Saturday, February 26, 2011

Bukan AZIAH.. tapi ASIAH..=)


           Hahahahahahaha~ Tiba-tiba aku teringat zaman kanak2 aku lepas sepupu aku dok ingatkan aku keje2 gila yang tidak masuk akal yang penah aku dan dia buat! Ya! Kami memang gila! hahahahaha. Cuti sekolah masa sekolah rendah dulu, aku pasti takkan lepaskan peluang untuk tinggal di kampung. Disitu, bermulalah pengembaraan aku dalam permainan pelik2 nih! Lasak macam laki! hahahhahahaha~ 


           Dalam banyak-banyak waktu, aku selalu tunggu waktu petang!Ya!  Sebab time tuh, pakcik atau atuk aku akan bawak kambing2 balik semula ke kandang. Antara yang paling nakal yang aku dan sepupu aku penah buat adalah mandikan anak kambing! Siap boleh tunggang kambing tuh macam kuda pula KAN. hahahahaha~  Ini memang gila! Aku pun tak sangka aku nakal sampai tahap cmtuh skali.. Last2, nenek aku jerit.."ASIAH...!!" dan, aku akan buat muka tak bersalah. Hahahahahah...~


                       
         Paling best sudah tentulah bila berpeluang main layang-layang kat sawah dengan abang aku dan sepupu-sepupu yang lain. Berjam2 kat sawah pun tak kisah. Janji, layang-layang terbang tinggi kat udara. Ada kalanya boley tidur kat tengah2 sawah tuh. Sape nak peduli KAN??  hahahaha~ Last2, nenek aku menjerit lagi.."ASIAH....!!!"


              Selain itu, aku dan sepupu aku tak ketinggalan untuk masuk hutan terdekat untuk sesi lastik melastik! Yang nih aku join sepupu laki la. Lagak macam tentera la konon. Pastu satu badan gatal kena serangan tentera nyamuk! Teros diam. hahaahaha. Bila balik ngan kotor-kotor kat baju.. lagi sekali nenek akan menjerit.."ASIAH..!!" dan aku terkedek2 lari..=p

          Paling yang aku rase sumer budak2 penah main sudah tentulah main mak-mak dan masak-masak. hahahahah~ haish! tp, yang peliknya aku tak pernah pula jadi mak sepanjang aku main permainan nih. HAHA~ Siap memasak-masak bagai. Abis bunga-bunga yang nenek aku tanam kena petik ngan cucu-cucu ea yang nakal nih. dan mula la lagi nenek aku menjerit-jerit lagi.."ASIAH...!!" dan aku cepat-cepat menyorokkan diri.. hahahhaha~

         Lagi satu, bila main cikgu-cikgu, sudah tentu rumah nenek akan bersepah lagi dan lagi. Bila dah bersepah-sepah tuh, sudah tentu nama "ASIAH...!!" akn disebut-sebut lagi. dan kali nih, aku lintang pukang lari bersama-sama sepupu-sepupu aku yang lain. haha~ 




           Paling yang aku tak boley lupa, kereta sorong pun boley dijadikan permainan. Main teksi-teksi ngan sepupu-sepupu aku yang lain. Ape ke sengal aku nih sampai apa-apa barang pun boley dijadikan permainan. haha~ dan aku pasti, name "ASIAH..!!" pasti akan kedengaran bila kereta sorong hilang sebab aku letak kat mana entah! HAHA.


            OMG! Aku rindukan gila zaman kanak-kanak aku. Semakin hari aku semakin dewasa. Aku berharap kisah-kisah yang mampu buat aku tersenyummm nih akan diingati sampai bila-bila. Sudah tentu aku akn ingat sekali arwah nenek aku. Dialah yang sering menghabiskan masanya dengan aku masa zaman kanak-kanak aku.. Aku sayang nenek! =)
P/s: Nenek SORANG je yang pernah panggil aku ASIAH..=)
                             


Thursday, February 24, 2011

Gloom..



Tonight..
Tiba2 aku rase suram. Muram. Terdiam.
Oh shit! aku menci feeling camnih!

Aku macam nak nangis. Tanpa alasan.
Tanpa aku tau KENAPA.
Ah! Aku buntu.
Dari jauh aku hanya mampu berdoa.
Agar bahagia hari ini takkan kecewakan aku untuk hari2 esok.
Amiiinn..


(p/s: Cemburunya aku.. Bulan sentiasa indah w/pun tengah suram)



Tuesday, February 22, 2011

CERITA UNTUK HARI INI..=)



           Bercerita pasal hari ini., aku memang2 la happy tak hengat dunia. 1st, aku dapat setelkan keje2 management aku. 2nd, aku juga mampu untuk ketawa & hilangkan stress sikit. thanks to May, Rizal n Ijat! 

         Setiba aku di MBSA, aku pun tidak lengahkan masa untuk menyetelkan segala urusan kat situ. Ianya mengambil masa yang sekejap je sebenarnya  (jadi lama sebab May sempat lagi bergosip bagai KAN..betol x ijat dan Rizal?? hahahaha ;p) 

         Selepas aku menyetelkan kerja-kerja, ternyata aku telah diculik! Aku diculik oleh mereka ini dan diheret sekali ke pusat karaoke berdekatan. Dowang memang kuang hasam! hahahaaha~ Tapi,melihatkan tenaga luar biasa dowang dalam bidang jerit menjerit di dalam bilik karaoke tersebut, aku jadi kagum. Aku dapat menyimpulkan yang sebenarnya dowang bukan tension mahupun stress, tetapi dowang ni memang gila! hahahah~ Paling terok, selepas menyaksikan dowang menyanyi dalam pelbagai gaya, aku pulak yang terasa saket tekak! haha!  Btw, tak mampu nak menyanyi lagu kak Ziana mcm orang' tuh.. Kowang mampu??? hahaha.. =)


-->Rizal yang buat2 tak bermaya (saje skip nyanyi KAN! hahahhaa =p )


 --> May yang conquer keseluruhan mikrofon yang sedia ada di Pusat karaoke tu. Weeee~


--> SAYA!  Tukang sorak dan tukang mengundi yang setia..=)

--> Suara buluh perindu Ijat memang power! Tak mampu la nak lawan ngan Ijat!Weeee~


          Selepas berkaraoke, May sekali lagi menculik aku dan membawa aku bersama-sama Ijat dan Rizal ke Tasik Shah Alam. Nak release tension katanya. Aku rasa, sepanjang kat sana, tension aku, Ijat dan Rizal dah setel, tapi May sowang yang tak setel2.. hahahahahhaha (baru ko rase penangan jadi PM camnew ek.. haha~) Sambil2 tu, sempat la juga aku reccee KAN. Tengok mana-mana tempat yang menarik gituh.


---> May yang sedang mengaku yang dialah tuan kepada kura2 yang ada kat dalam tasik tuh.. hahahah~


---> May lagi. Wat muka koweng' ea pas kitaowang tak layan cerita kura-kura ea.. hahahahhah..=)


Ijat + May + Rizal = IJMARI??



Nak nombor tipon baju biru tuh??? Tapi semua pandang baju MAY kan?? TeeeeT! hahahahha~


I'll remember this day. Hari tension sedunia. Dan release tension sama2.. Tapi bila tgk May kan, agak2 release ke tension ea dalam gambar nih?? hahahahhaha.. =)


         Selepas ke Tasik, kami menuju ke Pak Li. Lepak-lepak minum air sambil bincang pasal progress short film masing-masing. Rase dewasa sangat bila semua dok bincang pasal kerja. (No gossip2 ya! haha~)

        Next station before aku alek, kami menyinggah ke Mydin. Ya! Ini kali pertama aku tengok orang lelaki bershopping barang umah! memang gamat satu Mydin ngan kehadiran budak2 nih. Lagi2 bila dowang sibuk memilih barang dapur. Dalam sibuk2 mencari barang2, ada la SORANG budak tuh. Dok tenung coklat lame2, pastu mula la cakap yang bukan2 (padahal ea nak!) Sapa la budak tuh KAN. Hahahahaa~

       Btw, thanks to May, Ijat n Rizal coz bantu I rini. Tanpa uall, xsiap la keje management I..! haha. Tarikh hari ni akan tercatat dalam kenangan yang patut I hengat menjelang 2bulan lagi kita di UITM..! Saya sayang kawan-kawan saya!


(p/s: Tinggalkan sikit coklat utuk I ya..! hahahaha~)


Sunday, February 20, 2011

KECIL-KECIL CILI PADI..!



  YOU hurt me a lot! aku Menci KAU! Aku memang nak campak KAU jaoh2 baru puas hati aku! Ini bukan sesi meluahkan dendam semata-mata. Ini hanyalah luahan hati yang tak berapa nak puas hati pada menda nih! Pada KAU yang menyusahkan hidup aku! TETTTTTT!



          Apa la masalah KAU pada aku kan. KAU memang buat-buat tak nampak aku. KAU cederakan kaki aku. KAU sendiri memaksa aku untuk membuang KAU! KAU memang xde perasaan kesian kat aku. KAU buat aku rase berdenyut-denyut. 

          KAU memaksa aku untuk jalan macam owang patah kaki. KAU buat aku terjungkit2 menahan sakit. KAU biarkan aku rasa sakit sowang-sowang. KAU memang tak bagi aku wat keje kan? KAU memang nak kena la! Nasib baik KAU bernama PAKU! grrrrr... Selamat aku baik untuk maafkan KAU. Ahhh! Mencilah!


(Ini la rupa penjenayah itu.! haha~)

(p/s: camne la nak g klas ecok. xkn nak pakai selipar jepun kot! haish! )



Saturday, February 19, 2011

MEREKA..=)


         Awww! Kali ini aku ada post utk ditujukan pada mereka yang mula-mula mengenali diri aku selepas aku menjejakkan kaki aku ke UiTM. Dorang adalah cahaya. cahaya yang menerangi hari2 aku ngan kegembiraan yang penuh ngan gelak tawa..=) ya! Saya sayang kawan2 saya!



Hampir 3 tahun mengenali, rasa macam dah lame kenal. Sebab they r fwenly! Terima kasih ya menjaga makan minum saya.. kesehatan saya.. dan bersabar ngan saya..=)



 SAIFUL (EPUL)
 He's cool! funny and akan buat saya happy lagi2 di hari bufday saya..=) 



  
     
 MOHAMAD (MAY)
He's Funny too. SUKA KACAU SAYA! Menjaga hati. Akan cuba membantu kawan yang susah. KUAT MAKAN!  haha..~


   
JESSICA (JESH)
she's stylo. Pretty. Penyabar. Pendengar yang baik. Setia..=)



SHAIDAH (CEYDA)
Suka ketawa. so Simple. Open minded. Gila-gila. haha~



CARLTINY (TINOT)
She's pretty. Funny. My roomate. 

              I cant imagine hidup tanpa mereka. So, i've to learn juga utk go far far away.. Nak biasakan diri.. (supaya last day aku kat UiTM xla aku melalak2 KAN) huhuhuhu.. Thanks ya ngan kasih sayang yang kamu berikan..=) 

(P/S: SAYA SAYANG KAMOO.. )


                

B.U.S.Y LA SANGAT. HAHA~


      Homaigoddd.. Lately aku sangat2 busy. Aku tak cukup titow + Busy with editing + uruskan short film 'Januari' & manage kan Short film 'Lapan'  + Reccee lokasi + Kurang sehat. Aku bersama- sama ngan isha n iyda memang struggle gila menaip surat bagai dan lari ke sana ke sini. Bila balik rumah, sumer  'memengsankan' diri.. hahahaha~

         Paling terok, aku dilanda & diserang dengan panggilan fon dan mesej yang extremely BANYAK gila! Tak kira awal pagi, siang mahupun lewat malam. Panggilan tuh buatkan aku FOBIA dan TAKOT untuk pick up call mahupun tengok mesej. Disebabkan banyak sangat nombor misteri yang naik, aku amik keputusan ngan tidak SAVE mane2 nombor baru yang naik. LAST2, aku terima padah sebab tak SAVE no tuh.. hahahahahaha~

        Gara2 fon yang menjerit2 mintak diangkat time aku ngah KEJAR something yang penting, aku terus angkat ngan yakinnya dan telah membebel kat ORANG YANG SALAH! Omg! Sumpah malu! hahahahahaha. Patut la lain yang aku tanya lain yang ORANG' tuh jawap. Sampai aku rase naik hangen. Rupanya junior yang call aku daaaaaa! Memang sah2 la dia tak tau pape.. Yang junior aku nih pun diam je sepanjang aku tanya macam2 menda. tapi, Saya mintak maaf ya! hahahahahhahaha..(blushing* blushing*) tu la padah kalu kalu xreti nak SAVE no tepon owang! heeeeeee~



           p/s: Last2 aku save SEMUA nombor baru tuh.. haha =)


Sunday, February 13, 2011

10 THINGS I LIKE ABOUT YOU!


 My love for you is a journey, starting at forever and ending at never. I list you 10 things, why you are the one for me..=)


  1- I can be MYSELF when I'm with you.

2- You're ALWAYS on my side.

3- You HELP me, but you never charge me for it..=)

4- We can talk about everything or nothing & You NEVER say, "Are you going to tell that story AGAIN?" 

5- Because you RESPECT me.

6- In the story of my life, the BEST CHAPTERS are filled with you.

7- You're so MAGNETIC...I just keep coming back to you. 

8- You know most of my secrets...and KEEP them. 

9- You TRUST me a lot!



10-  INSPIRES me to move on with life..=)



(p/s: I may not be perfect, but i'm always me.. Last, selamat hari kasih sayang..=p )





Saturday, February 12, 2011

NEKAD & TEKAD, TAPI LIAT!


          Aku tengok2 cermin. Aku duk belek2 la diri aku mana tau ada apa2 yang tak kena. Lagak macam supermodel la KONON.. haha.. Tapi. OMG! Aku dah semakin MOK MOK! dulu pinggang aku setakat size S.. Skang dah size M! Malah lebih terok boley jugak sarungkan pada size L! AAAWW! hahahahahaha~

        

          Tapi masalahnya, dah banyak kali kot aku berazam nak turunkan berat badan aku! Dari taun yang lepas2 lagi..Tapi, dugaan2 yang datang daripada coklat yang aku makan senyap2 dan tabiat makan aku yang tak menentu mungkin antara faktor mengapa aku begitu senang melihat berat badan aku yang semakin meningkat angkanya kat mesin penimbang. dugaan. dugaan. haha! Mak pun masak sedap sangat... kan. hahahaha..




          Hari berganti hari.. dan... Muktamad! aku mahu kurus seperti dulu! Lebih yakin untuk sarung apa-apa sahaja pakaian yang aku suka. YEAY! kawan- kawan yang baik hati, silalah beri semangat pada aku ya. Jadi tukang sorak kat tepi aku..(sambil aku memegang tali skipping..)  Bantulah saya untuk mendapat size seperti dulu ya..=)

Monday, February 7, 2011

PINK HORNET..=)



            AMARAN: INI ADALAH CORETAN MALAS-MALAS UNTUK HILANGKAN NGANTUK SAYA..=)

            Yeayy!! Today la 1st time aku overnite ngan Danial, Iyda, Esha & Kerry. BEST kuar sama kamuhhh! heee~ Btw, overnite kali ini adalah TIDAK DIRANCANG sama sekali! hahahahahha.. Daripada hajat sebenar nak antar Iyda ke KLIA, xsampai2 pula iyda ke sana sebab wujudnya masalah2 yang tak dapat dielakkan gitu. So, kami pun tidak melengahkan masa. Kami pun terus ke MidValley untuk menonton wayang pada malam yang romantik nih. haha!

            Finally, dapat jugak aku tengok citer 'THE GREEN HORNET'. Memang riuh bila semua orang kat dalam panggung sebuk ketawa bila ada scene2 yang kelakar. YA! Aku memang enjoy sakan menonton filem nih! EXTREMELY best! Suka tengok persahabatan sejati Britt Reid and Kato. Britt walaupun ego dan meyakitkan hati tapi kadang-kadang kelakar lak tengok dia. Kato plak, try to be cool setiap masa. Aww! suka watak ea! Yang paling aku suka, sudah tentulah editing dalam filem nih! Superb! Tak nak cakap banyak2, kowang yang tak tengok sila2lah tengok ya. Pasti tak rasa rugi dengan duit yang dilabur tuh.. weee~




                Lepas tengok citer tuh, aku terfikir sesuatu. Hope sangat2 persahabatan aku dengan kawan-kawan aku pun begitu. Dalam gaduh-gaduh pun, perasaan sayang pada sahabat tak pernah hilang! THANKS banyak2 kat mereka yang selalu menyayangi aku.. Aku pun sayang kamu! heee~ Pape pun, saya gembira sangat-sangat rini..=)

p/s: Tak lupa lagak 4 hornet yang gigih menyelesaikan misteri kehilangan hp di panggung.. Awwww! hahahahha



Sunday, February 6, 2011

WISHLISTS!

Saya mahu ini! Saya mahu yang itu! 
Lepas tahu apa yang saya mahu, Saya akan maju dan lebih berusaha lagi! weeee~


1- DEAN LIST FOR EVERY SEM!! 
(Nak lagi. Nak lagi. Nak lagi)



2- DIPLOMA AND DEGREE! 
 (Sedang menuju ke puncak nih! weeee~)



3- KELUARGA BAHAGIA 
(I love my family so BADLY..)



4- OWN HONDA CITY
(kereta idaman since sekolah menengah lagi! Ea sangat kacak bukan?)



5- CAREER
(Nak duit sendiri, kena usaha sendiri la. x gitu?)


6- HUBBY YANG PENYAYANG =)
(kalau dapat, akulah wanita paling bahagia kat dunia nih! haha)


7- BABY!!! 
(Aww! i like baby sooooo muccchhh...! )



8- IPAD
(Dah lame nak ini, Tp nk dahulukn priority dulu..=)



9- GEMBIRA BERSAMA BESTIE!
(Enjoy bila dapat kawan sekepala. Tapi bukan kembar ya!)



10. NAK LAGI BEG CHARLES AND KEITH please! HAHA 
(Nak tambah lagi banyak koleksi. Sponsor plss.. haha)

 


11-HOLIDAY!! YEAYY!
(Nak merayap kat pulau2.. BESTNYA!)



12- OWN BUSINESS! 
(Nak capai perkara nih gila2 kaw!)



13-  BILIK TIDUR BERWARNA 'PINK' 
(sekarang dah ada tapi nak lebih lagi! Kalau boley nak yg mcam gambar nih! hahaha)

 


14- PERKAHWINAN DALAM TAMAN, FULL WITH PINK COLOUR!
(Mampu?? hahahahahha)



15- SENTIASA MENDAPAT KEBERKATANNYA.. 
(amiiinn..)



16- HAPPY ENDING 
(YOU're my 1st and last.. and.. I want to marry YOU!! heee~)