Monday, December 27, 2010

*Pahit Manis PRAKTIKAL!


Syukur Alhamdulillah.. Finally, abis jugak praktikal aku. Tapi, bila da abes praktikal, start la aku windu plak nak praktikal lagi dan lagi! Banyak sungguh ilmu yang aku dapat sepanjang kat Karyawan. Malam 24 Disember, satu majlis perpisahan telah dibuat oleh staff-staff KBSB khas untuk meraikan Aku, Iyda dan Esha bertempat di sebuah pusat karaoke. Terima kasih yang tak terhingga aku nak berikan kepada staff-staff yang baik hati ini. Walaupun, ada scene 'sedih' sekejap, namun party kembali semua riang. Sayang sungguh aku kat dowang!!

 Sempat bergambar dengan Kak Een, Kak Jaja, Iyda, Hanif dan aku sebelum keluar ofis. mish u!

 Editor yang sporting dan extremely kelakar

Masih menyempat lagi beposing bagai padahal masing-masing dah nak balik..

 Kak Een yang sporting habis menyanyi sambil menari gitu! haha..=)

jengjengjeng.. Kek untuk kami!! Woow!

Thanks bagi yang memberikan kek pandan ni.. Sumpah terharu!

Thanks you all!! Len kali pisau pemotong kek kena ada lima! baru fair.. ha3.. 

Sebelum makan ambil bau dulu! Yummy!! he3..

BJ Jaja yang banyak membantu aku dalam dokumentari Orang Asli baru-baru ini. I'll remember our trip at Pahang and Perak forever!

 Aku nyanyikan lagu khas untuk staff-staff.. Sedialah mendengar ek! haha..=p

Akan terus menyanyi hingga semua pengsan! heeeeeee~

Sedihnya! Dulu bangun pagi-pagi benda pertama yang aku ingat adalah ofis! ofis! ofis. Aku akan sentiasa akan bangun awal untuk rasmikan toilet dulu. Tapi, skang bila aku bangun tidur je, my sleeping partner iyda and Esha dah tak ade. Then, aku windu masa kami dalam kereta. Dengar lagu & nyanyi kuat2 adalah rutin wajib kami untuk elakkan ngantuk. Then, singgah membeli belah nasi lemak dekat2 ofis then lepak kat pantry. Lunch pula, masing-masing tak sabar nak kuar untuk menikmati nasi campur Gulam Mee yg sedap! haha.. Bila perut dah penuh, start la mengantuk apabila pekena kesejukan dalam ofis. Macam peti ais da... Time tu la masing-masing sibuk ke hulu kehilir mencari makanan untuk tahan ngantuk. Bila masing2 pegi shooting, waktu malam baru la jumpa batang hidung masing2.. Aku etremely bosan bila kat ofis tak ada owang tangat. Btw, aku lagi suka shooting luar. Cepat je masa berlalu aku rasa. haha..=)

Time memasak pulak, aku lagi suka cabut lari. Bukan tak sudi.. Tapi, Cukup2lah Esha dan Iyda yang selalu conquer dapur dan tunjukkan teknik memasak masing2. Kadang2 riuh satu dapur bila Iyda dan Esha bertekak pasal teknik memasak. Xkisahlah, bertekak2 pun masakan yang dowang buat mmg sedap! Tiba2 Windu nak makan mee sup Iyda yang sedap! Btw, thanks dengan ilmu dapur yang kamu bagi.. he3. Hari minggu pula, tak sah kalau tak shopping. Beli barang-barang umah sampai tak ingat dunia.. Aku akan ingat suka duka praktikal ni! ha3..~

Lastly, terima yang terhingga kepada warga-warga KBSB yang tidak letih-letih memberi tunjuk ajar kepada aku &kawan-kawan. Buat Ana lak, thanks for MOMOO.. ha3.. Priority tau sbb ea yangat2 kiut! he3..Buat Iyda dan Esha, thanks a lot ya! Semoga berjaya dalam apa jua bidang yang you all ceburi!

Ana tetap diingati aw! he3..

Thank you to BJ Een, BJ Jaja, BJ Zati, BJ Laila, BJ siti, BJ Az, BJ Ana, Bosh n Puan, Abg Hanif & semua yang mengenali Azie..=)

MUAHXX!


*Seimbas lalu di Perkampungan orang asli POS BETAU, PAHANG (22-23 DEC 2010)

Selepas 3 hari di Perkampungan orang asli Pos Kemar, Grik, Perak, kami singgah ke perkampungan orang asli di Pos Betau, Pahang. Crew-crew disambut baik oleh En.Helmi yang merupakan pemilik Ecolife camp. Kami banyak dibantu oleh pihak camp, Tok Sam dan Tok batin Ahmad untuk menjayakan dokumentari orang asli ini. Makanan yang disediakan oleh pihak En.Helmi sememangnya superb!

 Crew-crew mengambil peluang untuk berehat-rehat dan meninjau2 sekitar camp selepas sampai. 

 Otw ke sebuah perkampungan yang dekat dengan camp.

Setelah sampai di perkampungan terdekat, kami tanpa membuang masa terus membuat penggambaran di sekitar kampung itu.

Si isteri/ibu yang sedang menyambut suami serta anaknya yang baru pulang daripada hutan.

Crew-crew sempat bergambar dengan kanak-kanak orang asli

 Aku sempat bergambar dengan kanak-kanak orang asli yang kusyuk melihat visual di monitor

 Orang asli ini sempat menunjukkan cara-cara membakar pisang di rumahnya.

 Merakamkan kenangan bersama-sama kanak-kanak orang asli sebelum bergerak ke lokasi lain.

 Sempat menghulurkan gula-gula yang dibawa kepada kanak-kanak ini.



Pada petangnya, kami sempat ke tanah lapang dan merakamkan aksi remaja lelaki orang asli bermain sepak takraw. Crew kami sempat berlawan sepak takraw dengan mereka. =)

Pada sebelah malam pula, crew-crew kami ke rumah seorang nenek yang juga merupakan penganut agama Islam paling lama di perkampungan orang asli ini.

Sempat bergambar bersama nenek. 

Kisah hidup nenek ini sedikit sebanyak telah berjaya menarik perhatian aku. Selepas penggambaran di rumah nenek itu, kami ke sebuah lagi kampung untuk menyaksikan tarian sewang masyarakat orang asli di sini.

 Persiapan dibuat rapi sebelum persembahan sewang dimulakan.

Antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan ketika tarian sewang dipersembahkan.

 
 Penduduk-penduduk berdekatan rumah sewang tidak melepaskan peluang untuk melihat persembahan ini.

Sorakan daripada penari-penari tarian sewang sebelum kami pulang. 

Sememangnya malam itu meninggalkan kenangan manis buat aku yang ternyata sangat suka dan enjoy dengan persembahan bertenaga itu.

Pada keesokan pagi, pengarah telah membuat temubual untuk Tok batin Ahmad. Terima kasih yang tidak terhingga buat Pengarah, En. Zaki kerana memberikan aku peluang untuk menemubual serta menjadi wartawan sekejap.=)

Semua crew sangat fokus ketika sesi temubual dilakukan.Thanks kepada crew yang banyak membantu..=)

 Sibuk mencatat point-point penting. Dalam hati, hanya tuhan yang tau! haha..
Gambar sebelah adalah gambar aku memegang kulit kayu manis. Wangi!

Pada tengaharinya pula, kami sempat meninjau dan membuat penggambaran di sebuah salon rambut yang ditaja oleh Giatmara khusus untuk seorang pelajar orang asli ini. Siapa sangka ada salon di perkampungan orang asli kan? unik!
Antara gambar-gambar yang dirakamkan ketika shooting dijalankan.

Pengarah dan cameraman tak nak lepaskan peluang naik rakit untuk scene orang asli  membawa rakit di atas sungai.

 Say 'BEST!!!!!' then smile! 

 Gambar ini dirakamkan selepas habis shooting sekitar pukul 07.00 malam.

Syukur alhamdulillah. Selepas 5 hari berhempas pulas untuk siri dokumentari orang asli, maka tamatlah pengembaraan kami. Apa yang aku dapat katakan, Aku sangat-sangat berpuas hati dengan penggambaran ini dan ia memberikan satu kepuasan bagi aku yang baru sahaja berjinak-jinak dalam pembikinan dokumentari ini. Tanpa line' handphone, aku akui yang aku dapat berehat sekejap dari dunia luar. Relaks! Aku kagum dengan cara hidup masyarakat orang asli yang sederhana dan menggunakan apa sahaja yang ada disekeliling mereka. Kalau aku tersesat kat hutan mesti terkial-kial tak tahu nak buat apa-apa. Walaupun sakit dan gatal sebab kena gigit dengan nyamuk dan agas-agas, ianya tak setanding dengan ilmu yang aku dapat..;p


Penghargaan yang tidak terhingga buat En. Zaki (pengarah), BJ Jaja (wartawan), Abg Sham (Cameraman 1), Solleh (Cameraman 2), Abg Pie (Lighting) dan Abg Niza (pilot), En. Mat Wahid, Tok Sam, Tok batin Ahmad dan En. Helmi sekeluarga yang banyak membantu kami di sepanjang penggambaran. Terima kasih.



*Sedikit khabar dari POS KEMAR, GRIK, PERAK (19-21 DEC 2010)

Syukur alhamdulillah.. Dalam ramai2 budak praktikal di KBSB, aku satu-satu yang terpilih untuk mengikuti pengembaraan di perkampungan orang asli. Aku yang terlampau cintakan alam semulajadi tak mahu lepaskan peluang untuk merakamkan detik2 indah sepanjang berada di perkampungan orang asli. Kali terakhir aku masuk hutan pun masa rombongan sekolah menengah pada tahun 2005 kot.

Kali ni, aku masuk hutan sebab nak buat liputan khas untuk pembikinan dokumentari berkenaan orang asli. Semuanya atas dasar kerja dan bukan kerana melancong semata-mata. 3 hari pertama, aku ke Perkampungan orang asli yang bertempat di Pos Kemar,Grik,Perak. Untuk ke sana, aku perlu naik bot dari jeti dan ia memakan masa sekitar 1 jam untuk sampai ke destinasi. Naik bot ketika hujan renyai-renyai sedikit sebanyak mampu untuk membuatkan aku rasa menggigil. Tapi, itu hanya perkara kecik bagi aku. Sepanjang perjalanan, aku telah banyak berkhayal apabila melihat keindahan alam ciptaan Allah ini.

PERKAMPUNGAN ORANG ASLI POS KEMAR, GRIK, PERAK


 Ini bot yang crew-crew naik dan semua crew kena pandai stabilkan diri kat atas bot ni. Haha! 

Setelah satu hari perjalanan, finally aku sampai juga ke Jeti Pos Kemar. Kedatangan kami disambut oleh beberapa penduduk tetap di situ. Semua crew diajak untuk ke  rumah keluarga Dj Kamel untuk sesi perbincangan dokumentari. Crew-crew diajak makan ubi bakar. Sedap!

Sedang menikmati ubi bakar dengan gula.

Keesokan paginya, kami membuat penggambaran di sebuah rumah dan merakamkan suasana kenduri mengikut cara mereka.

Beras yang dimasukkan ke dalam buluh. 
Ha.. buluh tadi dah dibakar macam lemang gitu..

 sempat bergambar time keje! weee~

 Sempat mencuri ilmu daripada cameraman. Thanks abg Sham!

 Ni la antara crew-crew yang sumpah best & gila2! ha3...

Petang tu sempat aku g tengok & buat liputan orang menjala ikan. Naik bot lagi dan lagi. he3. Sejak praktikal ni, aku asyik la dapat peluang naik bot. Thanks KBSB sbb mghantar aku keluar untuk lihat dunia kt luar..

Sempat menoleh ke belakang ketika berada diatas bot. 

 Pengarah dan juga lecturer aku yg sporting habis! En. Zaki.

 Dj Kamel yang sedang sibuk menjala ikan di sungai.

Pada malamnya pula, kami dibawa untuk menyaksikan tarian sewang dan kugiran yang dipersembahkan oleh penduduk-penduduk perkampungan orang asli.Ini la kali pertama aku menyaksikan tarian ini secara live. Yeah!

 Ahli muzik yang sedang mengetuk buluh centong khas untuk tarian sewang ini.

 Penonton-penonton cilik yang sanggup menahan mengantuk walaupun jam sudah pun pukul 1 pagi.

Persembahan kugiran oleh anak-anak muda orang asli. Letup persembahan dowang! 3*

Keesokan harinya, crew-crew telah pergi membuat penggambaran di klinik desa Pos Betau. Seawal-awal pagi lagi sudah ramai masyarakat orang asli yang datang untuk memeriksa kesihatan anak-anak mereka.

 Sempat bergambar dengan si kembar.

 Ni sbahagian ibu2 yang tunggu giliran diluar klinik. Belum lagi termasuk yg menunggu di dalam.


Pada malamnya pula, kami ke Pahang untuk melihat serta membuat penggambaran dokumentari di sana. Secara keseluruhannya, aku sangat-sangat enjoy 3 hari berada di situ. Ketika pulang, hujan telah turun dengan lebatnya. Namun, menutup badan dengan kanvas takkan aku lupakan! Haha. Walaupun terpaksa bergelap dua hari gara-gara generator tak berfungsi, namun itu tidak menjadi masalah bagi crew-crew. Sekali sekala bergelap dan terpaksa menggunakan lilin memang best. Walaupun sejuk, sleeping bag sedikit sebanyak telah banyak membantu..;p