iyda coz tlg belikan that bag! muahxx!
(p/s: sleeping bag boley digunakan untuk main nyorok-nyorok. haha..)
nak TRAIL lagi g CUS pasti lembikkk..haaaa haaa
ReplyDelete